KELAPA MAWAR

Wednesday, August 1, 2012

RAHMAN DAHLAN SEBENAR TIDAK TAHU APA-APA MASALAH MASYARAKAT KOTA BELUD.




Bagi permbaca tetap blog dan pengikut setia FCB kelapamawar ini Tentu anda masih ingat tentang artikel yang pernah disiarkan dalam blog ini berkaitan dengan perjumpaan ketua-ketua cawangan UMNO di Dewan Restoran Mayangsari tempoh hari. Antara isu ketua-ketua cawangan ini ialah kesukaran untuk menemui MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Para pegawai kanannya di pejabat Perhubungan Parlimen KB juga dikatakan bersikap kasar dan sombong.
Pada hari ini saya juga terkejut membaca apa yang dipaparkan oleh MP Kota Belud ini dalam laman fcbnya. Serta komen-komen yang diberikan oleh pengunjung laman FCB beliau:

Saya dapat makluman dari Jab Air KB berlaku gangguan air ke timbang dayang, kuala abai, kota peladok, kg labuan, lebak moyoh, taman nikmat, lentigi, pengkalan abai, paka2, kota peladok, smk usukan, wakaf dan sepanjang jalan kk. Ini disebabkan paip pumping utama ke tangki JKR telah pecah. Jika pembaikan berjalan lancar air akan pulih semula lewat malam ini. Harap bersabar.

Barangkali betul apa yang Rafizi Ramli katakana kepada Khairy Jamaluddin ketika debat Pemansuhan PTPTN tempoh hari  bahawa kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN hanya bersandarkan kepada laporan orang lain dalam hal-hal bersangkutan dengan rakyat.
Lihat bagaimana MP Kota Belud ini boleh menerima laporan itu bulat-bulat sedangkan di beberapa kawasan yang disebutkan itu memang sejak 20 tahun lepas paip di kawasan mereka tidak mempunyai air. Apakah data yang diperolehi oleh DARD ini tidak disaring oleh beliau dan pegawai-pegawainya?

Kalaupun beliau terlalu sibuk dengan aturcara politiknya, tak kan para pegawainya tidak memaklumkan kepada beliau? Ini menggambarkan seolah-olah MP KB ini tidak mempunyai data lengkap tentang kawasan-kawasan di parlimen KB yang semamangnya menghadapi masalah bekalan air paling kritikal, sedangkan sebelum ini beliau telah menjadi ‘hero’ kepada masalah itu.

Lihat Komen-komen berikut:


Mohd Sukri kamarzaman :26thn suda sya hidup blum pernah kuar air paip d kuala abai, ling jomo paip jo lawa Tp nyaun bue'a ni... Embo ngakal pan hahaha apa2 pn slmt brpuasa semua, Jgn mrh2 n tingkatkn amal... :)

Jmun Salina Kb:Bertahun-tahun sudah batang paip dipasang di kg Kota Peladok tapi tidak ada air yang dikeluarkan...ramai org kg terpaksa menggunakan air lupak yg diisap drpd. bawah tanah atau menggunakan sungai bercampur taik kerbau utk keperluan harian....so maasalah tersebut tak ader maknernya...

Azrean Adak : klau d kota peladok...bkn sebab paip pumping pecah......sda bertahun2 tidak ada air....

Alikah Abin: Kawasan Dun Usukan ini sudah ada yg jadi ketua Menteri Sabah (Anak Beranak lgi tu) tapi mcm inilah keadaannya.......Kalau inilah yg di calonkan balik matai kiti anak sama gai2 jo mangan sen a....


p/s: Komen kelapamawar: bagaiamana seorang YB yang begitu rancak dengan turun padangnya tidak mengetahui keadaan kawasan yanhg diwakilinya?

15 comments:

  1. Biar betul??? Ayoo, apa cerita ni. Hal seperti inilah yang akan buat rakyat jauh hati

    ReplyDelete
  2. Harap hal ini diberi perhatian sewajarnya. Tak baik dibiarkan nanti berpanjangan pula.

    ReplyDelete
  3. itulah sebab utama kenapa pemimpin harus turun padang supaya dapat tahu masalah2x yang dihadapi oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  4. hal ini harus diberi perhatian sewajarnya. Penyelesaian kepada masalah ini harus dibuat secepat mungkin.

    ReplyDelete
  5. Rahman should go down the ground frequently to avoid major conflicts.

    ReplyDelete
  6. You should ask the villagers to seek clarification.

    ReplyDelete
  7. How's the progress on the dam?

    ReplyDelete
  8. para pemimpin harus sentiasa turun padang dan lihat sendiri keadaan rakyat, jgn hnya harapkan laporan2 daripada pihak lain.

    ReplyDelete
  9. jika masalah rakyat masih belum diselesaikan terutama isu air, rakyat akan berubah hati dan tidak akan memberi sokongan lagi.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin harus turun padang mendengar masalah rakyat.

    ReplyDelete
  11. Kalau betul cerita ini, perlu ambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  12. Kurangkan bercakap tetapi elbihkan kerja. Itu yang DARD patut buat.

    ReplyDelete
  13. Pemimpin tidak harus bergantuing kepada laporan yang diberikan kepada mereka saja. Sebaiknya jika pemimpin itu sendiri turun padang untuk lihat situasi sebenar.

    ReplyDelete
  14. Rahman Dahlan harus lebih rajin turun padang dan melihat sendiri masalah penduduk KB

    ReplyDelete