Friday, September 23, 2011


Isu Musli Oli akan bertanding pada PRU 13 di Kota Belud telah lama dicetuskan oleh penulis nasional ini pada 2 tahun yang lepas. selain daripada membuat pengakuan pada laman blog, Musli Oli yang juga penggiat NGO di Sabah membuat ikrar terbaru itu dalam FCB beliau. Sambil mendakwa bahawa beliau mendapat sokongan daripada Datuk kalaku Untol, Musli Oli juga membuat dakwaan akan bertanding sama ada pada DUN atau Parlimen.

" InsyAllah tuan haji saya jadi YB selepas ini, tapi jgn tidak undi saya pada PRU akan datang. samada Usukan atau calon MP. Kompom sudah tanding"

"Terima kasih karim, tolong kempen di KB samada DUN atau Parlimen. datuk kalakau akan bantu juga.."

Kenyataan MUsli OLi ini sangat menarik dalam politik Kota Belud. Pertama kerana keluarga MO bukanlah baru berkecimpung dalam dunia politik. kalau tidak silap saya Allahyarham Abang MO telahpun bertanding menggunakan logo PAS dan mendapat undi lebih 2000 di KB. satu pencapaian yang baik . ketika rakyat KB pada waktu itu masih dibelenggu oleh politik wang yang ditabur setiap kali pilihanraya.

Kedua yang menarik ialah, kenyataan MO ini dilihat sebagai satu langkah "protes' senyap keatas kepimpinan sedia ada. Baik Datuk Japlin di Usukan atau Datuk Rahman dahlan di Parlimen. Itupun jika kedua tokoh politik ini dicalonkan kembali pada PRU akan datang. Jika tidak ura-ura di Usukan , Datin Saidatul Badru akan bertanding dan pertembungan MO dengan Datin ini akan mencatat sejarah politik sendiri.

Jika di Parlimen KB, datuk Salleh atau TSP atau Datuk Musbah juga akan mencatat sejarah politik kerana MO dan tokoh-tokoh politik ini mempunyai hubungan yang baik dan intim terutama Datuk salleh Tun said.

MO bukan sahaja mempunyai kekeluargaan yang ramai di KB tetapi juga dilihat sebagai tokoh NGO di sabah yang mempunyai rangkaian kuat di peringkat nasional. Apakah yang bakal terjadi jika ura-ura MO akan bertanding di Usukan atau Parlimen menjadi kenyataan? Bersama kita tunggu paling lewat pun pada tahun 2012 dengan mengambil kira mod dan petanda Najib akan membubarkan parlimen.

Thursday, September 22, 2011


Kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah 'pejuang' dalam satu ceramah politiknya dalam insiden serangan komunis pada balai polis Bukit Kepung telah mengundang padah kepada timbalan presiden PAS itu apabila di dakwa di mahkamah Seksyen, Butterworth pagi kelmarin. Jika sabit kesalahan Mat Sabu boleh dipenjarakan selama 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mat Sabu kemudiannya dibebaskan atas ikat jamin sebanyak 15 ribu sementara menunggu perbicaraan pada 27 Oktober ini.

Walaupun begitu peguam Mat Sabu mempertikaikan kewajaran kes itu dibawa di mahkamah kerana menurut peguam itu kes sejarah sepatutnya di bawa ke meja akademik dan bukannya di mahkamah.


BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.


Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.
Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.


"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Wednesday, September 21, 2011


Isu 'rampasan' tanah pribumi oleh beberapa individu dan koperasi di Sabah bukan lagi cerita baru tetapi telah lama berlegar dalam ruang lingkup ketidakpuasan hati rakyat. Kes tanah di Sabah sudah meranggut nyawa penduduk. Mungkin kita masih ingat skandal tanah di Tingkayu, Kunak yang telah menimbulkan banyak kekeliruan dan pertentangan antara penduduk kampung dengan Koperasi di tempat berkenaan.

Saat isu tanah diambil dan dibangunkan oleh orang-orang tertentu, timbul pula isu 3 buah pulau yang dikatakan milik persendirian yang diklankan untuk dijual dan berpangkalan di Kanada. Pulau-pulau berkenaan ialah pulau Mengalum yang terletak diluar pantai Kota Kinabalu, berkeluasan 101 hektar dan dijual pada harga US$ 18 juta. Pulau kedua ialah pulau Pandanan dekat Semporna berkeluasan empat hektar dan dijual pada harga US$ 2 juta , manakala pulau Montukod di luar Kinarut dijual pada harga US$11.266 juta.

Jika penjualan pulau-pulau ini dibiarkan dan kerajaan BN tidak mengambil langkah pencegahan dari awal, maka tidak heran jika kebanyakkan pulau-pulau di Sabah terutama di Semporna yang dimiliki secara persendirian dan turun temurun akan juga dijual.

