KELAPA MAWAR

Wednesday, January 16, 2013

APABILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK MENGENAL DOSA DAN PAHALA

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh saksi dalam Tribunal atau RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang berlangsung beberapa hari lepas membuka banyak lembaran baru dalam moral dan kredibiliti pemimpin di negara ini. isu penggunaan kuasa peribadi untuk kepentingan peribadi dan parti politik sehingga melanggar undang-undang negara terlalu tinggi peratusnya di Malaysia. Badan-badan kerajaan seperti JPN dan Suruhanjaya yang sepatutnya bebas seperti SPR dipergunakan untuk memuaskan nafsu berahi politik pemimpin tertentu . Dengaan membelakangkan hak dan kepentingan orang lain, nampaknya mereka tergamak melakukan pemberian taraf kewargnegaraan songsang semata-mata mahukan kuasa dan mengekalkan kuasa yang diselindungi oleh Syaitan, musuh tradisi manusia.

Beberapa nama pemimpin bertaraf 'dewa' ketika memegang kuasa adalah antara musuh dalam selimut yang mengaibkan rakyat Sabah dan menggadai hak pribumi di negeri ini semata-mata kerana mahukan penguasaan total dalam politik Sabah. Beberapa nama pemimpin Sabah yang juga ada disebut dalam perbicaraan RCI ini mencerminkan kerakusan, kemabukan kuasa yang terpaksa mengikut telunjuk pemimpin Malaya. Bersengkongkol sehingga rakyat Sabah mencatat kadar kelahiran luarbiasa. laporan bancian yang dibuat meletakkan pertambahan penduduk Sabah lebih 3 kali ganda dalam tempoh 5-10 tahun. sesuatu yang luar tabii dalam sejarah penurutan naluri mengawan makhluk bernama manusia ini.

Penubuhan RCI ini telah membongkar segala-galanya. Isu kebanjiran pendatang tanpa asing di Sabah bukan berlaku mengikuti teori domino atau teori evolusi seperti yang diasaskan oleh Darwin tetapi berlaku atas perancangan pihak tertentu yang berselindung di sebalik keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka ini pada satu ketika mahukan demokrasi menyubur di bumi Malaysia, suatu masa mereka petah menjelmakan idea-idea membantu bangsa, TETAPI pada waktu lain dan masa yang berbeza mereka ini mencakar luka jiwa anak-anak Sabah yang mahukan mereka bebas bermandi aroma pembangunan di tanah air sendiri. Anak-anak Sabah yang mencatat ribuan memegang ijazah dan kebijakpandaian terpaksa melarat di bumi sendiri. Ramainya PATI yang diberikan kerakyatan menduduki kerusi jawatan awam negeri dan persekutuan di Sabah.

bahkan dalam dunia pendidikan anak-anak Sabah terpinggir yang menjadi guru adalah PATI yang bertopeng wajah pemimpin yang memberikan kerakyatan songsang kepada mereka. Bebasnya mereka melapah wang daan kemakmuran negeri Sabah. Bebasnya mereka menjamah hidangan kek ekonomi negeri bawah bayu ini. Ada yang memegang jawatan kanan ada yang memgang jawatan pertengahan sehinggalah ke tahap kuli dan buruh kasar.

pemimpin-pemimpin sewajarnya bertanggungjawab, jika bukan di hadapan rakyat Sabah yang mahukan pembelaan, mereka akan dipaksa bertanggungjawab di hadapan Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya. Apakah mereka ini tidak begitu sedar beban seorang pemimpin itu tatkala menjawab di hadapan tuhan dengan bersaksikan anggota badan mereka?

Rakyat Sabah harus sadar dari lena dan mimpi taksub kepada parti yang menjadi dalang kepada ketidakadilan ini.

44 comments:

  1. Presiden Upko Tan Sri Bernard Giluk Dompok meminta sesiapa juga yang mempunyai bukti atau butiran-butiran lengkap yang boleh digunakan membantu siasatan RCI supaya tampil mengemukakan laporan kepada RCI.

    ReplyDelete
  2. mereka yang mempunyai bukti dan mendapati siapa yang memiliki kad pengenalan palsu melalui pembohongan yang mungkin disahkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan, sila kemukakan kepada RCI untuk siasatan.

    ReplyDelete
  3. Inilah masa kita mencari penyelesaian dan mengemukakan dokumen terutama kad pengenalan palsu yang telah diberikan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

    ReplyDelete
  4. dalam hal ini bukan sahaja alhi-ahli BN tetapi semua rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai bukti perlu mengemukakannya kepada RCI.

    ReplyDelete
  5. Jangan asyik memperkatakan RCI lambat bertindak dan tidak dapat menangani masalah PATI khususnya di Sabah tetapi tampillah dan bantulah anggota-anggota RCI untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. Anggota-anggota RCI perlu diberi tempoh untuk membolehkan mereka membuat perancangan yang rapi untuk menangani masalah pemlikan kad pengenalan di kalangan PATI di negeri ini.

