KELAPA MAWAR

Friday, May 18, 2012

CALON TEMPASUK, SIAPA BERANI?

Desas desus jgabar politik dari bumi Kota belud membisikkan, berlaku perubahan besar di saat-saat akhir senarai dan penetapan calon pada PRU 13 dalam parti UMNO dan BN di daerah itu. senarai calon yang diilhamkan oleh UMNO KOTA BELUD, tidak menjadi panduan khusus tetapi akan diambil kira. Senarai nama calon sudah berada pada pemerhatian Najib. UMNO telah menentapkan calonnya secara muktamad.

Di Kota Belud, Datuk Musbah Jamli yang sebelumnya ini dicadangkan akan bertanding di Tempasuk, terpaksa melupakan kehendak penyokongnya itu, apabila berita dari Semenanjung mengkhabarkan Pembantu Menteri Pertanian ini akan dicalonkan di P169 Kota Belud pada PRU 13 nanti.

DUN USUKAN menyaksikan, Datuk Salleh Tun Said mempunyai peluang paling besar diturunkan, tetapi namanya masih dalam perhatian Najib. Ada kebarangkalian satu muka baru akan diturunkan di USUKAN.

DUN TEMPASUK, ketiadaan Datuk Musbah, memungkinkan dua nama besar akan bersaing dalam merebut sebagai calon pilihan. Namun setakat ini daripada response di sekitar para pemerhati politik, memaklumkan akan ada kemungkinan paling Besar Sdr Roslan Hj. Manshor diturunkan, menjadi calon sekaligus dianggap pilihan paling sesuai mewakili suku Iranun setelah Tan Sri Pandikar Amin dikatakan masih 'direhatkan".

DUN KADAMAIAN masih lagi dikongkong oleh PBS, apabila kawasan itu menyaksikan calo0n dari PBS akan diturunkan.

5 comments:

  1. tak kira siapa yang akan dicalonkan, ahli2 BN kena memberi sokongan terhadap calon.

    ReplyDelete
  2. Pilihan raya umum akan datang adalah amat penting dan semua dalam BN mesti memastikan mandat yang kuat untuk parti pemerintah

    ReplyDelete
  3. Siapa pun calon yang diletakkan yang pasti biar calon tersebut tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  4. Semoga calon Tempasuk nanti adalah seorang yang boleh menjalankan tugas dengan penuh integriti.

    ReplyDelete
  5. mana2 yang tidak dicalonkan atau digugurakan tu, jangan pula sabotaj parti.. kalau tidak puas hati, lompat saja masuk parti lain..

    ReplyDelete