Setelah mengalami pelbagai ribut dan taufan politik di Sabah,dan setelah pelbagai ranjau, onak duri yang melingkari saban waktu perjalan politiknya, setakat ini hanya seorang pemimpin politik yang pada perkiraan saya tidak pun punya Aura besar menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, datuk Musa Aman iaitu Datuk Salleh Tun Said. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tinggal satu-satunya yang secara berani dan lantang menyatakan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Musa Aman di Sabah. Pemimpin lain lebih suka duduk diam dan melihat dari belakang. Hinggakan satu ketika Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya dalam BN yang dikatakanya memberikan sokongan kepadanya.Seolah-olah menagih sokongan, dan meminta pemimpin lain di Sabah juga bersuara menyatakan sokongan kepada kepimpinannya.
Sokongan Datuk Salleh juga bersyarat. Iaitu mewakili rumpun USBO walaupun itu sebenarnya tidak seperti yangh digambarkan. Tidak semua rumpun USBO rela diwakilkan oleh Datuk Salleh kerana mereka tahu motif politik lebih besar dari motif membangunkan bangsa rumpun tersebut.Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain di Sabah lebih suka jika ramai pemimpin UMNO yang bertindak keluar dari parti itu supaya mereka juga turut mendapat ruang dan peluang yang lebih besar. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa sudah sebegitu ramai pemimpin UMNO dalam era USNO lagi yang telahpun meninggalkan parti itu, bukan kerana tidak menerima idealisme UMNO tetapi menolak kepimpinan sedia ada yang disifatkan mereka l;ebih terdedah kepada strategi mengumpul kekayaan dan menganaktirikan kepentingan dan pembangunan rakyat. Itulah antara lain yang dialasankan oleh pemimpin seperti Datuk Lajim dan Datuk yahya Lampong. manakala Wilfred juga memperjuangkan kepentingan peribumi di Sabah lantaran kedatangan PATI yang menyebabkan pertambahan penduduk luar jangka di sabah dalam tempoh 3 tahun dengan kapasiti pertambahana melebihi 300 peratus.Sedangkan pemimpin Sabah yang kini, diam dan takut menongkah arus lebih suka membiarkan ..Bendahari UMNO jugapun meninggalkan parti itu. datuk Askalani mantan setiausaha USNO juga telahpun mengorak langkah yang sama.
Mengapakah hanya Datuk Salleh yang berani menyatakan sokongan kepada Musa Aman, sehinggakan sambutan Hari raya di kota Belud 'menyokong kepimpinan Musa Aman".?SEDANGKAN pada realitinya, datuk Salleh tidak punya jawatan dalam kabinet negeri,. Beliau bukan timbalan ketua menteri, beliau bukan menteri Kewangan, beliau hanya dilantik sebagai Speaker , itupun berstatus kakitangan awam.,Selebihnya beliau adalah timbalan ketua perhubungan UMNO negeri yang hanya mempunyai kuasa dari segi kepartian dan bukan dalam kerajaan negeri.
Ramai yang percaya selain daripada menyatakan sokongan kepada Musa Aman, datuk salleh juga mempunyai rangkaian untuk menekan ketua menteri Sabah itu melalui Tan Sri pandikar Amin. Majlis di Rampayan yang dibuat dengan kehadiran Najib dan Rosmah mencerminkan bahawa TSP dan DSSK punya agenda lebih besar dari segi mendapatkan jaminan politik atau sekurang-kurangnya sebagai "bon' untuk mendapatkan kedudukan dalam kebinet negeri. DSSK dan TSP tahu, setakat ini tidak ada pemimpin di Sabah yang lebih berpotensi daripada mereka untuk menduduki kerusi KM Sabah.Sama ada Musa akan kekal atau sebaliknya hayat politik kedua mereka tidak akan terjejas.
Rasanya bukan Datuk Salleh saja yang menyokong Datuk Musa, tapi seluruh rakyat di Sabah dan pemimpin BN terus menyokong beliau. Namun yang nampak di Media kebanyakkan muka Datuk Salleh saja.
ReplyDeletejika kita lihat apa yang telah Datuk Musa lakukan kita dapat lihat yang mana pelbagai pembangunan telah dilakukan untuk memastikan rakyat dapat menikmati apa yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteSaya sendiri pun menyokong Datuk Musa. Jadi ini bermakna Datuk Salleh tidak berkeseorangan bukan.hehe
ReplyDeleteKerajaan BN adalah kerajaan yang terbaik setakat ini untuk Sabah. Jadi sebaiknya teruskanlah menyokong kerajaan tersebut.
ReplyDeleteBanyak yang sokong Musa dan bukan si Salleh saja. So bagi saya itu sesuatu yang normal.
ReplyDeleteAll the best kepada Musa Aman. Tabahkan diri dan teruskan perjuangan untuk rakyat.
ReplyDeleteramai yang memberi sokongan kepada Musa Aman, bukan Datuk Salleh seorang saja.
ReplyDeleteGerakan Sabah, Rahman Dahlan, Shafie Afdal dan ramai lagi pemimpin sedia memberi sepenuh sokongan kepada kepimpinan Musa Aman.
ReplyDeleteMusa akan terus mendapat sokongan akar umbi dari semua pihak.
ReplyDeletepemimpin yg baik akan terus mendapat sokongan.
ReplyDeletebukan Salleh saja yang sokong musa, malah ramai lagi..
ReplyDeletekalau pemimpin2 kerajaan BN yang lain tidak sokong musa, sudah lama mereka keluar meninggalkan parti macam si Lajim dengan Bumburing..
ReplyDelete