KELAPA MAWAR

Saturday, February 18, 2012

TAN SRI PANDIKAR MERAJUK KERANA DIKRITIK DALAM BLOG DAN FCB



Iranun tidak dapat dipisahkan dari nama hebat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Seorang politikus yang berjaya mengukir nama di persada politik tanah air sehingga menduduki jawatan YDP Dewan Rakyat yang pada hearaki sebuah negara demokrasi berparlimen, jawatan itu ketiga tertinggi.Namun sebagai politikus yang banyak merasai manis pahit ,sepak terjang,dan keluh kesah dunia politik, TSP dikatakan masih lagi relevan dalam politik Sabah. Malahan suatu ketika dikhabarkan TSP adalah bakal TYT Sabah, namun kerana jawatan YDP Dewan Rakyat belum sampai ke penghujungnya pada waktu itu,maka Tun Juhar Mahiruddin yang juga kawan rapat TSP ketika dalam AKAR BERSATU 'dicadangkan' menduduki jawatan 'pencen' tersebut.

Biarpun hebatnya perjalanan politik TSP, namun ramai cendikawan dan pemikir dalam suku Iranun 'melontarkan' kritikan kepada tokoh politik Iranun ini lantaran kerana pengkritik ini mahukan yang lebih baik dan tersusun dalam kerangka politik suku minoriti di Sabah itu. TSP yang dijadikan ikon,seharusnya mempersiapkan prosedur kepimpinan muda dalam suku tersebut. Ini antara kritrikan pedas yang dibebelkan oleh ramai penggiat politik dan pemikir Iranun di kalangan anak-anak muda yang berpendidikan. TSP pula dituntut supaya lebih terbuka menyediakan pelapis kepimpinan Iranun.Walaupun begitu jasa dan aspirasi pemimpin agung Iranun ini tetap dihargai dan disanjung tinggi.

Disinilah lahirnya polemik kepimpinan Iranun. Tan Sri Pandikar dikatakan merajuk dan tidak mahu dikedepanbkan pada PRU 13 akan datang ekoran kritikan demi kritikan yang di lemparkan kepada beliau. Kenyataan itu sempat saya kutip dalam laman FCB seorang aktiviti politik Iranun di kota Belud dalam komen kepada rakan FCB beliau.:

Laman FCb sdr Mul Marif :" masyarakat irranun dikb khususnya ditempasuk merindui kehadiran tan sri pandikar pada pru!3 ni."

Dan komen sdr Rosmin :"....Dia tidak minat sudah,merajuk kono dia ramai orang iranun komen dia dlm FB,harap2 dia nantilah..."


Kita tidak tahu setakat ini adakah kenyataan itu benar atau sebaliknya ,namun jika TSP memikirkannya yang demikian, beliau harus segera mengadakan sesi dialog dengan pelbagai NGO Iranun yang dianggotai oleh pemikir-pemikir ini, Iranun ada PISBA, PAGISA, PERISA dan ada juga BKI. Sebelum PRU 13 berlangsung,ayuh realsisasikan kesepaduan dalam suku Iranun.Persoalannya siapa yang akan menjadi 'orang tengah' dalam soal ini?

20 comments:

  1. jika TSP benar2 mahu meneruskan kesinambungan politik suku kaum Iranun, beliau sepatutnya menyediakan pelapis2 muda dari suku kaum itu yang kini telah ramai berpendidikan tinggi.. takkan la TSP tidak boleh terima kritikan sedangkan beliau telah lama berkecimpung dalam arena politik..

    ReplyDelete
  2. Kritikan itu 'harga' yang perlu dibayar bila seseorang berkecimpung dalam dunia politik. Jangan mudah melatah bila di'psiko'. Setuju dengan pendapat rebirth, lebih baik jika adanya pelapis2 muda.

    ReplyDelete
  3. semua ini khabar angin sahaja, sebagai pemimpin, tak patut ada sikap merajuk.

    ReplyDelete
  4. sebagai pemimpin juga, ia perlu bersedia menghadapi sebarang kritikan. jika tak boleh terima kitikan dia tak layak jadi pemimpin

    ReplyDelete
  5. I still can understand from this article as to why it claimed that the person in question is 'merajuk'.

    ReplyDelete
  6. Even though after many criticism being made against him, perhaps the best course of action is just silence.

    ReplyDelete
  7. There are times that silence is the best policy. But at times, as this article clearly pointed out, it is wrongly interpret.

    ReplyDelete
  8. Until a formal statement is issued, one can only speculate

    ReplyDelete
  9. Hopefully too there will be future leaders that can shoulder the mantle of responsibility to champion the cause of the Iranun.

    ReplyDelete
  10. If people stop criticizing, it means they no longer care. Learn how to take criticism can help us improve our weaknesses so that we can do better in the future. Our leaders should not be afraid of criticisms, they should embrace it.

    ReplyDelete
  11. A Dialogue with all Iranun NGO's should be a good way to clear the air and start uniting the Iranun folks.

    ReplyDelete
  12. adakah merajuk dalam kamus hidup seorang politikal?

    ReplyDelete
  13. Kaum Iranum perlu ada orang2 muda sebagai pelapis kepada yang sudah veteran dalam dunia politik

    ReplyDelete
  14. Tidak pasti benar atau tidak mengenai perkara ini. Apa pun kita harap TSPA akan terus berjuang untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  15. Semoga semua kepentingan penduduk akan terjaga dan dipertahankan.

    ReplyDelete
  16. Kritikan yang positif harus juga diterima.

    ReplyDelete
  17. Im sure Pandikar still will strike more for the people in Sabah since he already with us for many years.

    ReplyDelete
  18. Tak dapat nak kawal orang lain unuk membuat kritikan, tetapi boleh mengawal diri sendiri supaya tidak tersinggung dengan kritikan.

    ReplyDelete
  19. Kritikan untuk membaiki kelemahan tiada salahnya cuma mungkin susah untuk diterima buat peringkat awal.

    ReplyDelete
  20. Im sure Tan Sri Pandikar matual enough to handle this.

    ReplyDelete