Sunday, February 6, 2011


Perletakan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin telah dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai 'melumpuhkan' PKR di negeri ini. Pergolakan PKR Sabah,bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini orang kuat KDM, Dr Jeffry Kitingan telahpun duluan meninggalkan PKR atas sebab hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR terutama Datuk seri Anwar Ibrahim yang disifatkan oleh Pajudin sebagai memperbodoh-bodohkan orang Sabah. Pada satu masa memberikan Autonomi kepada Sabah jika memenangi PRU 13, namun tindak tanduk DSAI jelas tidak menunjukkan yang demikian.

Di Kota Belud, ramai pemerhati politik tempatan melihat situasi baru ini sebagai memberi kesan kepada dua kawasan Pilihanraya di daerah ini iaitu kawasan N6 Tempasuk, dan P169 Kota Belud yang kedua-duanya diwakili oleh UMNO (BN). Melihat kepada keputusan PRU12 yang lalu, ada 'kebarangkalian' yang tinggi bagi kedua-dua kawasan ini untuk dimiliki oleh PKR, bergantung kepada "mod" Pengundi dan isu yang bakal dimanipulasikan, tidak terkecuali "siapa calon yang akan dikemukakan"?. Jika bersandarkan rekod pada PRU 12 yang lepas, kawasan N6 Tempasuk menyaksikan pertarungan 3 penjuru antara calon Umno (BN) iaitu Datuk Musbah, Calon PKR Laiman Ikin dan calon BEBAS ,Ibrahim Linggam. Secara keseluruhannya, keputusan PRU 12 itu menyaksikan penurunan majoriti kemenangan calon Datuk Musbah. Pada PRU 11, Calon BN, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memperolehi undi majoriti sebanyak 3440. Angka ini menurun kepada hanya 2430 yang dimenangi oleh Datuk Musbah. Manakala calon PKR, memperolehi undi kejutan sebanyak 4109, sekaligus menyaksikan PKR dilihat sebagai 'ancaman' besar kepada kedaulatan politik BN di N6 Tempasuk.

Sebagai tujuan mengekang kemaraan PKR di N6 Tempasuk ini, ramai penggiat politik di Kota Belud berpandangan supaya Tan Sri Pandikar Amin "dikembalikan" semula sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. Ini kata mereka supaya BN memperolehi kembali undi suku Iranun dan Bajau yang merupakan bilangan undi Bumiputera Islam yang mencatat 66.01% berbanding dengan bumiputera bukan islam yang berkapasiti dalam lingkungan 33% daripada keseluruhan jumlah pengundi DUN Berkenaan iaitu seramai 14 291 orang. Hujah lain yang diberikan ialah kerana kononnya 'protes' undi dari penyokong TSP sekali lagi akan berlaku dan berkemungkinan BN dapat di tumbangkan di TEMPASUK. Sama ada hujah ini boleh diterima atau sebaliknya, sukar dipastikan, namun sebagai rekod, Datuk Musbah kalah di kebanyakkan peti undi yang majoriti adalah orang Iranun. Apakah ini bukti yang dikatakan oleh mereka sebagai 'undi protes'?

Tentunya PRU 13 akan datang lebih menjanjikan persaingan yang sengit dengan PKR dan BN di Tempasuk ini. Walaupun PKR dilihat sebagai parti bermasalah, namun bukanlah sesut yang mustahil pada PRU 13, PKR akan dapat menawan Tempasuk, kerana berdasarkan rekod sedia ada, PKR bukanlah parti ancaman kepada BN terutama UMNO di Kawasan ini, tetapi memperolehi undi lebih 4000 pada PRU yang lepas sudah membuktikan bahawa, " laut yang bergelora itu jangan disangka tidak dapat menghasilkan ombak tsunami".

24 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Rasanya tiada kesan langsung pergolakkan PKR dengan DUN Tempasuk, kalau diteliti dengan sewajarnya tiada calun PKR yang berpotensi utk menawan DUN Tempasuk dan Usukan pada PRU-13..KECUALI para pemimpin BN sendiri yang terjun ke PKR.

Untuk pemimpin BN khususnya di Kota Belud..kalau mendongak langit diatas jangan lupa rumput dibumi...hanya itu pesan ku mambang.

Ali kemad said...

Sdr raja segala Kobog..

jgn terlalu angkuh dgn persekitaran politik di Kb sekarang..Dlm politik semunay adalah tergantung dan tdk mustahil org baru dan dr parti pembangkang akan menang..

ROJOKOBOG said...

Salam Sdra Ali Bin Kemad,

Kalau pun saya angkuh atau sebaliknya mungkin Sdra Ali lah orang pertama yg termakan provokasi saya....dan jika saya angkuh dan sombong bongkak, saya tidak akan mengingatkan para pemimpin BN diakhir komen saya, tetapi saya amat yakin bahawa setakat saat ini dan PRU-13 tiada calun pembangkang yang mampu menggugat kedua-dua DUN yg saya maksudkan..InsyAllah.