Justeru apakah yang tinggal kepada generasi akan datang jika warisan sebegini sewenang-wenangnya dijual beli. Apakah kerajaan Sabah yang mempunyai hak tanah dalam senarai Negeri dalam undang-undang Negeri Sabah tidak mempunyai hak menghalang dan membatalkan jual beli itu?

Penduduk Sabah di pedalaman tersepit antara karenah jutawan yang meragut hak mereka keatas tanah yang diusahakan dengan kerakusan golongan persendirian yang tidak memikirkan jangka panjang akibat kepada genarasi akan datang jika penjualan pulau berkenaan menjadi kenyataan.
Setiusaha Bn Sabah Datuk Rahman Dahlan

Skandal pengambilan Tanah di Sabah sudah tahap kronik. Di mana-mana di serata pelosok negeri dibayu ini kedengaran isu ini. Di Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu. Semporna, Keningau, Sipitang dan hampir keseluruhan daerah di Sabah menghadapi permasalahan ini. Ada yang membuat tuduhan kononnya orang besar dan orang dalam terlibat sehingga sebegitu rakus merampas hak tanah milik orang kampung.

Isu Pendatang Tanpa Izin atau PATI di Sabah juga sudah sampai ke tahap kronik. Di mana-mana di seluruh daerah di Sabah memang kejumpaan orang-orang asing ini. Malahan ada yang tanpa segan-silu melakukan pekerjaan seperti orang tempatan. Terlibat dalam sektor pertanian dan juga perikanan.

Menyedari dua isu utama ini BN Sabah dalam satu kenyataan oleh setiausahanya Datuk Rahman Dahlan menyatakan BN Sabah telah menubuhkan empat ahli jawatankuasa iaitu Jawatankuasa melibatkan hal ehwal Tanah yang dipengerusi oleh Ketua Menteri Sabah, datuk Musa Aman, Ahli Jawatankuasa Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Jawatankuasa Perlantikan Jawatan Politik yang dipengerusikan oleh Datuk Salleh Tun Said dan jawatankuasa anugerah pingat yang dipengerusikan oleh Datuk Rahman sendiri.

Rakyat Sabah masih menaruh harap kepada BN untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu kes pengambilan tanah dan isu PATI. Walaupun begitu ada pihak masih mencurigainya kerana mereka menyifatkan jawatankuasa ini hanya sekadar 'gula'gula' kepada rakyat menjelang PRU13, kerana selamanya iau Tanah dan Pati dibiarkan menjadi api dalam sekam.


Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.


Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.


Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.


"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.


Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.


Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.


Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.


Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.


Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula. -mk170,818 pengundi guna kod negara misteri


KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.


Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR."Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya."Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.


Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).


Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .


"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.


"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.


Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:


1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?


3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? -HD

Pelawak dan pelakon filem Hantu Bonceng Zizan didakwa menimbulkan kontravesi apabila melafazkan "Asyahduanna Muhamadarr.....Syaitan" dalam satu babak dalam filem berkenaan. Isu ini mendapat perhatian dari ustaz AZHAR IDRUS. Ikuti penjelasan beliau dalam video di bawah ini:


Apa yang dikatakan oleh Najib dalam sebilangan besar "transformasinya' di dakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'mencedok' dan 'meniru' gagasan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam buku Jingga. Isu pemansuhan ISA, juga kenaikan gaji guru-guru yang sudah mula kedengaran dalam bajet 2012, penambahbaikan sistem pilihanraya negara dan pelbagai kemudahan lain.

Benar Najib meniru Buku Jingga untuk meraih undi orang Melayu dan Cina pada PRU akan datang? Baca kenyataan Tuan Ibrahim tuan Man , ketua Penerangan PAS Pusat mengenai hal ini.

"Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.


PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda " kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.


"PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.


“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" -berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.


Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.


Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.


Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.


Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini.’

InsyaAllah.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, September 19, 2011


Kudis Pendatang Asing Tanpa Izin atau PATI di sabah semakin merebak hingga keseluruh badan. Walaupun sudah ada desakan beberapa pemimpin politik sama ada dikalangan pembangkang dan dikalangan pemimpin dalam komponen BN di sabah, namun kerajaan Pusat masih menunggu 'bulan jatuh keriba' untuk bertindak. Beberapa orang pemimpin termasuk Dr Jeffry dan Wilferd Bumburing telahpun menyerahkan dokumen pembuktian bahawa memang wujud PATI di Sabah yang mendapat kerakyatan secara mudah dan melambak, namun dokumen itu hanya sekadar tinggal sebagai dokumen, tidak ada tindakan susulan, bahkan anggapan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyelesaikan kemelut PATI di sabah dilihat sebagai tidak berkeperluan.

