KELAPA MAWAR

Thursday, February 2, 2012

RAKYAT KIMANIS MAHU 'PEMIMPIN IMPORT' DITUKAR?



SINDROM tolak 'pemimpin import' di sabah tidak sahaja berlaku di Kota Belud tetapi juga telah mula merebak ke seluruh Sabah. Terbaru masyarakat Kimanis, dilaporkan telah menubuhkan satu kumpulan Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK) yang mengadakan beberapa siri demonstrasi secara aman mendesak wakil rakyat mereka iaitu Datuk Anifah Aman supaya ditukar kerana di dakwa telah terlalu lama menjadi wakil rakyat mereka namun tidak ada perubahan berlaku di samping di dakwa bukan orang Kimanis.Kumpulan ini mahukan orang Kimanis sendiri mewakili mereka.

Sedikit tentang riwayat politik Datuk Anifah Aman ialah beliau pernah bertanding di DUN KLIAS atas tiket BN tetapi kalah tipis kepada Timbalan Presiden PBS ketika itu Datuk Lajim Ukin pada tahun 1994.Kemudian pada tahun 1999 sekali lagi bertanding di Parlimen Beaufort dan menang yang merangkumi Kimanis sehinggalah sekarang. Pernah di saman oleh Datuk seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa ketua pembangkang itu menawarkan jawatan Timbalan Perdana menteri jika meninggalkan UMNO dan menyertai PKR pada 2009.



KIMANIS : Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya yang akan datang.

Temuramah dengan para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK), berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis.
Kumpulan itu berkata, sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.


Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, Seorang lagi Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri demonstrasi itu. Seramai 300 ahli Umno menyertai demontrasi yang sama pada anjuran ketiga, menurut ketuanya – Asno Amat Muda, yang mengesahkan kesemua yang hadir menandatangani buku kehadiran. 


Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, seorang pemimpin lain gerakan itu - Rizam berkata, Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan perubahan perlu dilakukan.
“Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”, tambahnya dan memberitahu;
“Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan berasal dari Kimanis,” tambah Rizam.


“Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.” Katanya.


Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita. Katanya, slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”


Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei yang berjumlah 58 peratus, dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun 38 peratus, dan selebihnya pengundi dikalangan kaum Tionghua.


“Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort. Dalam beberapa situasi Anifa dikatakan mendakwa berasal dari Bingkor, Keningau dan senerio ini tidak disenangi oleh rakyat Kimanis.

Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan. Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurus selepas ini ialah di Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.

46 comments:

  1. Anifah Aman has so far done well in Kimanis, he has brought various developments to that area. Are the people rejecting him now just because he was not born in Kimanis?

    ReplyDelete
  2. Does the majority of Kimanis folks supported the move to elect a candidate from Kimanis?

    ReplyDelete
  3. These are just not ordinary people, but party members of UMNO as well.

    ReplyDelete
  4. In the spirit of democracy, I believe that the voices people of Kimanis deserves to be heard.

    ReplyDelete
  5. Perhaps after four terms in office with all the contributions that he has made by far, he should pass the torch to a new a fresh face that can not only relate to the present generation, but Kimanis born.

    ReplyDelete
  6. This move can also be seen as a strategic move to endure the continue legacy of the party in question.

    ReplyDelete
  7. Hopefully the top brass will take this matter into consideration and grant the request of the people of Kimanis.

    ReplyDelete
  8. Anifah byk membantu dalam pembangunan Kimanis, penduduk kenalah hargai jasanya.

    ReplyDelete
  9. adakalanya menggunakan pemain import lebih baik, kerana mereka lebih berkebolehan. lagipun Anigah tetap juga penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. Adakah penduduk Kimanis sudah ada calon mereka sendiri? Bawalah ke meja rundingan. Ini hanya akan menjadi modal kepada pembangkang untuk spekulasikannya.

    ReplyDelete
  11. Penduduk Kimanis berhak bersuara. BN kena ambil prhatian dan cari jalan yang terbaik untuk selesaikannya. Anifah mungkin boleh bertanding di kawasan asalnya.

    ReplyDelete
  12. Politik pun ada pasang surutnya. Mungkin dengan adanya muka baru boleh memberi nafas baru kepada penduduk Kimanis.

    ReplyDelete
  13. not an issue for Datuk Seri Anifah Aman not being a local from Kimanis as the member of parliament has proved to be a good leader by bringing development to the constituents.

    ReplyDelete
  14. Anifah as “a leader with big heart” who has been working hard to bring change to Kimanis.

    ReplyDelete
  15. Anifah may not come from Kimanis but he is a good leader. He had develop Kimanis into what it is now.

    ReplyDelete
  16. Better to protest for him to go only if his leadership is not good and not because hes not from kimanis.

    ReplyDelete
  17. Jika seorang mampu membawa kebaikan dan pembangunan kepada rakyat tempatan, walaupun bukannya berasal dari Kimanis, apa salahnya?

    ReplyDelete
  18. Tapi pelantikan calon baru untuk kawasan Kimanis ini perlulah bergantung pada parti tersebut.