Ali kemad said...

sdrku Raja segala kobog..

sekali lagi saya mengingatkan sdr bahawa sdr juga tmakan provokasi yg saya berikan..

namun dri sudut lain saya serius sdrku Raja segala Kobog...

kita lihat bagaimana seorang calonb PKR pada PRU 12 yg lepasa iaitu sdrku Laiman Ikin yg pada awalnya tdk punya pngalaman politik dan bukan pun org politik tetapi dpt meraih undi lebih 4000..sesuatu yg menakjubkan bagi saya...dgn tdk ada kelebihan logistik dan wang yg bertimbun..ditambah lagi tdk punya media utk mewar2kn manifesto beliau..dgn serba kekurangan maka dia dpt mengurangkan majoriti wakil rakyat di Tempasuk...

jika gelombang ini berterusan dan andaian bhawa Datuk Musbah sekali lagi dicalonkan..apakah ada kemungkinan Tempasuk akan menjadi kwsn pertama bagi PKR di KB? Cuba sdrku Raja segala Kobog fikirkan...

wassalam

Gambar seksi said...

Salam buat kalian..


sebagai org KB, saya juga merasa risau dgn apa yg sdr KM tulis ini..dengan disokong oleh analisis PRU 12, ada benarnya bahawa N6 TEMPASUK berada pada keududkan 'genting'...

saya mencadangkan supaya Datuk Musbah dan UMNO BN mengadakan post mortem punca majoriti pada PRU lepas merosot..kenalpasti masalahnya kemudian buat perancangan utk menarik minat pengundi terutamanya golongan belia..insyallah UMNO akan menang.,.

tapi kalau dibiarkan saja..tidak mustahil apa yang dibimbangi oleh sdr KM dan Sdr Ali itu akan menjadi betul...

risau---risau--risau..kita dibuatnya oleh KM ini..

getah lastik said...

PKR DAPAT UNDI BGITU D SEBABKAN UNDI PROTES YG TAK PUASHATI DENGAN PENCALONAN BUKAN DARI CALON PILIHAN MRK WALAUPUN MRK TU ADALAH AHLI UMNO SENDIRI.KLU SETAKAT HARAPKAN PENGARUH PKR DI TEMPASUK BOLEH DIKIRA DGN JARI.APA JASA PKR DITEMPASUK DAN SIAPA CALON PKR DI TEMPASUK YG BERWIBAWA.AISO!KLU CALON TEMPASUK MUKA BARU, MAKA MAJORITINYA AKAN LEBIH BERTAMBAH LAGI.FIKIR2 KAN

ROJOKOBOG said...

Salam Semua rakan-rakan.

Persoalan yang timbul adalah kemenangan dan kekalahan, soal mengurangkan majoriti itu adalah persoalan kedua, kenapa lah majoriti berkurangan tapi kemenangan jua yg dicita-citakan.

Senario PRU-12 adalah amat berbeza dengan PRU-13 nanti, malahan limpahan PRU-12 telah mengalir ke seluruh pelusuk Negara dengan hebatnya, saya rasa Sdr Ali Kemad maklum perkara ini, boleh dikatakan majoriti keputusan pilihanraya umum ketika itu amat tipis khususnya bagi calun-calun BN.Andaian Sdr bahawa sekiranya Datuk Musbah dicalunkan di DUN Tempasuk itu adalah diluar pengetahuan saya, tapi fokus utama saya bahawa pembangkang amat sukar untuk menidakkan kemenangan calun BN di Tempasuk dan Usukan.....

Sniper said...

Ali Bin Kemad,

hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang pokok, mambang angin, mambang coklat, mambang biru, mambang hijau.....mambang mabuk minum brandy....cobaan......


hahahahaa

watasikadi said...

salam KM,
kedua2 kerusi ini merupakan kerusi panas..jika BN mengekalkan calonnya maka PR yakin akan menang kerana sudah dua kali pisang berbuah mustahil sudah untuk sabar lagi...jadi BN pilihlah calon yang tepat..semuanya bergantung dengan pemilihan calon BN sendiri..

BELUM PENDEKAR said...

Salam semua,

Saya fikir, perkara pokok yang harus menjadi pegangan kita bersama ialah bagaimana untuk menentukan bahawa masyarakat KB tanpa mengira suku bangsa dapat terus mengekalkan penyertaan dalam kepimpinan negeri Dan negara.

Kita harus menjadikan "penyertaan" wakil KB dalam kepimpinan negeri Dan negara sebagai satu agenda jangka panjang Demi memperkasakan masyarakat KB. Ingatlah bahawa pesaing kita yang lebih besar ialah dari luar, bukannya dari dalam KB sendiri.

Maka, letakkanlah diri kita dalam perjuangan yang sama. Jangan biarkan perbedaan yang sedikit memecah-belahkan Dan akhirnya meruntuhkan kegemilangan KB kerana jika itu berlaku, kita semua sebenarnya adalah pihak yang kalah. Bersatu bersatu Dan terus bersatu...

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

Anak Sabah said...

