KELAPA MAWAR

Thursday, January 26, 2012

RAHMAN DAHLAN KATA DEBAT BUKAN UKURAN PEMILIHAN PM,PATUTLAH TAK MAHU DEBAT DENGAN MUSLI OLI


Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyangkal persepsi sesetengah profesional Melayu yang mahukan diadakan debat antara Nawar dan Najib berkaitan dengan keupayaan dalam menentukan dasar negara termasuk ketangkasan mengurus tadbir ekonomi dengan berkata bahawa Perdebatan bukanlah ukuran sebenar untuk memilih Perdana menteri. Kenyataan Datuk Rahman Dahlan ini dilihat bercanggah dengan tindakannya yang mahu berdebat dengan Lim Kit Siang berkenaan dengan isu pembinaan Empangan Tambatuan di Kota Belud. Debat yang pada asalnya dipersetujui itu, akhirnya terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditentukan ekoran Datuk Rahman yang dikatakan terlalu sibuk dengan urusan hariannya.

Kenyataan Datuk Rahman ini juga menjawab tanggapan pengamal fcb dan Blog di Sabah yang sebelum ini mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media alternatif itu, terutama apabila YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli secara jelas dan berani mencabar Datuk Rahman Dahlan mendebatkan isu-isu mengenai kepentingan Sabah apabila Mp Kota Belud itu dalam beberapa coretan dalam wall fcb rasminya mempertikaikan beberapa kenyataan sdr Musli Oli sejurus selepas penulis politik nasional itu menyertai PKR.

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan seperti yang dilaporkan:



SHAH ALAM, 25 JAN : Perdebatan bukanlah cara yang paling ideal untuk mendapatkan informasi apatah lagi dalam dunia serba canggih hari ini, ia hanya boleh didapati di hujung jari kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. 

Malah hakikatnya, melalui pembacaan misalnya ia memberikan ruang kepada seseorang individu itu untuk mendalami dan meneliti segala dasar yang dibawakan oleh pihak kerajaan mahupun apa yang bakal dilaksanakan oleh pembangkang sekiranya diberi ruang mentadbir negara. 

Bahkan apa yang lebih penting menurut Rahman, perdebatan bukanlah jalan pintas untuk mengukur sejauh mana kemampuan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri sepertimana yang difikirkan pembangkang. 

" Adakah tanpa debat tersebut, rakyat tidak mampu menilai dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga Anwar Ibrahim? Golongan profesional muda yang mempunyai akses kepada internet boleh membaca surat khabar, majalah, isu ekonomi dan sebagainya dalam pelbagai bahasa, sudah tentu dapat menerima pelbagai maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri dan juga yang bakal diketengahkan oleh Pakatan Rakyat. 

" Kita lihat contoh di Parlimen, kalau mereka tak dapat apa yang mereka hendak, mereka buat demonstrasi. Dalam Parlimen mereka mengangkat sepanduk, keluar daripada Dewan, selepas itu memekik seperti orang yang tidak ada tamadun. Pada saya, saya masih belum melihat mereka mempunyai kemampuan untuk membuat perdebatan secara ilmiah. Tetapi lebih penting daripada itu, untuk memilih seorang Perdana Menteri bukanlah dengan kepetahan berbahas. Saya tahu Datuk Seri Anwar ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau mempunyai kepetahan untuk berbahas," katanya. 

" Pada saya itu satu percubaan yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak boleh memilih seorang Perdana Menteri berasaskan dia pandai berdebat. Kalau mahu jadi juara 
dalam sekolah, boleh lah. Untuk menjadi Perdana Menteri mesti mempunyai kemampuan untuk membawa dasar,"tambahnya memberitahu AntaraPos.com hari ini. 

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata, sikap dan cara pembangkang yang sering mengaitkan sesuatu perkara dengan hal personaliti juga dibimbangi tidak akan membawa perbincangan ilmiah itu ke mana-mana. 



" Saya melihat perdebatan ini bukanlah cara untuk mendapatkan maklumat. Saya tidak berapa selesa dengan perdebatan cara pembangkang. Ianya tidak membina dalam segala hal. Lihat sahaja perdebatan mereka di dalam Parlimen. Mereka hanya melontarkan tohmahan dan fitnah yang mana dalam perdebatan 40 minit hingga satu jam itu tidak mampu dijalankan dengan baik dan mereka akan cuba mengaitkan dengan pelbagai isu dalam pelbagai perkara sehinggakan kadang kala isu utama tidak dapat diulas dengan baik,"ujar beliau. 

Rahman diminta mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan institusi itu melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


34 comments:

  1. Bukan semua ada bakat untuk berdebat. Dan tidak semestinya kehebatan berdebat adalah pengukur layak atau tidaknya seseorang itu untuk jadi pemimpin. Ada yang bijak berkata-kata namun bab melaksanakannya payah. Begitulah juga disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Tapi rasanya ramai yang mahukan debat ini diadakan. Kerana hujah-hujah yang bakal dibentang mampu membuka minda rakyat untuk berfikir.