    ReplyDelete
  19. Tak kisahlah pemimpin import atau tak, asalkan boleh jalankan t/jawab dengan sempurna apa salahnya???

    ReplyDelete
  20. Lagipun, banyak juga yang Anifah lakukan untuk Kimanis. Takkan gara2 dia bukan orang Kimanis, penduduk sana tolak dia pula.

    ReplyDelete
  21. Tapi kalau itu yang majoriti penduduk Kimanis mahukan, apa boleh buatlah. Itu adalah hak mereka.

    ReplyDelete
  22. Biarkan saja penduduk sana membuat penilaian dan pilihan sendiri. Negara kita ni demokrasi jadi takda paksaan dalam membuat keputusan.

    ReplyDelete
  23. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Susah juga mahu cakap kalau soal politik ni.

    ReplyDelete
  24. sudah banyak pembangunan yang dibawa oleh Anifah sepanjang tempoh beliau menjadi wakil rakyat Kimanis. kalau penduduk Kimanis mahu pemimpin yang asalnya memang orang Kimanis, kalau tiada prestasi sebaik Anifah, apa gunanya tu?

    ReplyDelete
  25. Penduduk Kimanis perlu fikir sebaik mungkin tentang calon yang ingin mereka ketengahkan untuk PRU-13. jangan sampai penyesalan berlaku di belakang hari. soal asal usul pemimpin itu tak penting, yang penting dari mana sekalipun datangnya pemimpin tu kalau dah buat yang terbaik untuk rakyat, tak jadi masalah.

    ReplyDelete
  26. Mungkin pemikiran orang sekarang yang dihantui oleh pihak lain menyebabkan perkara ini berlaku. Namun tidak semestinya pemimpin import tidak mampu melakukan kerja. Namun kadang kala lebih baik dari pemimpin sendiri.

    ReplyDelete
  27. Biarkan saja, kita tunggu saja siapa yang akan dicalonkan ditempat tersebut. Yang membantah hanya golongan yang sedikit tapi jika majoriti menerima rasanya pemimpin tersebut perlulah dipertahankan.

    ReplyDelete
  28. Pilihlah yang terbaik untuk semua dan bukannya kerana hasutan. Kerana ini cuma akan menjejaskan perhubungan sesama kita dalam satu bumbung.

    ReplyDelete
  29. bukankah kemampuan Anifah memegang kawasan itu bagi tempoh yang lama membuktikan bahawa beliau diterima baik di kawasan itu??

    ReplyDelete
  30. ahli2 umno yang berdemo itu sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan bagi membincangkan perkara ini.. kenapa perlu berdemo jika ada peluang untuk berjumpa? atau ada dalang disebalik demo ini??

    ReplyDelete
  31. ada cadangan siapa yang layak untuk dicalonkan menggantikan anifah aman yang berasal dari kimanis?

    ReplyDelete
  32. alasan mahukan wakil rakyat dari kimanis sendiri adalah tidak kukuh...pasti ada sebab lain..

    ReplyDelete
  33. setahu saya anifah membawa perubahan dan pembangunan di kimanis..apa2 pun suara rakyat kimanis harus didengar..

    ReplyDelete
  34. kalau dalam bola sepak, pemain import penting untuk menjadikan pasukan jadi lebih kuat..

    ReplyDelete
  35. tidak kisahlah daripada mana, yang penting seorang pemimpin itu perlu menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  36. jika hanya ratusan yang tidak menyokong sedangkan ribuan yang lain menyokong, maksudnya Anifah masih lagi relevan. apa pun, terserah kepada pucuk pimpinan untuk menilai pekara ini.

    ReplyDelete
  37. Kalau Kimanis ada calon yang berbakat, namakannya.

    ReplyDelete
  38. Rasa Anifah masih kuat di Kimanis.

    ReplyDelete
  39. Terbukti Anifah membawa pembangunan yang baik untuk Kimanis. Adakah ini akan menyebabkan beliau masih dipilih?

    ReplyDelete
  40. Kalau pemimpin import yang berkebolehan untuk memperjuangkan yang terbaik untuk orang Sabahan, apa salahnya? Yang penting, bertanggung jawab dan menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  41. Harap rakyat tahu siapakah calon yang paling sesuai untuk mereka demi masa depan.

    ReplyDelete
  42. Jika ada calon lebih berbakat dan berkeupayaan tinggi, harus dicalonkan supaya yang terbaik akan dipilih.

    ReplyDelete
  43. Cadangan untuk menghadkan penggal juag harus dikaji, ada juga kebaikan dan keburukan sebenarnya.

    ReplyDelete
  44. Kimanis will select the best candidate for them. Just hope anyone who had won will lead Kimanis to more development.

    ReplyDelete
  45. Apakah kelemahan Anifah? Adakah beliau tidak bertanggung jawab? Adakah rakyat sengsara dalam pimpinan beliau?

    ReplyDelete
  46. Anifah ada sedikit perjuangan berbanding karim org asal!!!

    ReplyDelete