KELAPA MAWAR

Tuesday, August 7, 2012

BOLEHKAN DOMPOK MENGHALANG KEHENDAK RAKYAT SABAH MENOLAK BN?

Dalam politik penafian adalah kebenaran yang tertunda. Berapa ramai pemimpin yang pada awalnya menafikan desas-desus percaturan politik peribadi mereka seperti yang dicetuskan oleh media tetapi akhirnya kemudiannya melakukan seperti yang dikhabarkan itu. Berapa ramai politikus yang membuat tindakan secara mengejut untuk menyelamatkan idealisme perjuangan mereka. 

Justeru itu dalam politik tidak ada sesiapa yang boleh memberi jaminan secara total. Semuanya adalah serba kemungkinan dan politik juga sentiasa berubah-ubah mengikut sifat fleksibilitinya.

Bila Presiden UPKO, Tan Sri Bernerd Dompok Menyatakan keyakinan bahawa tidaka akan ada lagi pemimpin parti itu keluar BN lagi sesudah Wilfred Bumburing, saya jadi pasif kerana secara terbaliknya, akan berlaku lagi insiden pemimpin UPKO atau parti serpihan PBS itu melakukan kejutan politik di Sabah menjelang PRU 13. 

Lihat kenyataan  Dompok ini seperti yang disiarkan oleh BERNAMA:

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyatnya akan bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang.


Sehubungan itu beliau menggesa pihak yang berkenaan agar berhenti daripada menyebarkan desas-desus berkaitan perkara tersebut, susulan tindakan timbalan presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meninggalkan Upko.


"Upko menentang tindakan itu (ahli politik lompat parti). Khabar angin ini telah lama tersebar dalam parti. PM (Perdana Menteri) tahu mengenai perkara ini kerana saya telah maklumkan kepada beliau.


"Sekarang perkara itu telah berlaku dan saya yakin tidak ada lagi MP (anggota parlimen) dan ADUN yang akan keluar parti," katanya kepada pemberita.


Terdahulu, Dompok yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi melancarkan sambutan hari kebangsaan kementeriannya, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen, di Putrajaya.


Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan 13 lagi ahli politik Sabah termasuk ADUN, MP dan senator akan keluar parti masing-masing dan menyokong pembangkang.


Bulan lepas Anggota Parlimen Beaufort yang juga Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukim dan Bumburing secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang menerusi penubuhan parti baharu Pakatan Perubahan Sabah.


Khamis lepas Dompok menepis khabar angin UPKO akan keluar daripada BN dengan menyatakan: "Kami fikir BN yang mampu berikan apa yang kami mahu."


Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing di Sabah, Dompok berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perincian termasuk terma rujukan serta senarai anggota panel pada Sabtu ini.


"Kami sudah lama meminta penubuhan RCI ini. Kami hargai keikhlasan Najib menubuhkan RCI bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak dahulu lagi.


"Saya telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri, tetapi hanya Najib bersetuju untuk menubuhkan RCI. Saya hormati beliau atas tindakannya itu," katanya. (Bernama)

23 comments:

  1. Hopefully no more UPKO members will be leaving the party as promised by Bernard Dompok.

    ReplyDelete
  2. We should stop focusing on the resignation of Lajim and Bumburing from BN, instead we should focus on facing the next General Elections.

    ReplyDelete
  3. Terdapat beberapa lagi pemimpin yang akan keluar BN hanya spekulasi semata2.

    ReplyDelete
  4. samada pemimpin mahupun rakyat mempunyai hak untuk buat pilihan sendiri. tiada yang boleh menghalang.

    ReplyDelete
  5. harap TOR untuk RCI akan diumumkan tidak lama lagi

    ReplyDelete
  6. memang RCI telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat

    ReplyDelete
  7. harap kedatangan Najib ke Sabah membawa berita baik kepada rakyat kali ini

    ReplyDelete
  8. semoga BN masih mendapat sambutan ramai di Sabah

    ReplyDelete
  9. nasib BN semuanya terpulang nanti dalam PRU13

    ReplyDelete
  10. BN jgn lemah kerana ada MP yang keluar. terus perkukuhkan kedudukan.

    ReplyDelete
  11. The most important thing is, to know exactly where you stand.

    ReplyDelete
  12. Whatever happens, it's all to the individual.

    ReplyDelete
  13. Dompok is UPKO's head so I think he probably knows what's happening around.

    ReplyDelete
  14. The support of people in BN are still strong.

    ReplyDelete
  15. The oppositions are bragging stories.

    ReplyDelete
  16. the situation in Sabah was actually calm and only certain people, especially in the opposition, who were overly excited.

    ReplyDelete
  17. Don't worry. This is normal opposition talk. When two members of parliament leave BN, they can't stop talking about it.

    CM Datuk Musa Aman said actually, quite a number of assemblymen and MPs left the opposition in the past. BN government did not make noise because, in politic, this is norma.

    ReplyDelete
  18. Jika BN telah melakukan yang terbaik untuk rakyat maka sudah pasti BN tidak akan ditolak dan UPKO yakin dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  19. setuju dengan Hosie Masie, jika kerajaan menunaikan tanggungjawab dengan baik, sokongan tetap akan diberikan.

    ReplyDelete
  20. parti-parti pembangkang sehingga kini masih lagi tidak berjaya untuk mencapai kesepakatan.

    ReplyDelete
  21. Adakah pengundi mahu menolak BN kali ni? PRU13 belum pun diadakan.

    ReplyDelete
  22. TS Bernard tentu sedaya upaya akan pertahankan sokongan rakyat kepada BN.

    ReplyDelete