KELAPA MAWAR

Thursday, February 9, 2012

SALLEH SAID KERUAK AKAN BUAT DIALOG RAKYAT DI KOTA BELUD?


Merasmikan dialog Telupid yang diadakan di Beluran, Speaker Dewan undangan Negeri Sabah yang juga timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan tindakan Timbalan YDP Dewan Rakyat Ronald Kiandee yang juga MP Beluran mengadakan dialog rakyat yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut atau permasalahan rakyat. Datuk salleh juga dikatakan akan membuat perkara yang sama di kota Belud dalam waktu yang terdekat ini.

Selain daripada itu Datuk salleh juga mengingatkan agar kakitangan kerajaan tidak mengamalkan sikap "KIV" kepada rakyat.

BELURAN, 9 Feb: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said mengingatkan para pegawai kerajaan jangan sekali-kali memberikan jawapan ‘KIV’ (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat. 
“Masalah rakyat harus diberikan jawapan jelas supaya mereka faham pendekatan yang diambil kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
“Jangan jadikan jawapan KIV yang bermaksud ‘untuk perhatian dan pertimbangan’ yang membawa maksud masalah itu tidak diberi perhatian atau diselesaikan selama-lamanya.
“Menyelesaikan masalah rakyat merupakan tanggungjawab semua melalui kerja berpasukan di antara pemimpin kerajaan dengan pegawai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Dialog Telupid di sini hari ini.
Dialog anjuran Pejabat Parlimen Beluran itu mengumpulkan 37 pegawai kerajaan bagi menjawab masalah rakyat yang dikemukakan 26 ketua zon mewakili kampung di daerah Beluran.
Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata selari dengan pendekatan kerajaan melaksanakan turun padang di kalangan pemimpin, pegawai kerajaan juga digalakkan mengamalkan konsep itu. 
Katanya konsep itu adalah pendekatan terbaik dalam mendengar masalah rakyat dan ia dibuktikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pendekatan tinjauan mesra untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dikemukakan rakyat kepadanya.

33 comments:

  1. Tidak rajin turun ke padang kawasan sendiri. Sejak jadi Ketua Bahagian dan dilantik Tim Pengerusi UMNO Sabah, belum turun ke padang jumpa rakyat KBelud.

    Dipetik dari suara KELAPA MAWAR, semalam DSSK turun ke padang bukan kawasanya.

    Ini namanya dalam perumpamaan melayu" Suka menyusukan anak kera di hutan, anak sendiri dibiarkan kelaparan", Kesihannn!!!.

    ReplyDelete
  2. KM,

    Saya ingin tanya kemana halatuju kaum USBO hendak dibawa SSK?

    Dialog itu lebih sesuai kerana rumpun USBO adalah golongan yang papa kedana dan miskin merempat dalam negeri ini....

    ReplyDelete
  3. saya harap jangan bangsa saya asyik dijual kerana untuk mendapat kedudukan dan jawatan dalam kerajaan....

    ReplyDelete
  4. yes, there should be more dialogue between the government . They are elected to serve the people

    ReplyDelete
  5. A dialogue to help discuss and resolve the struggles of the people is a good idea. Hopefully it will be implemented successfully.

    ReplyDelete
  6. It is true that a leaders should always go down to the ground to meet the people and listen to their plights. Hopefully all leaders will fulfill their responsibilities to the people.

    ReplyDelete
  7. Datuk Salleh Tun Said mengingatkan para pegawai kerajaan jangan sekali-kali memberikan jawapan ‘KIV’ (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

    - At least for now SSk is putting his words into action right now. Better now than never.

    ReplyDelete
  8. SSK has followed the initiative taken by the Beluran MP to conduct similar dialogue.

    ReplyDelete
  9. This would be a good time for the people to engage with them regarding matters that ahas effected them.

    ReplyDelete
  10. Perhaps when the time has come, some of the commentators here can express their inquiries to SSK directly and gage his response from there rather than just posting it here.

    ReplyDelete
  11. Hopefully The DIALOG RAKYAT will take place within the near future

    ReplyDelete
  12. Menyuruh mengingatkan Pegawai kerajaan supaya tiada KIV.

    Kenapa tidak mengingatkan diri sendiri dulu sebelum tegur org lain.

    Semudah itu melafazkan kata kata jgn banyak KIV. Tidak semudah itu mengingatkan diri sendiri terlalu banyak KIV, kerana takut turun ke grass root jumpa rakyat.

    Pengutbah yang bijak, selalu mengingatkan dirinya sebelum melafazkan nasihat mimbar untuk mengingatkan para jemaah.

    Sebagai pemimpin berkalibar, perlu uruskan dulu rakyat sendiri.
    Sebagai pemimpin suka cakap besar,
    kadang ada masanya terlepas pandang. Akhirnya dalam pru ke-13 bakal menempah tikit kecundang.

    ReplyDelete
  13. Saya rasa kan, KB lah kawasan yang paling popular setakat ni oo.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Politik ni kan memang bikin hairan. saya sendiri pun curiga apa sudah jadi dengan para pemimpin sekarang yang telampau mahu cari populariti..

    ReplyDelete
  15. S/ada Salleh ni ada agenda atau sebaliknya, biarlah penduduk di KB buat penilaian sendiri.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya, asalkan untuk kebaikan rakyat tak kiralah siapapun pemimpin itu saya pasti akan bagi sokongan penuh:)

    ReplyDelete
  17. Apapun, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian seterusnya membuat pilihan tepat.

    ReplyDelete
  18. dialog perlu diadakan agar pemimpin tau akan masalah yang dihadapi rakyat dan jalan penyelesaian boleh diambil.

    ReplyDelete
  19. dialog bukan hanya perlu dibuat di Telupid atau KB, tapi jg dikawasan2 lain.

    ReplyDelete
  20. Dialog rakyat harus dimanfaatkan. Penduduk KB harus tidak mensia-siakan peluang.

    ReplyDelete
  21. Apa2 pun penentuan seorang pemimpin akan ditentukan oleh rakyat setempat. Sokongan rakyat setempat yang akan membuatkan seorang pemimpin handal.

    ReplyDelete
  22. dialog rakyat sngat bagus. jangan lepaskan peluang. lepas dialog harus ada tindakan. baru rakyat suka.

    ReplyDelete
  23. Really? I thought he is going to publish a blog or something?

    ReplyDelete
  24. Pastinya ramai yang akan menjadi pengikutnya.

    ReplyDelete
  25. Kadang-kadang mengarah orang lain untuk buat sesuatu lagi senang daripada melakukannya sendiri. Renung-renungkan.

    ReplyDelete
  26. Cakap biar serupa bikin orang bilang..apa-apa pun, nampaknya macam ramai juga yang mahu debat ini diadakan. SSK, sahut sajalah.

    ReplyDelete
  27. SSK pasti akan cuba untuk mendekati penduduk Kota Belud itu menyelesaikan pelbagai perkara yang dimainkan oleh Pembangkang sekarang ini.

    ReplyDelete
  28. buat dulu baru war2kan di media.. atau kalau sudah confirm dan tarikh sudah ditetapkan, baru war2kan dimedia..

    ReplyDelete
  29. jika dialog ini membantu untuk mendengar permasalahan rakyat dan mencari penyelesaian, ia sesuatu yang baik.

    ReplyDelete
  30. kalau dialog rakyat ini berkesan untuk membantu rakyat, kawasan lain juga wajar mengadakannya.

    ReplyDelete
  31. setiap pemimpin harus sentiasa berusaha untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

    ReplyDelete