KELAPA MAWAR

Monday, February 13, 2012

RAMAI SUDAH KETUA BAHAGIAN DIGUGURKAN PADA PRU 13, ADAKAH SALLEH TUN SAID TERKECUALI?



Blogger  Merah Tinta (MSO) dalam blognya melaporkan di negeri siti wan kembang, Kelantan sudah 'heboh' beberapa ketua UMNO bahagian UMNO 'tidak' atau 'digugurkan' pada PRU 13 akan datang. Antara yang dilaporkan oleh penulis nasional itu melibatkan Abdullah Yassin ( Rantau Panjang), Ramzi Abd. Rahman ( kuala Krai),Che Alwi (pasir puteh), Annuar Musa (ketereh), Tengku Razaleigh Hamzah ( Gua Musang).Nama-nama ini menurut Mohd. Sayuti Omar tidak disandarkan oleh UMNO Kelantan pada PRU akan datang sama ada bertanding di peringkat Parlimen ataupun DUN.

Di Sabah, isu yang serupa telah mula berdendang sejak 2 bulan yang lepas dan hatta sebelum itu, . Terdapat dua situasi di Sabah berkaitan isu ini. Pertama ada pemimpin dan ketua UMNO Bahagian yang memangnya tidak mendapat 'restu' dari Ketua Menteri Sabah. Sebabnya sama ada kerana faktor 'prestasi' ataupun sebab faktor ingin memberi laluan kepada muka-muka baru yang di dakwa mempunyai kaitan rapat dengan Datuk Musa Aman termasuk apa yang di dakwa oleh media yang menjadi punca Datuk seri Lajim Ukin 'ingin'meninggalkan UMNO kerana tidak berpuas hati apabila 'digugurkan' sebagai MP Beaufor tuntuk memberi laluan kepada anak Ketua Menteri Sabah itu.

Kemudian khabar itu dikuatkan lagi apabila, Datuk Halik Zaman dalam wal Fcbnya beberapa minggu lepas mendakwa mendapat berita rahsia dari Putrajaya bahawa beberapa pemimpin Bahagian digugurkan. Antara yang di dakwa oleh datuk Halik Zaman termasuk juga Datuk seri Lajim Ukin, Datuk Hajiji, dan Datuk Bung Moktar.

Isu kedua ialah kerana tidak mendapat 'kepercayaan' dari rakyat di bahagian tersebut. Di Parlimen Kimanis,misalnya ada desakan dari akar umbi supaya Datuk Anifah Aman tidak lagi 'disambung' kontraknya selaku MP di kawasan itu apabila di dakwa sebagai 'import' dan rakyat di kawasan berkenaan mahu orang dari kawasan berkenaan menjadi wakil rakyat mereka. Khabarnya ada sudah demontrasi secara aman diadakan.

Di Kota Belud, isunya hampir serupa, ketua UMNO Bahagian, Datuk Salleh Tun Said, dijangka akan 'dicalonkan' semula sama ada di Usukan atau di Parlimen. Namun jika Najib berpandukan kepada "prestasi' dan percaturan politik masa lampau Datuk Salleh, iaitu pernah tidak mencalonkan Najib di kerusi Naib Presiden UMNO. Maka ada kemungkinan Besar Salleh juga turut digugurkan meskipun Musa Aman berpendapat yang sebaliknya kerana kuasa pemutus adalah ditangan Najib. Hanya bezanya di Sabah, mungkin Najib akan 'memaafkan' musuh politiknya hanya kerana mahukan 'fixed depositnya' tidak terguggat.

Setakat ini di Kota Belud belum ada protes akar umbi yang mahukan calon lain daripada Ketua UMNO KB itu. Melainkan di laman sosial FCB sudah ada protes keatas pengambilan pemimpin import.Beberapa pandangan netural mendapati jikapun Datuk Salleh dicalonkan, peratus sokongan dijangka akan mengalami penurunan.

