KELAPA MAWAR

Thursday, January 26, 2012

DUA PERKARA YANG DIHARAPKAN PEMBANGKANG DI KOTA BELUD

Politik adalah "magic" yang kadang-kadang keputusannya berlaku di luar sedar kita. Kerana 'Magic' itulah pembangkang tidak pernah merasa putus asa untuk merubah landskap politik Kota Belud. Kata apa sajahlah tentang pembangkang , mereka tetap dengan perjuangan kerana mereka percaya "magic' itu pasti datang.

Perkembangan senario politik di Kota Belud lewat sekarang ini menyaksikan pelbagai ragam berlaku. Arus perubahan makin deras. Mungkin sesetengah orang masih percaya bahawa 'kederasan' sungai Tempasuk dan sungai Kedamaian di Kota Belud tidak pernah menenggelamkan pekan ini  sepenuhnya walaupun banjir kerap berlaku. Ada yang masih percaya Kota Belud tetap akan dikuasai oleh BN tetapi mereka lupa bahawa politik adalah magic dan itu boleh berlaku bila-bila masa.

Dua perkara magiuc yang diharapkan oleh pembangkang pada PRU 13 akan datang. Pertama menumbangkan BN/UMNO dimana-mana DUN  di Kota Belud termasuk menguasai Parlimen.Kalau dizinkan pembangkang mahu menghalau terus BN dan UMNO di bumi kota belud ini. Biar mereka yang membela nasib penduduk kota belud ini.

Kedua pembangkang kalau tidak dapat menumbangkan BN dan sekutunya,mereka mahu menurunkan majoriti. Dan yang kedua ini dalam politik dikenali sebagai 'kemenangan' yang tertunda kerana bila berlaku penurunan majoriti yang mendadak kesanya kepada pembangkang boleh dirasai hingga ke PRU seterusnya. Dalam politik "motivasi' itu lebih bernilai dari yang pertama,kerana biasanya yang menang akan alpa kepada yang kalah.

BN dan UMNO sewajarnya mengekang dua perkara yang dimahukan oleh pembangkang itu sekiranya terus mahukan Kota Belud menjadi fixed deposit bagi mereka.tetapi berdasarkan PRU 12, perkara kedua ini telahpun berlaku. Dan adakah perkara pertama yang diharapkan oleh pembangkang itu akan menjadi kenyataan pada pru 13 ini?

41 comments:

  1. Tidak mustahil tapi laluannya pasti sukar. BN pun akan bertungkus-lumus untuk pertahankan kerusi di KB.

    ReplyDelete
  2. pembangkang mmg berusaha untuk menewaskan UMNO- BN, tapi ia tidak begitu mudah yang disangka.

    ReplyDelete
  3. BN amat kuat di Sabah, pembangkang kena berusaha kuat.

    ReplyDelete
  4. Sama2 kita saksikan magic pada PRU13.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin2 UmnoBN di KB harus bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

    ReplyDelete
  6. kekuatan dengan pembangkang tidak harus dipandang remeh. Pemimpin KB kena berusaha sungguh2.

    ReplyDelete
  7. The opposition is only want to spread lies.

    ReplyDelete
  8. Don't be swayed by their sweet promises.

    ReplyDelete
  9. Oppositions are everywhere.Beware.

    ReplyDelete
  10. Usaha pembangkang tidak harus dipandang ringan. Awas umnobn, pembalasan si pitung nanti kalau kamu tak bagus2 jaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Tapi saya percaya BN pun akan bertungkus-lumus untuk pertahankan kerusi di KB. Jadi kita tingu sajalah siapa yang akan jadi hero nanti.

    ReplyDelete
  12. Soal magic tu bagi saya adalah rakyat. Jadi rakyat kenalah buat pilihan yang tepat k.

    ReplyDelete
  13. Yang pasti next GE akan ada pertarungan yang sengit. Uiiseymen mcm x sabar pula mahu tahu keputusannya. hehehe

    ReplyDelete
  14. Apapun, saya yakin siapapun mennag nanti pasti calon itu terbaik utk rakyat.