Bancian Jabatan Perangkaan Malaysia dalam bancian 2010 telah menunjukkan terdapat pola peningkatan penduduk di sabah dalam suasana yang cukup luar biasa. Peningkatan mendadak dan mengatasi jumlah penduduk di negeri Jiran , Sarawak. Menurut bancian 2010, kadar penduduk Malaysia telahpun mencecah 28 juta orang, di mana selangor mencatat penduduk seramai berjumlah 5, 411,324. Diikuti oleh negeri Johor 3, 233,434 orang dan negeri Sabah seramai 3,120,040 serta penduduk Sarawak 2,420,009.

Apa yang memeranjatkan ialah peningkatan penduduk Sabah dalam tempoh sepuluh tahun. Perbandingan bancian yang dibuat pada tahun 1980-an penduduk sabah berjumlah 929,299 orang. tahun 1990-an pula menunjukkan penduduk Sabah sudah melebihi sejuta orang. Bancian tahun 2000 menunjukkan secara tiba-tiba penduduk Sabah meningkat kepada 2,468,246 hampir-hampir menyamai penduduk Sarawak. Bancian 2010 menunjukkan Sabah mencapai penduduk 3,120,040 jauh lebih banyak dari penduduk Sarawak.

Peningkatan penduduk secara mendadak ini menimbulkan keraguan munasabah , sama ada ketika bancian dilakukan terdapat kesilapan besar dengan memasukkan penduduk yang telah meninggal dunia dan anak-anak yang belum dilahirkan ataupun sememangnya kedatangan PATI telah menyumbang kepada peningkatan penduduk negeri Sabah.

Pemansuhan ISA oleh kerajaan dilihat sebagai satu lagi transformasi besar dalam politik negara. Namun di Sabah pemansuhan ISA sudah menjadi perkara nombor dua, walaupun dalam sejarah ISA, ada juga beberapa pemimpin yang ditahan mengikut akta itu. Apa yang menjadi jiwa penduduk Sabah sekian lama ialah Isu PATI dan 20 Perkara.

Apakah Najib sebelum membubarkan parlimen akan melakukan transformasi besar di Sabah termasuk soal PATI dan 20 Perkara? Apakah Najib hanya mahu 'bapa' Transformasinya itu setakat gelaran di bumi semenanjung? Atau apakah Transformasi yang akan dilakukan oleh Najib di Sabah? Bersama kita nantikan!

penglibatan PAGISA satu pertubuhan NGO yang dipelopori oleh sebilangan kumpulan berijazah dalam suku Iranun dalam mengangkat martabat umat Iranun di Kota Belud dan sabah amnya, sangat-sangat disenangi oleh ramai tokoh berwibawa dalam suku itu. tetapi tidak di pihak ratusan anak graduan Iranun yang lebih melihat pertubuhan itu sebagai 'syok sendiri'. Sebagai satu-satunya pertubuhan yang berlandaskan 'wadah' ilmiah, PAGISA di kaca mata anak graduan Iranun lebih dimonopoli oleh sekelompok 'pemimpin' NGO yang berkepentingan.

Seorang anak graduan Iranun yang sempat bertemubual dengan penulis melahirkan kekecawaan yang amat sangat dengan pelbagai program PAGISA yang lebih kepada menonjolkan diri pemimpin dari NGO itu daripada memikirkan bagaimana menarik minta ratusan anak graduan Iranun yang berpengangguran setelah keluar dari IPTA dan IPTS. Soalan yang diajukan kepada penulis ialah sejauhmanakah PAGISA mengambil berat tentang situasi itu? Berapakah jumlah anak IRanun yang sudah berstatus graduan pada rekod PAGISA? Berapakah ramai anak-anak Iranun yang 'gagal' melanjutkan pelajaran atas alasan kemiskinan dan keciciran luar jangka? Berapakah jumlah anak Iranun yang memerlukan bimbingan untuk tujuan ekonomi dan pekerjaan?

Bukankah soalan-soalan begitu perlu berada dalam simpanan PAGISA? walaupun PAGISA dikatakan mengalami kemelesetan kewangan atas faktor dana dan peruntukkan, namun bukannya salah jika PAGISA selaku NGO Iranun yang dihuni oleh para graduan berkelulusan degree dan Master, atau mungkin juga sudah ada Phd, mempunyai rekod sebegitu. sekurangnya-kurangnya sebagai rujukan pada generasi akan datang.

Kita mohon kepada PAGISA supaya lebih terbuka.

