KELAPA MAWAR

Tuesday, January 15, 2013

DATUK SERI DR.SALLEH TUN SAID PERLU DIBERI PELUANG

Tidak salah sebagai ketua UMNO KB, beliau turun padang mengetahui perkembangan dan perjalanan kawasan-kawasan daerah mengundi sekitar KB terutama melibatkan DUN Usukan. Sememangnya tidak salah kerana tidak banyak perkara yang menggambarkan kesudian DSSK melabuhkan punggungnya bersama masyarakat setempat, selain kerana 99.9% beliau akan beraksi semula sebagai calon UMNO di KB.

Bagi saya secara peribadi, sama ada beliau ini dicalonkan di DUN USUKAN atau di Parlimen, sama saja. Dengan ringkasnya beliau ini (DSSK) perlu diberikan peluang menjawat kembali status "wakil rakyat' di KB atas beberapa sebab musabab yang pada perkiraan penganalisis politik seperti saya harus menjadi batu berat mengapa DSSK wajar diberikan peluang.

 kerana saya menjangkakan, mana-mana kawasan yang DSSK akan tandingi dan dimenangi, akan dilimpahi pembangunan. Kalau di DUN USUKAN, tentunya beliau akan buat perkara yang lebih baik dari Datuk Japlin Akim. Jika sebelum ini, DUN Usukan menderita kerana kekurangan keperluan asas seperti rangkaian jalanraya yang beraspal, bekalan air bersih, sistem perparitan dan skim kemudahan pertanian untuk membantu para petani dan nelayan.

Jika di kawasan parlimen, beliau akan buat lebih baik dari DARD.Saya menjangkakan PRU 2008 yang lepas akan menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada DSSK, terutama bilamana DARD berjaya menyelesaikan masalah bekalan air ( pada penghujung mei 2013) yang menjadi rekod terbaik yang tercatat dalam minda rakyat KB sebagai antara jasa terbesar DARD meskipun beliau ini bakal ditakdirkan meninggalkan KB. Pada hemat saya, DSSK akan membawa pelbagai kemudahan di KB , mungkin termasuk supermarket peruncitan seperti Giant, Milimewa, Tesco dan lain-lain lagi supaya masyarakat KB tidak dibelenggu harga mahal yang ditawarkan oleh rangkaian Gui Brothers yang menguasai dan menopoli peruncitan di pekan koboi ini.

DSSK juga adalah ikon pemimpin di Kb bila berjaya menghabiskan pengajian di UPM peringkat PHD. sebagai perangsang kepada orang lain agar pemimpin harus memperlengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan jika bercita-cita menjadi wakil rakyat.

Ini membuka hati saya dengan membuat seruan supaya rakyat KB memberikan peluang kepada DSSK menjadi wakil rakyat semula. Selebihnya saya serahkan kepada anda mencerna idea ini.

1 comment:

  1. Sedikit pembetulan..rasanya harga brgn di Gui Brothers lebih murah berbanding pasaraya besar seperti milimewa apalagi giant..:-)

    ReplyDelete