    ReplyDelete
  15. Adakah magic ini akan terjadi semasa Pilihanraya ke 13 nanti di Kota Belud? Ini terpulanglah kepada pilihan para pengundi KB dan juga usaha pihak kerajaan dan pihak pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  16. Apa saja yang mampu berlaku sepanjang masa kita menunggu kedatangan PRU-13, harap rakyat sendiri akan membuat pilihan yang terbaik selepas ini, undilah dengan bijak.

    ReplyDelete
  17. Janganlah kita percaya kata-kata mereka. Tak boleh percaya kerana mereka bukan yang berkuasa.

    ReplyDelete
  18. Harap rakyat akan mengundi dengan bijak, jangan terpengaruhi janji-janji kosong pembangkang.

    ReplyDelete
  19. Pembangkang perlu berusaha dengan lebih kuat..BN masih berkuasa di Sabah.

    ReplyDelete
  20. Harap rakyat tau siapa yang mereka sokong untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  21. Pasti PRU yang akan datang lebih mencabar sebab banyak parti baru yang timbul.

    ReplyDelete
  22. BN juga jangan pandang remeh dengan pembangkang..perlu berusaha dengan lebih kuat untuk PRU akan datang.

    ReplyDelete
  23. Jangan bagi janji kosong sahaja..pembangkang perlu buktikan..

    ReplyDelete
  24. Jangan bagi janji kosong sahaja..pembangkang perlu buktikan..

    ReplyDelete
  25. There can be a miracle when you believe:)tapi pembangkang janganlah sampai over-confident. walaupun BN menang namun ini tidak semestinya mereka alpa dengan kemenangan yang telah mereka kecapi selama ini.

    ReplyDelete
  26. ramai orang yang tidak percaya 'magic'. tapi dalam hal untuk mencapai sesuatu tidaklah boleh mengharapkan 'magic' semata2. kejayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha lebih berkhidmat untuk rakyat.berkhidmat bukan setakat dekat2 PRU atau setahun dua tapi sepanjang masa.

    ReplyDelete
  27. Im sure BN will do more to retain their power in Sabah.

    ReplyDelete
  28. BN masih kuat di Sabah. masing-masing ada peluang untuk memenangi kerusi.

    ReplyDelete
  29. Vote wisely. Promises that cannot come true may not be trusted.

    ReplyDelete
  30. Bukan semesti pembangkan g pasti tidak baik, cuba lihat Penang? Semua orang menikmati perkembangan juga.

    ReplyDelete
  31. Semua parti termasuk Bn & pembangkan harus membuktikan melalui tindakan dan bukannya janji yang tidak munasabah.

    ReplyDelete
  32. semua parti pun mahu menang..siapa yang dapat menambat hati rakyat maka, parti itulah yang akan menang.

    ReplyDelete
  33. persaingan pasti sengit pada pru akan datang nanti.

    ReplyDelete
  34. biar rakyat yang membuat keputusan mereka nanti.

    ReplyDelete
  35. Jika hanya untuk berkata-kata rasanya agak mudah dan senang. Keluar dari mulut lepas itu apa yang ada? Tunggu dan lihat saja apa yang Pembangkang katakan itu.

    ReplyDelete
  36. Kalau beberapa Negeri PR nanti jatuh kepada BN itu menandakan Rakyat tidak menerima PR sepenuhnya.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan BN tidak akan membiarkan apa yang PR inginkan tercapai. Pasti kerajaan BN akan terus memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah itu sendiri.

    ReplyDelete
  38. Biarkan rakyat sendiri menilainya. Tambahan lagi PR cuba menumpukan kawasan pendalaman seperti Tenom, kota belud dan banyak lagi tempat di Sbaah. Selagi kerajaan melakukan kerja dengan baik rasanya agar sukar untuk rakyat berpaling kepada PR.

    ReplyDelete
  39. magic tidak wujud disebelah pihak saja.. tidak mustahil pembangkang juga akan gagal memenangai mana2 kerusi di Sabah pada PRU13 nanti.. elok la jangan terlalu mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding..

    ReplyDelete