KELAPA MAWAR

Tuesday, September 25, 2012

RAKYAT SABAH SAMAN PETRONAS

Satu lagi sejarah dalam perundangan negara tercatat hari ini di Sabah  apabila sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Lahirul Latigu, Ketua pemuda PAS negeri Sabah bersama Gabungan Nasionalis Sabah  bertindak memfailkan sama terhadap Syarikat petroleum negara atau PETRONAS berhubung perjanjian Petronas 1976 yang mencabuli perjanjian Malaysia 1963.

Sebagai rekod sebelum ini kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS) telahpun bertindak demikian ekoran keengganan kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian Petronas sebaliknya memberikan wang ehsan sebagai gantinya yang disalurkan bukan kepada kerajaan negeri.

12 comments:

  1. Kita mahu lihat juga apa yang PAS akan perolehi selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat sendiri pun rasanya Petronas tidak pernah lupa akan tanggungjawab di Sabah ini. Pelbagai bantuan dan pembangunan dibuat oleh Petronas.

    ReplyDelete
  3. Saman nanti jangan pula memakan diri sendiri yang kena saman balik.

    ReplyDelete
  4. Kes saman-menyaman semakin rancak tapi adakah kita akan lihat kesudahannya?

    ReplyDelete
  5. Banyak projek Petronas di Sabah. Rakyat sendiri kena tahan bekerja bila sudah diterima di Petronas dan bukannya mengeluh saja.

    ReplyDelete
  6. ini saman berkaitan dengan royalti ka?? mahu royalti 100%??

    ReplyDelete
  7. sebelum Lahirul mahu royalti 100%, lihat dulu kos2 yang ditanggung oleh petronas seperti kos carigali dan kos subsidi..

    ReplyDelete
  8. apa2pun saya ucapkan good luck kepada Lahirul walaupun tindakan beliau ini boleh disifatkan agak lewat dan bermotifkan politik..

    ReplyDelete
  9. jef ambuyat,... bukan royalti 100 peratus tapi hak dan kuasa mengurus-tadbir petroleum dan gas dan keseluruhan industri yg berkaitan dgn nya hendaklah di kembalikan kpd rakyat Sabah..Biar rakyat Sabah yg menentukan berapa banyak nak sedekah kpd Kerajaan Pusat. Ingat!..minyak dan gas tersebut milik rakyat Sabah..puluhan tahun dirampas oleh orang luar,..yg tidak berhak ke atas harta kurniaan Allah di negara Sabah. Saya harap rakyat Sarawak akan membuat tindakan yg serupa secepat mungkin...

    ReplyDelete
  10. Kita kena faham sejarah dan undang2 Malaysia. Yang kita nak kena persoalkan berapa hasil royalti telah diberikan kepada kerajaan negeri dan kemana hasil royalti digunakan oleh kerajaan negeri? Bukan persoalkan Petronas. Sebelum Petoleum Development Act digubalkan, syarikat mana yang menjalankan activiti cari gali minyak di Malaysia?

    ReplyDelete