    ReplyDelete
  7. kalau rakyat sabar menunggu bertahun- tahun lamanya untuk RCI ditubuhkan, mengapa pula rakyat tidak sabar menunggu dalam tempoh beberapa bulan atau mungkin setahun hasil kerja badan RCI.

    ReplyDelete
  8. rakyat perlu bersyukur dan sabar serta memberi peluang kapada RCI untuk menjalankan sisatan dengan lebih terperinci.

    ReplyDelete
  9. banyak perkara perlu diambil kira dalam RCI agar ia benar-benar mencapai matlamat penubuhannya.

    ReplyDelete
  10. Daripada 14 Jan hingga sekarang pelbagai pendedahan dibuat. Namun kita tidak boleh buat kesimpulan lagi kerana keputusan siasatan masih lagi dijalankan.

    ReplyDelete
  11. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    "Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    ReplyDelete
  12. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    "Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    ReplyDelete
  13. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    "Bagaimana mungkin pakatan pembangkang boleh mentadbir negara dengan lebih baik daripada apa yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini jika kalangan mereka sendiri saling tidak mempercayai," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

    Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mengulas tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ReplyDelete
  14. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti UPKO, sebagai pemimpin yang mengamalkan 'politik cari makan'.

    Jeffry berkata demikian berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah 'anti-Malaya'.

    ReplyDelete
  15. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti UPKO, sebagai pemimpin yang mengamalkan 'politik cari makan'.

    Jeffry berkata demikian berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah 'anti-Malaya'.

    ReplyDelete
  16. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    Rahim berkata pergeseran mereka bukan sahaja menyerlahkan kelemahan kepimpinan parti itu tetapi juga ketidaksepakatan dan keretakan serius dalam kalangan parti pembangkang.

    Beliau menggesa para penyokong parti pembangkang itu, khususnya di daerah Papar, supaya menilai semula sokongan mereka terhadap pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  17. Pakatan Pembangkang Sabah Hadapi Krisis Kepimpinan Serius - Rahim Ismail


    "Yang menjadi mangsa tentulah para penyokong parti...Pintu Umno dan Barisan Nasional sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk penyokong parti pembangkang.

    "Tidak ada apa-apa yang perlu disegani kerana Umno dan BN sentiasa mengamalkan dasar menyatupadukan semua kaum di negara ini tanpa mengira fahaman dan anutan agama," katanya.

    ReplyDelete
  18. Dalam menghadapi PRU13 yang kian mendekat, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
  19. Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  20. Walaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.

    ReplyDelete
  21. Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.

    ReplyDelete
  22. Dan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah.

    ReplyDelete
  23. Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  24. Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005.

    ReplyDelete
  25. Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut? Sudah tentulah tidak!

    ReplyDelete
  26. Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah.

    ReplyDelete
  27. I let people judge.

    ReplyDelete
  28. Most of the time we are just being emotional.

    ReplyDelete
  29. Yang penting sekarang adalah inisiatif untuk meningkatkan lagi pembangunan di Sabah

    ReplyDelete
  30. The things have happened so there's nothing much we can do but we can stop from increasing.

    ReplyDelete
  31. Imbau kembali pengalaman dulu bukan salah cuma apa yang membimbangkan bila rasa tu dibawa2.

    ReplyDelete
  32. APABILA PEMBANGKANG SUDAH TIDAK WARAS LAGI

    ReplyDelete
  33. Penubuhan RCI tidak perlu dipolitikkan bagi merungkai penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  34. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap semua pihak seharusnya membenarkan suruhanjaya yang dianggotai pakar-pakar perundangan berpengalaman itu mengemukakan cadangan, menyiasat dan mengkaji segala perkara dan isu-isu yang berkaitan.

    ReplyDelete
  35. Penubuhan RCI merupakan satu landasan terbaik dari segi peraturan dan perundangan yang membolehkan siapa layak mendapat kerakyatan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  36. Fokus sebenar RCI juga dapat menyelesaikan status sesetengah rakyat tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran terutama di kawasan pedalaman.

    ReplyDelete
  37. PEMBANGKANG CARI PASAL LAGI

    ReplyDelete
  38. Tempoh enam bulan adalah masa terbaik untuk membuat siasatan dan kajian mengikut terma dan syarat yang digariskan demi kepentingan rakyat Sabah.-Shafie

    ReplyDelete
  39. We have to understand that not all of them would understand.

    ReplyDelete
  40. Ada sesetengah rakyat tempatan yang daftar lewat.Jangan pula mereka ni dikatakan PATI dan RCI ada spesifik dan fokus agar jangan orang asing mendapat tempat dan orang tempatan tidak dapat.

    ReplyDelete
  41. Pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh dilaksanakan asalkan ianya melalui proses perundangan yang sah.

    ReplyDelete
  42. redit juga seharusnya diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya kerana bersedia untuk melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

    ReplyDelete