Meja bulat yang dianjurkan oleh PAGISA pada beberapa bulan lepas yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota masih kabur dari kacamata graduan Iranun yang lain. Ketiadaan surat jemputan individu mungkin kerana di sebabakan PAGISA tidak mempunyai golongan sasar sehingga kehadiran lebih kepada politikus dan orang tertentu sahaja. Walaupun PAGISA sudah mempunyai wadah baru iaitu BLOG tetapi tidak dipublishkan apakah resolusi meja Bulat yang telah diadakan itu supaya dapat dikongsi oleh ratusan anak graduan Iranun yang peka kepada dunia internet. Mungkin perkongsian itu perlu atau barangkali penambahbaikan idea dan gagasan juga boleh diberikan.

Keluhan beberapa anak graduan Iranun yang sempat ditemui oleh penulis berkaitan PAGISA dari kaca mata mereka nyata begitu menghampakan. Artikel yang ditulis ini baik dilihat sebagai satu percambahan buah fikiran demi melihat PAGISA relevan kepada ratusan anak graduan Iranun yang bergentayangan diseluruh pelusuk negara ini. Malahan ada yang menyuarakan supaya keahlian PAGISA dilanjutkan kepada graduan diploma dan setarafnya supaya tampak lebih menyakinkan dalam menuntut perubahan sosial dan melonjak taraf hidup masyarakat Iranun.

Sebagai cadangan dan response, barangkali PAGISA perlu menganjurkan satu lagi meja bulat dengan menghimpunkan seramai yang boleh graduan Iranun supaya satu penyatuan fikrah dapat diadakan. Jangan hanya "kamu-kamu saja" seperti yang disuarakan oleh graduan iranun ini kepada penulis.

Saturday, September 17, 2011


Pengumuman Datuk Seri Najib mengenai hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta Keselamatan Dalam negeri atau ISA sewaktu menyambut hari kemerdekaan negara di sambut dengan rasa lega oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Najib dalam ucapannya bukan sahaja menganggap bahawa pemansuhan ISA itu bukannya satu desakan pembangkang kepada kerajaan, malah menyatakan bahawa itu adalah satu transformasi besar politik negara. Sambil membayangkan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin matang dan membangun, Najib juga menyatakan bahawa ia adalah budi dan jasa kerajaan yang diperjuangkan selama ini. Lihat petikan ini Pemansuhan ISA

Namun begitu hasrat Najib itu telah menimbulkan banyak polemik kepada rakyat di negara ini. bagi pemerhati politik, pengumuman Najib itu adalah antara lain bertujuan untuk mengembalikan kembali popularitinya yang dikatakan menjunam 6% ekoran daripada beberapa kes melibatkan kepentingan dan ketelusan kerajaan dalam sistem pilihanraya sehingga menyebabkan berlakunya perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menuntut kerajaan dan SPR merombak dan menambahbaik ketelusan sistem pilihanraya di negara ini. Berikutan itu juga , pelbagai pihak melihat bahawa PRU 13 semakin dekat. Lihat ini PRU Semakin Dekat

Bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam temuramah astro awani menyifatkan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA itu akan dapat menarik minat pengundi atas pagar untuk mengundi BN pada PRU 13, namun begitu beliau tetap percaya bahawa keperluan memansuhkan akta itu sebenarnya atas desakan pembangkang dan bukannya keperluan kerajaan pada waktu ini.

Di Sabah pemansuhan akta ISA itu turut disambut baik oleh rakyat Sabah. namun pada waktu yang sama ada pihak yang masih mahu kerajaan Pusat melihat kembali keperluan mengkaji 20 perkara mengenai perjanjian Malaysia antara Sabah dan Sarawak sebagai kesinambungan pemansuhan akta ISA itu. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO iaitu BHF masih mengambil jalan lain untuk menuntut keadilan dengan membawa kes 20 perkara itu kepengetahuan mahkamah keadilan antarabangsa. Lihat ini. BHF ke mahkamah antarabangsa





Kawasan Kedai Gui Brother, menggunakan kawasan Jalanraya untuk meletakkan barang perniagaan mereka.




Tanda Amaran yang dipasang oleh MDKB


Langkah Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) melekatkan tanda amaran kepada para peniaga di Pasar Besar Kota Belud supaya tidak menggunakan kawasan kaki lima bangunan berkenaan untuk operasi meletakkan barang-barang dagangan amat-amat dialu-alukan demi melonjakkan pekan Kota Belud sebagai salah satu daerah yang bersih dan membangun di Sabah.


Namun tindakan tiu nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin kerana daripada tinjauan yang dibuat oleh penulis , penguatkuasaan undang-undang kecil yang didakwa oleh Majlis daerah itu hanya ditujukan kepada para peniaga di sekitar pasar besar Kota Belud. Selebihnya ada para peniaga yang bukan sahaja menggunakan kawasan kaki lima premis perniagaan mereka tetapi juga turut menggunakan kawasan jalanraya di hadapan lokasi bangunan mereka.

