Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.
BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan.
Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati.
Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.
Di Kota Belud, kerajaan BN juga pernah berjanji untuk membaikpulih SK Nanamun seperti yang dilaporkan oleh Utusan :
7 Disember 2010, Utusan Malaysia : Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu akan digunakan bagi membina enam bilik darjah baru. "Kalau berdasarkan pengauditan jawatankuasa pengauditan fizikal, sekolah ini memang dikategorikan sebagai amat kritikal terutama bangunan bilik darjahnya"
Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu yang juga Ahli Jawatan KuasaDAPNegeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau Bum-Bum sepanjang 1.2 kilometer.
“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”
Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.
“Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN”
Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.
“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”.

"Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati."
ReplyDeletePuan Kelapa Mawar tinggal dlm hutankah? Keluar2lah, nikmatilah keindahan KB
Inilah janji' BUTU NAJIB' (BN)
ReplyDelete