KELAPA MAWAR

Tuesday, January 24, 2012

SABAH: BAJET 2012 MELEBIHI 4 BILLION,HUTANG SABAH 82.5 BILLION


Kek ekonomi Sabah

Tidak ramai yang mengetahui keadaan ekonomi negeri Sabah, kerana fakta yang disalurkan hanya melibatkan aspek kemampuan kewangan negeri. Sedang perihal hutang negeri kepada persekutuan tidak langsung di war-warkan. Rakyat Sabah hari ini sepatutnya punya kesedaran tinggi dalam pengurusan aset dan kewangan serta ekonomi negeri mereka. Justeru itu satu pendedahan telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi UBF yang menyatakan bahawa hutang negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meningkat kepada RM 82.5 Billion ringgit. sekaligus membayangkan bahawa kemakmuran ekonomi Sabah sebenarnya sengaja diwar-warkan untuk kepentingan politik golongan tertentu.Lihat pendedahan ini yang disiarkan dalam Sabahkini.net




Saudara Pengarang,

MENURUT Pakar-Pakar Ekonomi UBF, jumlah hutang Sabah kepada Malaya atas nama Persekutuan sebanyak RM82.5 bilion. Maksudnya, sekiranya perbelanjaan RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan itu disalurkan ke Sabah atas nama Persekutuan (Malaya), maknanya hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) bertambah kepada RM86.5 bilion.

Menurut pakar-pakar ekonomi UBF lagi, hasil Sabah setiap tahun sebanyak RM35 bilion. Tetapi, Malaya ambil 95% atas nama Persekutuan. Jadi, purata jumlah hasil Sabah yang Malaya ambil setiap tahun ialah RM33 bilion.

Persoalan kita ialah, dengan lebihan hanya 5% hasil Sabah untuk Sabah; bila hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) boleh habis bayar? Sekiranya semua hasil Sabah menjadi milik Sabah yang berjumlah RM35 bilion itu, berapa banyak agaknya pusat kesihatan yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya sekolah yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya universiti yang boleh dibina?

Justeru, apa erti kemerdekaan Sabah dari British jika 95% hasil Sabah dipunggah ke Malaya atas nama Persekutuan? Malahan, apa beza penjajahan British ke atas Sabah dengan pemunggahan 95% hasil Sabah ke Malaya atas nama Persekutuan?; atau hanya bertukar istilah penjajahan British ke atas Sabah kepada penjajahan Malaya dengan bahasa yang lembut Persekutuan?

Salam Hormat,

NASPAZI

45 comments:

  1. Pulau Pinang dibawah pemerintah pembangkang juga berhutang dengan persekutuan.

    ReplyDelete
  2. Harap2 Sabah dapat membayar hutang tersebut. Hutang hanya membebankan ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
  3. Biar betul cerita ini Kelapa Mawar. Ini lah kata orang, manis dimulut pahit dihati..Dahysat

    ReplyDelete
  4. Ada jalan untuk diselesaikan, jika cerita ini betul. Jadi kelaziman negeri negeri mesti berhutang dgn persekutuan.

    Siapa saja yang memegang tampuk pemerintahan, tidak terkecuali daripada berhutang.

    ReplyDelete
  5. I think the state government will able to get through the season.

    ReplyDelete
  6. Sedangkan pembangkang pun susah nak jangka apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  7. bukan Sabah saja berhutang, negeri2 lain jg turut berhutang dgn persekutuan.

    ReplyDelete
  8. apapun, harap kerajaan negeri Sabah bijak dalam mengurus kewangan dan pastikan beban hutang tidak bertambah.

    ReplyDelete
  9. What government does have debts? this is nothing new...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Sudah hutang begitu banyak masih tidak menyelesaikan masalah ini, bagaimana boleh ada hati untuk menentukan bajet tahun ini lagi.

    ReplyDelete
  12. Harap masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin, janganlah mengelakkannya.

    ReplyDelete
  13. What i find most intriguing is that UBF has not gave emphasis as to how the present government is tackling the debt issue.

    ReplyDelete
  14. Kenalah merancang dengan baik, nanti semua akan menjadi kelam kabut.

    ReplyDelete
  15. The government has never failed to fulfill its promises though.

    ReplyDelete
  16. The state government is able to overcome it.