Penulis mendapati, antara peniagaan yang rakus menggunakan kawasan jalanraya di hadapan premis mereka ialah kedai runcit Gui Brother yang berdekatan dengan Bank BSN sehingga menimbulkan kesesakkan kepada pengguna jalanraya di kawasan berkenaan.Tidak terkecuali juga ialah kedai Yick Ming yang menggunakan kawasan kaki lima bangunan untuk meletakkan barangan dagangan mereka.Apa yang menghairankan ialah tidak ada pula tindakan daripada MDKB, termasuk memasang tanda amaran seperti yang dilakukan di Pasar Besar itu.

Di mana ketelusan MDKB dalam hal ini? adakah penguatkuasaan undang-undang hanya dilakukan kepada peniaga kecil-kecilan . Sedangkan rangkaian peniaga besar seperti Gui Brother dan Yick Ming dibiarkan. Para pegawai MDKB jangan hanya menutup sebelah mata, sepatutnya bertindak adil dan telus tanpa memilih tempat dan kedudukan. Jika tidak rakyat Kota Belud tidak akan memberikan tabik hormat kepada mereka sebaliknya akan memperlekehkannya.

Kelantangan Sdr Idris Kisab dalam mempertahankan tindakan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan bersangkutan dengan rancangan membangunkan pesisir pantai Kg Rampayan telah mengundang rasa tidak senang masyarakat di perkampungan berkenaan kepada pemimpin kelas pertengahan pergerakan pemuda UMNO Kota Belud ini.

Sdr Idris Kisab bukan sahaja digelar sebagai "barua' tetapi juga sebagai "pengkhianat' suku Iranun. Gelaran itu tidak sahaja melekat dalam dunia maya iaitu dalam FCB tetap juga hingga di luar lingkungan sosial. Sdr Idris Kisab dikatakan telah menimbulkan ketegangan masyarakat Iranun di rampayan dan Kayu Putih atas ketegasan beliau menyetujui rancangan untuk membina hotel 5 bintang di pesisir perkampungan Rampayan yang dikatakan oleh penduduk kampung sebagai 'rampasan' secara berhemah oleh kerajaan dan didalangi oleh Datuk Rahman dahlan.

Ketegasan Idris Kisab ini dihubungkan dengan keakraban beliau dengan MP Kota Belud ini. Malahan menurut beberapa khabar yang diterima, Idris Kisab juga memperolehi beberapa projek di bawah peruntukan parlimen di mana Datuk Rahman terlibat secara langsung sebagai MP Kota Belud.

Justeru itu langkah Idris Kisab ini disifatkan oleh kebanyakan anak-anak Iranun sebagai 'silap' dan segera diperbetulkan jika mahukan sokongan terus dari pemuda suku Iranun dalam UMNO KB. Sdr Idris Kisab yang sebelum ini telah berjaya dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO KB dan merupakan antara anak Iranun yang mula menyerlah dalam politik juga telah mendapat pengiktirafan Tan Sri Pandikar sebagai ' kemenangan yang bermaruah",namun tindakannya ini telah mengundang spekulasi dan Khabarnya Idris Kisab telahpun dipanggil oleh TSP dan dinasihati atas tindakannya itu.

Ada pihak yang menyarankan supaya Idris Kisab secara terbuka memohon maaf atas tindakannya mengguris hati nurani penduduk Kg Rampayan. Selebihnya terpulanglah kepada sdr Idris Kisab untuk mempertahankan hujah-hujah politiknya.

Sejak kebelakangan ini, rakyat Kota Belud disajikan dengan cerita politik tentang hubungan antara Datuk Salleh mantan MP Kota Belud dengan MP Kota Belud sekarang iaitu Datuk Rahman Dahlan. Khabar politik di Kota Belud menyatakan bahawa hubungan keduanya berada pada ambang keretakkan. Malahan dari sumber yang boleh dipercayai, sudah ada pelepasan kata-kata dari kedua-dua pemimpin ini yang membinggitkan telinga rakyat Kota Belud.

Datuk Rahman bukan sahaja dikatakan tidak berpuas hati dengan Datuk salleh yang kini semakin rapat dengan Musa Aman, tetapi juga dikhabarkan Datuk Rahman tidak menyenangi beberapa tin dak tanduk Salleh terutama dalam perancangan UMNO Bahagian Kota Belud yang jelas membelakangkan keperibadian Datuk Rahman selaku MP di Kota Belud. Malahan khabarnya ketika majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah, datuk Musa Aman di Kota Belud , Datuk Rahman begitu bertindak menyindir dan mempersenda Datuk Salleh yang kononnya Datuk Salleh 'bakal' Ketua Menteri sabah yang baru selepas PRU 13. Insiden ini dikatakan dilafazkan oleh DARD di hadapan Musa Aman dimana Datuk Salleh juga dikatakan turut bersama.

