Pendedahan yang dibuat oleh Musli Oli berkaitan dengan jumlah pengundi berdaftar "melayu' di Kota Belud yang mencatat bilangan melebihi jumlah pengundi suku Iranun akhirnya mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Kehadiran "melayu' di daerah Kota Belud adalah sesuatu yang dianggap sangat luar biasa apatah lagi kebanyakkan pengundi berstatus "MELAYU" itu tidak mempunyai alamat tetap dan pula dikatakan tinggal di perkempungan Iranun.
Sesuatu yang mungkin mempunyai motif tertentu kerana proses migrasi itu pula tidak terdapat pada suku bajau dan Dusun yang turut mendiami daerah Kota Belud. Apakah situasi ini adalah terancang seperti juga pemberian taraf kewargnegaraan kepada PATI.
Seorang pendidik yang juga setiausaha Persatuan Graduan Iranun Sabah atau PAGISA iaitu Sdr Milus Alu dalam satu kenyataannya yang dipetik dalam Fcb menyatakan Rekod Pejabat. Daerah 1991 oleh Ranjit Singh, orang Iranun berjumlah 9,781 orang. Ketika saya semak daftar pengundi memang orang Iranun 4424 berbanding Melayu, tapi bila saya teliti balik 4506 itu yang disebut Melayu terletak dalam kawasan atau perkampungan orang Iranun.
Kemudian situasi luar biasa itu turut mengundang keraguan beliau seperti Rekod Pejabat. Daerah KB 1998 orang Iranun di N. 6 Tempasuk 5225 orang, manakala di N. 7 Usukan 3408 orang. Mungkin ini strategi politik supaya UMNO kelihatan relevan di Sabah, khusus KB kerana ramai Melayu rupanya, UMNO dgn rasmi masuk ke Sabah pada 22 Feb 1991 dan dapat diterima dengan mudah.....
Jika keraguan ini berasas, bermakna sekali lagi jentera kerajaan dipergunakan untuk kepentingan politik tertentu.Mengubah demografi pengundi selain dariada taktik mengubah persempadanan kawasan Pilihanraya adalah antara taktik kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu demi mengekalkan kuasa.
pembersihan daftar pemilih dalam kalangan suku Iranun harus segera dilakukan, Tidak mustahil satu hari nanti orang Melayu yang diada-adakan akan menggantikan suku Iranun di Kota Belud sehingga suku Minoriti ini terus tenggelam dalam politik Sabah.
Mungkin juga perkahwinan dan sebagainyan antara perkara ini berlaku.
ReplyDeleteApa pun yang penting sekali Negara kita ini masih lagi dalam keadaan aman damai.
ReplyDeleteTidak pasti juga dengan dakwaan ini benar atau tidak.
ReplyDeleteKerna kita cuma mendengarnya dan bukannya melihatnya sendiri.
ReplyDeleteKita tunggu saja setakat mana kebenaran dalam tuduhan tersebut.
ReplyDeleteMemang rumit untuk tentukan mana penduduk yang ori dan bukan sekarang.
ReplyDeleteKawasan Kota Belud adalah kawasan yang termasuk kawasan selamat bagi barisan nasional mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga kawasan dewan undangan negeri.
ReplyDeletePada PRU lima tahun lalu, semua kerusi yang ditandingi bagi kawasan itu dimenangi oleh calon-calon daripada barisan nasional.
ReplyDeleteKota Belud yang mempunyai tiga komposisi etnik yang terbesar yakni Bajau-Kadazandusun-Iranun serta sedikit entik lain-lain termasuk kaum cina.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya memisah-misahkan tiga suku kaum itu melalui persempadanan pilihanraya, di mana kawasan etnik Bajau menguasai DUN Usukan, Kadazandusun DUN Kedamaian dan kawasan campuran DUN Tempasuk.
ReplyDeleteDaripada tiga kawasan itu, hanya DUN Tempasuk memerlukan kerjasama antara etnik untuk menjamin kemenangan; sementara DUN yang dua lagi, Usukan hanya perlu penyatuan etnik bajau sementara Kedamaian-etnik Kadazandusun.
ReplyDeleteBagi kawasan parlimen pula, kesepakatan semua kaum adalah tolok ukur untuk menang, namun jika semua kaum bumiputera islam bersatu menyokong sesebuah parti atau calon, maka ianya juga boleh mencapai kemenangan.
ReplyDeleteNamun demikian, pola pengundian bagi kawasan ini, bukan berasas kepada anutan agama, melainkan kepada etnik.
ReplyDeleteApabila etnik bajau dan iranun bergabung, maka pilihan mereka adalah pemenang, demikian juga jika berlaku penggabungan sokongan bajau-KDM atau KDM-Iranun, pilihan gabungan itu adalah pemenang.
ReplyDeleteSesiapa sahaja calon yang dianggap winnable candidate bagi kawasan Parlimen Kota Belud, maka calon itu perlu mempunyai sokongan daripada tiga etnik yang ada di Kota Belud.
ReplyDeletePada PRU-13- rakyat Kota Belud akan akur terhadap pilihan pucuk pimpinan Bn, siapa kah calon-calon yang dikemukakan.
ReplyDeletePada kebiasaannya, pucuk pimpinan akan mengutamakan wakil-wakil rakyat yang sedia ada; walaupun demikian penggantian calon ada kemungkinan berlaku, sesuai dengan senario politik semasa.
tak da melayu di Sabah.
ReplyDeletebetul cakap mantera, tidak ada melayu di sabah...kalau ada pun yang menumpang sini, tapi undi pegi tempat asal mereka... jadi persoalannya siapa yg dicakap melayu?
ReplyDeletebaru sedar ka rakyat sabah