28 comments:

  1. Nampak gayanya ada kebenaran desas desus itu. lajim dan bung moktar nyata tercicir dlam senarai calon pru13 tapi, belum muktamad. masalahnya sekarang dlm umno, ada umno a, umno b maka berlaku persaingan dan pertembungan. baik di semenanjung mahupun di sabah gelombang lobi melobi jadi calon pru13 mula melantun tinggi. dikhabarkan juga terdapat pemimpin tertenu berjinak dengan parti pembangkang.Klu ikut pandangan kasar ghapuar salleh, abdul rahim ismail,karim bujang dan beberapa orng lagi terutama mereka yg rapat dgn shafie afdal cuba diketepikan. apa pun kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. Jika seorang digugurkan daripada calon PRU-13, mungkin parti tersebut hendak meletakkan calon yang lebih sesuai untuk mewakili parti tersebut. Perlulah berikan peluang untuk orang baru.

    ReplyDelete
  3. Rakyat pun mahukan calon yang terbaik untuk menjadi pemimpin mereka, mana tahu orang baru ini mampu melakukan tugas mereka dengan lebih baik daripada yang dahulu?

    ReplyDelete
  4. Kita nantikan sajalah... Susah juga mahu komen awal. Politik ni setiap masa pun berubah.

    ReplyDelete
  5. Gugur atau tak, yang pasti hanya calon terbaik akan dipilih oleh rakyat. hehhe

    ReplyDelete
  6. ini hanyalah khabar angin dan belum tentu benar. bagaimanapun, jika ada yang digugurkan, ia hendaklah terima dgn hati terbuka.

    ReplyDelete
  7. apaun, pemilihan calon kenalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. belum lagi diumumkan, ada sudah yang membocorkan rahsia dari Putrajaya?baik tunggu saja pengumuman dari PM nanti. tak perlu membuat pelbagai andaian dan spekulasi.

    ReplyDelete
  9. pasti ramai pemimpin2 yang berdebar2 sekarang, samada takut digugurkan atau gembira kerana terus kekal. apa saja keputusan yang diumumkan nanti biarlah terima dengan hati terbuka. bersikap profesional.

    ReplyDelete
  10. Semua bergantung pada pucuk pimpinan CM Datuk Musa.

    ReplyDelete
  11. Harap calon yang di pilih nanti dapat menjalankan tugas dengan baik dan mementingkan rakyat.

    ReplyDelete
  12. INi hanya khabar angin sahaja, kita tunggu keputusan dari PM kita, itu lagi bagus,.

    ReplyDelete
  13. Tidak perlu dengar khabar angin,apapun kita harap semua akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  14. Tidak perlu risau keduduk seseorang itu bergantung dengan perlaksanaan tanggungjwab mereka.

    ReplyDelete
  15. Ramai?? Siapakah yang dimaksudkan oleh artikel ini. Rasanya tidak pasti lagi siapa yang dimaksudkan itu. Yang penting sekarang ini semua pemimpin melakukan kerja dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  16. Kedudukan politik seseorang pemimpin itu pun ada pasang surutnya. Jika beliau dirasakan kurang sesuai untuk memegang sebuah jawatan itu, maka ia perlulah diberi kepada muka baru yang mungkin boleh membawa lebih banyak perubahan positif.

    ReplyDelete
  17. Beri peluang kepada muka baru yang berbakat, mereka harus mengambil alih.

    ReplyDelete
  18. Lets wait for the official announcement.

    ReplyDelete
  19. New generation will take over the old, nothing to surprise about. Just hoping the new candidate can do more for the people.

    ReplyDelete
  20. Ada juga sebab kenapa mereka ini digugurkan, harus juga terima dengan hati yang terbuka.

    ReplyDelete
  21. Adakah mereka yang dilucutkan dari senarai akan menyertai parti pembangkang?

    ReplyDelete
  22. kalau ada pun yang tidak mendapat restu dari ketua menteri Sabah, mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur juga dengan keputusan itu..

    ReplyDelete
  23. those with poor performance ought to be drop out as a candidate for this coming election.

    ReplyDelete
  24. the party is right to drop out some of them. Its important for BN/UMNO to put a candidate that is competent. Moreover, others should be given the chance to lead.

    ReplyDelete
  25. but we shall see how it goes. Hopefully the chosen candidates are worth voting.

    ReplyDelete
  26. digugurkan atau tidak itu terserah kepada pimpinan parti.

    ReplyDelete
  27. siapa pun yang dipilih, perlu menjalankan tanggungjwab dengan baik.

    ReplyDelete
  28. dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku..apa pun, yang penting khidmat kepada rakyat perlu terus dilaksanakan.

    ReplyDelete