Dalam beberapa perbualan dengan rakyat Kota Belud yang 'terlibat' dalam politik di daerah ini, Saya difahamkan juga bahawa insiden tanah Warisan Rampayan yang menjadi heboh di media massa dikatakan dirancang oleh pihak tertentu untuk menguburkan politik Datuk Rahman, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap Datuk Japlin sewaktu masa dahulu.

Sebagai rekod kehadiran Datuk Rahman dahlan dalam politik Kota Belud telah menjadi isu bagi sesetengah pemimpin sedia ada apatah lagi apabila ada pemimpin senior yang digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Isu orang luar dan orang KJ serta Musa Aman telah dikaitkan dengan kehadiran DARD di Kota Belud.

Benarkah hubungan kedua pemimpin ini ibarat 'ikhlas tapi jauh"? Atau ia hanya sekadar lakonan musim luruh supaya lonjakan politik peribadi boleh dijelmakan?

Saturday, September 10, 2011


Protal Malaysiakini memetik beberapa pandangan ahli politik mengenai keputusan Syarikat telekomunikasi mengenakan cukai 6% kepada pengguna prepaid di negara ini berkuatkuasa 15 september ini. Antara yang dipetik ialah ketua pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan tidak bersetuju dengan kadar kenaikan dan caj perkhidmatan itu. Dalam teewtnya, KJ dikatakan adalah antara orang pertama secara terbuka membantah caj perkhidmatan itu dengan alasan ianya tidak munasabah dan membebankan rakyat.

Seorang lagi pemimpin politik yang dipetik kenyataannya oleh Malaysiakini ialah ahli Parlimen Kota Belud iaitu Datuk Rahman Dahlan. Dalam tweetnya lapor Malaysiakini, Rahman dikatakan bersetuju dengan pengenalan caj perkhidmatan itu dan menganggapnya sebagai sumbangan pengguna kepada negara. Lihat di sini .malaysiakini

Kenyataan Rahman dahlan itu mendapat response negatif dari pelbagai pihak , malah Rahman yang mesra dipanggil sebagai DARD dikatakan tidak mengambil berat keperitan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Lihat ini sabahkinimirror.

namun begitu dalam laman sosial FCB agak berlainan pula kenyataan DARD apabila menyatakan bahawa cukai 6% itu bukanlah cukai baru tetapi cukai lama yang dibayar oleh kerajaan. Oleh itu bagi DARD beranggapan bahawa kini cukai itu dikenakan kepada pengguna. Jika ini benar ertinya kerajaan semakin tenat dengan pelbagai bebanan subsidi termasuk penangunggan cukai 6% ini. Oleh kerana bebanan kewangan , maka kerajaan melepaskan tanggungan itu dan membiarkan syarikat telekomunikasi mengenakannya kepada pengguna. ini berlainan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk seri Najib yang mengganggap bahawa pengenaan caj 6% itu tidak kena mengena dengan kerajaan dan diluar pengetahuan beliau. Malahan menggesa syarikat telekomunikasi supaya memikirkan hasrat tersebut.

Rakyat semakin keliru dengan permainan politik para pemimpin di negara ini. sekejap kata lain, sekejap buat keputusan lain. sekejap kata boleh, sekejap kata kena tangguh. ASTRO juga menghadapi kemelut yang sama apabila menaikkan yuran langganan sehingga menjadi isu di negara ini. Kerajaan juga membantah.

Pengenalan caj perkhidmatan 6% ini dijangka melibatkan lebih 13 juta pengguna pre-paid di negara ini. Dengan analogi jika seorang pelanggan membeli tambah nilai RM 10, maka dia perlu membayar RM 10.60 sen, dimana 60 sen itu adalah caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi. Dalam satu kenyataan, Syarikat telekomunikasi menyatakan bahawa caj perkhidmatan itu adalah caj penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan mengikut akta cukai perkhidmatan 1975.

Betapa merimaskan , mejengkelkan, memuakkan malah boleh menimbulkan kekeliruan yang amat dahsyat pada generasi akan datang bila ahli akademik dan sejarahwan menyaluti fakta sejarah dan ilmunya dengan fahaman politik meskipun senipis kulit bawang. Apakah setelah rakyat Malaysia didodoikan dengan lagu-lagu patriotik dan semangat kemerdekaan yang berkumandang disetiap ceruk corong radio dan kaca TV lebih 50 tahun, akhirnya laungan 'MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! yang digemakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman di stadium Merdeka tanggal 31 Ogos,1957, berkecai, kerana kenyataan seorang sejarahwan Prof. Zainal Kling, kononnya Malaysia tidak pernah dijajah tetapi dilindungi dan di naungi

Agak membingungkan kerana setelah Malaysia'dimerdekakan' dan segala macam warta dan fakta ditabur, kononnya Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka, isi pelajaran dan jutaan tesis bertaraf master dan Phd. dibuat di institusi pengajian tinggi tentang perjalanan kemerdekaan negara, anak kecil yang baru merangkak mindanya di sekolah rendah bertanya kepada gurunya ..BENARKAH KITA TIDAK PERNAH DIJAJAH?.