    ReplyDelete
  17. Jangan Sabah sampai bankrap. hutang tetap dibayar. bajet tetap dirancang untuk mengimbangi pendapatan dan hutang.

    ReplyDelete
  18. sabah harus mendapat lebih daripada hasilnya..

    ReplyDelete
  19. tapi rasanya ianya adalah perkara biasa ada hutang dengan persekutuan..

    ReplyDelete
  20. dan apa cadangan pakar2 UBF untuk megurangkan masalah hutang ini?

    ReplyDelete
  21. Semua negeri pun berhutang. Yang penting ada jalan penyelesaian untuk membayr balik hutang ini. Dengan kekayaan hasil bumi yang banyak di Sabah ini, kenapa begitu tinggi jumlah hutanya?

    ReplyDelete
  22. Diharap dapat sahkan kesahihan jumlah hutang itu.

    ReplyDelete
  23. Tidak apa berhutang untuk untuk penduduk Sabah sendiri juga dan bukannya digunakan untuk suk-suka.

    ReplyDelete
  24. Benar atau tidak kita masih belum mengetahui kebenarannya lagi. Kerana belum ada bukti kukuh yang mengatakan hutang Sabah berjumlah demikian.

    ReplyDelete
  25. Ramai yang kata, kalau tidak berhutang pasti tak akan hidup dengan senang. macam penjawat awam sendiri juga yang dalam sektor swasta, cuba selidik berapa ramai antara mereka yang tiada buat pinjaman? begitu juga lah dengan negeri. pasti tak akan mencukupi untuk pembangunan jika hanya bergantung pada pendapatan saja. mesti akan buat pinjaman@berhutang. tapi yang penting janganlah sampai membawa 'bencana'.

    ReplyDelete
  26. yang penting dibayar balik, jangan sampai jadi bankrap.

    ReplyDelete
  27. rasanya mana-mana kerajaan pun pasti berhutang untuk tujuan pembangunan.

    ReplyDelete
  28. apa yang penting adalah kemampuan bayar balik dan peruntukan yang ada dibelanjakan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  29. yang penting semuanya diuruskan dengan cekap dan sebaiknya.

    ReplyDelete
  30. negeri-negeri yang ditadbir pembangkang juga mempunyai hutang.

    ReplyDelete
  31. kecekapan pengurusan membolehkan kewangan diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  32. Hutang banyak itu mengambil masa yang panjang untuk dilangsai. harap tidak membebankan perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  33. Hutang yang banyak cuma menjejas perkembangan negara dan membebankan negara yang banyak berhutang kat luar negara.

    ReplyDelete
  34. Hutang tetap kena bayar, perkembangan dan projek harus juga diteruskan untuk menjana pendapatan yang lumayan.

    ReplyDelete
  35. harus menggunakan sumber alam semulajadi untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan supaya hutang dapat dibayar dan pembangunan juga berterusan.

    ReplyDelete
  36. Bujet 2012 harus dilaksanakan dengan wajar agar tidak berlakunya penyelewengan yang lagi membebankan kerajaan.

    ReplyDelete
  37. Bolehkah kita percaya fakta yang diberikan di atas bahawa hutang Sabah adalah 82.5 bilion? Dari mana fakta ini didapati?

    ReplyDelete
  38. Hutang negeri Sabah pasti ada, tapi tidak tahu bilangan sebenarnya. Tidak kira bagaimanapun, kerajaan negeri perlulah berusaha melangsaikan hutang negeri.

    ReplyDelete
  39. Negara kami banyak berhutang, entah bila baru boleh habis dibayar.

    ReplyDelete
  40. Ini membebankan negara juga. harus mencari saluran untuk memperbaiki pendapatan negeri.

    ReplyDelete
  41. Tidak terjangka Sabah juga berhutang berbillion. Kerajaan negeri harus memperbaiki pengendalian hutang tersebut.

    ReplyDelete
  42. Bujet 2012 harus uruskan dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran.

    ReplyDelete
  43. Semoga beban hutan gini semakin ringan agar tidak mengganggu perkembangan ekonomi yang dirancang.

    ReplyDelete
  44. pendedahan yang dibuat tidak terperinci.. sekadar menyebut nilai tapi tidak menyatakan darimana dan bila hutang itu dibuat.. cuba dedahkan apa2 dokumen berkenaan dengan hutang ini.. itupun kalau ada la..

    ReplyDelete