Harap rakyat sendiri akan membuat penilaian sewajarnya.

zam said...

pergolakan dalam PKR pasti memberikan kesan terhadap parti itu sendiri.

mantra said...

bagi saya, Pergolakan PKR akan memberi kesan terhadap pemilihan calon PKR di tempasuk.

Bujang Senang said...

Itu tidak ada kaitan dengan penduduk tempasuk. Pergolakkan yang berlaku itu hanya memburukkan PKR itu sendiri dan tidak ada kesannya kepada DUN tempasuk. Masalah parti tidak akan memburukkan DUN berkenaan.

Hamdan Hadillah said...

PKR perlu fikirkan masalah parti sendiri. Apa pun masalah PKR tidak akan mengugat DUN tempasuk. Masalah parti itu masalah parti dan tidak ada kaitan dengan DUN nanti. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Siapa yang berusaha lebih tidak mustahil boleh memang.Siapa yang buat tidak ada mungkin bukan pilihan rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin benar PKR tidak sesuai untuk Sabah. Pelbagai masalah yang timbul dengan DSAI yang hanya mahukan kemenangan dan bukannya berjuang untuk rakyat. Tapi mahu memastikan PR memang besar tanpa memperdulikan rakyat. Inikah yang dikatakan sebagai pemimpin??Tidak ini bukan pemimpin tapi gila kuasa. Oleh itu akyat sendiri tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Jangan terpengaruh dengan kata manis PR yang cuba untuk menarik pengundi..Fikir sebelum menyesal.

Anonymous said...

pergolakan yang berlaku dalam PKR cukup untuk rakyat jadikan pertimbangan untuk menolak parti itu. jika pemimpin2 mereka sendiri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DSAI, bagaimana pula halnya dengan rakyat? perlukah rakyat terus bergantung harap dengan parti itu sedangkan pemimpin2 mereka sendiri berpendirian sebaliknya. jika dalam pengurusan parti pun sudah menampakkan kekalutan, ia sebenarnya menggambarkan satu keadaan huru hara atau kacau bilau apabila PKR mentadbir negara ini kelak.

mandau said...

jika PKR terus bergolak, ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadapnya.

mike said...

rasanya tiada kesan kepada DUN tempasuk berhubung dengan pergolakkan PKR.

mike said...

yang pasti PKR sudah hilang taring di sabah..

mike said...

mungkin juga PKR tidak akan bertanding di tempasuk pada pilihanraya akan datang..siapa tahu..

mike said...

perkara terbaik adalah tunggu dan lihat sahaja..

ANAK WATAN said...

Penurunan majority BN dalam pilihanraya ke 12 yang lalu adalah disebabkan penghianataan orang-orang umno yang terdiri daripada penyokong Tan Seri Pendikar dan Datu Saleh kerana keciwa bilamana kedua-dua pemimpin ini tidak dicalonkan. Ini jelas kelihataan di peti undi kawasan iranun dimana hampir semuanaya kalah dan di kawasan peti undi Bajau dan dusun semuanya menang.

Bagaiman pula halnya dalam pilihanraya ke13 sekiranya Datuk Musbah tidak di calonkan dan penyokongnya keciwa dan tidak menyokong lantaran mereka telah belajar daripada penyokon Tan Seri dan Datuk Saleh mampukah calon BN itu menang. Sedangkan kekuatan Datuk Musbah sudah teruji dalam pilihanraya ke 12 yang lalu walaupun penyokong kedua-dua pemimpin itu khianat namun calon BN tetap menang dengan majority yang besar. Kita juga harus ingat bahawa Datuk Musbah hanya tewas 45 undi dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian bererti kekuatan mereka masih 50/50 dengan Datuk Saleh.

Majority Tan Seri Pendikar dalam pilihan Raya ke 11 yang lalu tiga ribu lebih kerana sokongan orang bajau di daerah mengundi Taun Gusi walaupun Digong menjadi calon Bebas, tapi kita harus ingat di kawasan Peti Undi Dusun semunya kalah menandakan orang Dusun Tempasuk belum bersedia menerima calon dari suku kaum iranun. Kalau orang bajau lagi tidak menyokong sudah tentu jawapannya tetap kalah.

Saya setuju dengan apa yang di katakan oleh BELUM PENDIKAR bahawa kita perlu bersatu tanpa memilih Suku bangsa agar pemimpin kita dapat terus mengekalkan penyertaan dalam kepimpinan negeri Dan negara. Contohnya sekarang, semua pemimpin mempunyai tempat dan dapat memainkan peranan masing-masing. Di peringkat Negeri ada Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Albert Lagadan dan Datuk Saleh selaku Spekar, Penisahat Sain KM dan Pengerusi Finas. Diperingkat Persekutuan ada Tan Seri Pendikar selaku spekar dan Datuk Rahman selaku ahli parlimen. Seandainya kita bersatu tanpa memilih suku bangsa dng posisi yang ada apa juga masalah bolih diselesaikan bersama.

onong said...

Mungkin pergolakan antara pemimpin.