Jika yang demikian apa gunanya, sejarah yang kita pelajari memberitahu kita betapa gigihnya pahlawan bangsa melawan penjajah. Nama-nama seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh,Si Gunting dan banyak nama lagi yang diwartakan bahkan disanjung sebagai nasionalis awal yang mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah.

Jika kenyataan Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai wira melayu mendapat tindak balas dengan ratusan laporan polis di buat hingga timbalan Presiden PAS ini dituntut memberikan penerangan kepada pihak polis di bawah sksyen 505 (b) kerana mengeluarkan kenyataan menggemparkan masyarakat. Apakah pula reaksi masyarakat dan rakyat Malaysia yang mendengar fakta baru kononnya Malaysia tidak pernah dijajah. Apakah akan ada ratusan laporan polis lagi dibuat kerana mengelirukan masyarakat. Jika Mat Sabu kita faham bahawa beliau adalah ahli politik yang mempunyai naluri kepolitikakan dalam setiap isu yang dikeluarkan. Apakah pula nilai tambah kenyataan Prof Zainal Kling itu kepada minda masyarakat di negara ini?

Hebatnya Tanah melayu kerana tidak pernah dijajah. Agungnya bangsa Melayu kerana setelah 54 tahun barulah lahir seorang wira membawa obor bahawa negara ini tidak pernah dijajah. Kemungkinan juga kedatangan British di Tanah Melayu pada waktu itu hanya sekadar makan angin dan melawat cuma. Segala cukai dan hasil negara ini yang dikaut oleh British rupanya hanyalah bertaraf pemberian dan sedekah. Segala ladang dan aStet serta lombong yang dibuka oleh British dengan membawa masuk migran Cina dan India hanyalah berupa rakan kongsi dengan penduduk Tanah Melayu dan berstatus usahasama.

Sebab itulah barangkali kedudukan ekonomi orang melayu begitu mewah dan melimpah ruah kerana menjalankan perniagaan uasahsama itu. Bukankah pada zaman British orang Melayu diangkat dan dibolehkan memegang jawatan dalam kerajaan lebih dari seorang kerani dan pembantu British. Kerana itu jugalah British bermati-matian mempertahankan Tanah melayu pada waktu penjajahan Jepun kerana mereka risau dan sayang benar dengan orang Melayu yang merupakan rakan kongsi mereka.


Apakah peranan kerajaan dalam membetulkan keadaan ini? Apakah nilai ratusan ribu graduan yang berkelulusan sejarah negara yang memberitakan bahawa negara kita terjajah lebih ratusan tahun. Apakah kita perlu mengubah kembali jutaan jilid buku-buku teks di peringkat rendah dan menengah ekoran dari kenyataan ini. Wahai Pak Najib bersuaralah, demi bangsa dan 1Malaysia.

Thursday, September 8, 2011


Ramai orang beranggapan bahawa personaliti politik Musa Aman 'menjelma' tatkala timbulnya ilham Tun Mahathir menggilirkan kerusi "ketua Menteri" Sabah. Datuk Musa Aman dianggap adalah antara tokoh politik dalam UMNO yang paling bernasib baik dalam percaturan politik di Sabah. Alasan cukup kuat ialah kerana pengunduran Datuk Osu Sukam oleh paksaan sistem penggiliran itu, menyebebkan UMNO di Sabah begitu 'ketandusan' pemimpin yang boleh menduduki kerusi Ketua Menteri.Akhirnya 'tuah' Musa Aman menjelma bila giliran beliau tiba dan pada saat itu, sistem penggiliran tersebut dimansuhkan. Jadilah Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah pada zamannya.

Politik sememangnya penuh ranjau, daripada seorang jutawan dan ahli perniagaan, Datuk Musa Aman dilihat membawa 'otak' bisnes dalam stail kepimpinannya. Ramai yang mempertikaikan dan mempersoalkan kerana kata mereka banyak stail pengagihan projek dan kontrak tidak seimbang dan berkelompok. Hanya proksi dan kroni yang 'menggalas' pelbagai projek mega di Sabah. Musa Aman mengambil langkah 'diam' yakni diam kepada media, dan diam kepada rakyat.

Skandal Penggubahan wang haram yang menggemparkan negara melibatkan Maichel Chia yang dikatakan proksi Musa Aman juga tidak mendapat response positif dari ketua menteri Sabah itu. "diam " adalah langkah paling berkesan yang diambil oleh Musa Aman. "Diam' kepada media dan "diam" kepada Rakyat.