    ReplyDelete
  3. anwar mmg hebat dalam berdebat dan berkata-kata, tapi dalam pelaksanaan dia tak hebat. debat mmg tidak boleh dijadikan kayu ukur.

    ReplyDelete
  4. yang kita pelru lihat adalah kebolehan seseorang dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu rakyat, bukan kata-kata kosongnya.

    ReplyDelete
  5. tidak perlulah ada debat. Apa mahu debat2 lagi. Kalau Anwar teringin sangat jawatan PM tunggu saja la PRU13.

    ReplyDelete
  6. Buang masa saja tu debat. PR memang mahu tu debat sebab tu adalah salah 1 strategik dekat2 PRU.

    ReplyDelete
  7. Dekat2 PRU ni ramai pula yang mahu berdebat. tu untuk publisiti? melobi diri sendiri? atau minta perhatian??

    ReplyDelete
  8. Biasalah Hinamori, mahu tunjuk hensem kali. hahhahaa

    ReplyDelete
  9. Saya terfikir kalaupun debat dijalankan apa lah kunun hasilnya nanti ya???

    ReplyDelete
  10. Kalau ada faedah xpa juga kalau tak buang masa ja. Tambahan pula debat tak dapat menentukan mana yang lebih baik untuk rakyat kerana ia bergantung pada bakat berdebat seseorang itu.

    ReplyDelete
  11. Kalaupun orang tu calon yang baik tapi tak pandai berdebat sama juga cerita dan begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. So bagi saya tak payah susah2. Biar rakyat yang buat keputusan next PRU nanti.

    ReplyDelete
  13. Walaupun tanpa pendebatan ini antara Anwar dan Najib, namun saya yakin rakyat masih pandai menilai pihak mana yang layak dan sesuai menjadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Saya rasa lebih baik Anwar dan Najib bertanding secara adil bila tibanya masa Pilihanraya ke 13 nanti dan biar undian rakyat yang menjadi penentunya.

    ReplyDelete
  15. Debat banyak manapun, tidak bawa kemana jg..

    ReplyDelete
  16. Jika debat dibuat..tiada hasil juga tu..lebih baik tunggu PRU13 sahaja.

    ReplyDelete
  17. Lebih baik jangan buat masa..tumpuhkan perhatian kepada rakyat dulu.

    ReplyDelete
  18. Debat tidak dapat buktikan apa2.

    ReplyDelete
  19. Mau dekat pru baru mau debat2..gini la politik ni.

    ReplyDelete
  20. Rupanya sampai sekarang debat yang telah ditangguhkan berhubung dengan isu empangan Tambatuon masih belum lagi diadakan sehingga ke hari ini?

    ReplyDelete
  21. Jadi kira Rahman Dahlan mengikut tindakan Najib yang tidak menerima pelawaan Anwar untuk berdebat la ni..saya rasa kalau debat tu berhubung dengan kepentingan rakyat boleh dipertimbangkan supaya penyelesaian masalah rakyat dapat dipermudahkan. tapi kalau setakat bertengkar mulut memang tidak wajar.

    ReplyDelete
  22. Debat juga membayangkan kebolehan untuk berbahas, berbahas juga kena ada "point".

    ReplyDelete
  23. No point to spend time for debating, just concentrate more to the people and issues.

    ReplyDelete
  24. Pasti satu debat yang hangat. Kami menantikan perkembangan.

    ReplyDelete
  25. Tiada kaitan pun debat dan bakat untuk menjadi PM. Tetapi Anwar memang berbakat dan berkelayakan juga. JIka tidak kes beliau, dah lama Anwar menjadi PM.

    ReplyDelete
  26. Biarlah rakyat yang menentukan siapakan PM yang sesuai.

    ReplyDelete
  27. debat tidak menjanjikan apa-apa penyelesaian terhadap sesuatu isu.

    ReplyDelete
  28. tidak perlulah berdebat jika hanya mahu mendapatkan perhatian saja.

    ReplyDelete
  29. biar rakyat yang tentukan siapa yang mereka sokong nanti.

    ReplyDelete
  30. Perdebatan bukanlah ukuran sebenar untuk memilih Perdana menteri.

    Benar..Debat tidak akan menyelesaikan apa-apa perkara pun.Itu cuma pertengkaran lidah dan tidak ada kebaikkan yang akan diperolehi.

    ReplyDelete
  31. Debat antara Anwar dan Najib untuk apa?? Cuba berikan sebab yang munasabah. Lainlah cerita kalau debat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  32. Debat ini sebenarnya Anwar ingat selepas dia menang Kes Liwat maka telah menyebelahi dia. Sebab itu yakin dengan debat ini akan dapat menaikan dia menjadi PM. Mimpi Anwar yang tidak sedar diri.

    ReplyDelete
  33. Membuang masa saja ikut permintaan Anwar itu. Bagus lagi Datuk Najib pergi turun padang melawan rakyat sendiri ada lagi faedahnya.

    ReplyDelete
  34. jika ada banyak masa berdebat, baik gunakan saja masa itu untuk melakukan aktiviti2 turun padang.. dengar dan selesaikan masalah rakyat jauh lebih baik dari cuba menjadi hero diatas pentas debat..

    ReplyDelete