Kes pemberian konsesi balak milik hutan Simpan yayasan Sabah yang dilaporkan diberikan kepada proksi Musa Aman seperti yang telah dilaporkan oleh Dr Jeffry Kitingan kepada pihak polis dan SPRM juga 'didiamkan" oleh Musa Aman. Diam kepada Media, dan Diam kepada Rakyat.

Kes Tanah di pinggir ibu Kota yang didakwa oleh sdr Musli Oli diberikan kepada syarikat di mana Mus Aman mempunyai kaitan dan kepentingan juga turut didiamkan oleh ADUN Sibuga itu. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.

Kes Rampasan Tanah yang banyak berlaku di Sabah juga dikatakan melibatkan kepentingan Ketua Menteri ini. Di serata pelosok Sabah kedengaran kes tanah rakyat diambil dan dimajukan oleh syarikat 'entah-berentah'. di Kota Belud sendiri selain daripada tanah Ragut Kuala Pintasan, kes Tanah warisan Rampayan turut 'menghantui' penduduk daerah di mana UMNO parti yang membenarkan Musa Aman menjadi Ketua Menteri dilahirkan di Sabah. Banjir bumi Usukan dengan keringat para pejuang USNO dengan linangan air mata membasahi pipi bila Allahyarham Tun Mustapha 'menguburkan' USNO untuk kehidupan UMNO di Sabah. Itupun didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada rakyat.

Kes pergolakan dalam BN Sabah terutama melibatkan parti kaum Cina juga menjadi igauan ngeri buat Musa Aman. LDP begitu lantang mengkritik bahkan dengan terang enggan menyempurnakan waadat antara LDP dengan UMNO di Sabah selagi Musa Aman menjadi ketua menteri. Ini juga didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.

Persengketaan politik antara Musa Aman dengan Shafie Apdal dalam soal pengagihan den penyelarasan projek kementerian Luar bandar dan wilayah di mana Datuk Shafie menjadi menterinya juga tidak menjadi racun kepada aliran politik Musa Aman. walaupun beberapa kali dalam majlis bersama rakyat Musa Aman mengeluarkan beberapa istilah seperti 'pemimpin sate' dan "Saudagar Mimpi' tetapi semuanya itu turut didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media , diam kepada rakyat.

Akhirnya sikap "diam' inilah yang banyak menyelamatkan percaturan politik Musa Aman di sabah. Sama ada sedar atau terlupa, sehingga artikel ini ditulis Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah disandang oleh Datuk Musa Aman sehingga menjelangnya PRU 13. Adakah diamnya Musa Aman ini akan terus menyelamatkan kerjaya politiknya?

Pendedahan wikileaks mengenai pendirian danb kenyataan Datuk Salleh Tun Said mengenai kesediaan beberapa orang ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang berhasrat meninggalkan BN lantaran negeri-negeri terbabit dipinggirkan telah mengundang banyak cerita politik di Kota Belud dan di Sabah. Beberapa hari selepas itu Datuk Salleh dalam satu majlis di Kota Belud menafikan laporan berkenaan malahan menyifatkannya sebagai tidak benar.Penafian Datuk Selleh

Berikutan dengan insiden itu, Datuk Salleh bukan sahaja menjadi sasaran pembangkang di Sabah malahan sudah mula dikatakan sebagai politikus yang licik semata-mata untuk kepentingan peribadinya. Malahan pendedahan blogger mengenai kelicikan politik DSSK mungkin ada benarnya.Politik Datuk salleh.

Rakyat di Kota Belud sedia maklum bahawa pada satu ketika DSSK mempunyai hubungan baik dengan DSAI terutama ketika ketua pembangkang itu yang pada waktu itu adalah timbalan Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan PBS. Sebab itu ada kemungkinannya DSSK adalah merupakan antara pemimpin politik yang berhasrat untuk meninggalkan UMNO dan BN, apatah lagi pada waktu itu beliau digugurkan sebagai wakil rakyat.

Seorang penganalisis politik yang juga merupakan orang kanan DSSK di Usukan suatu ketika dulu telah mengakui bahawa kelicikan politik DSSK sebenarnya berada pada tahap tinggi kerana dengan adanya bantuan wang ringgit. Sambil menyifatkan bahawa paling tidak pun jika dicalonkan semula DSSK akan meraih majoriti besar sebab faktor modal dan wang bukannya kerana faktor kepimpinan. Dengan berani , menyifatkan Usukan masih mundur walaupun DSSK dan keluarganya menjadikan kawasan Usukan sebagai benteng politik mereka lebih dari 3 dekad.

Kini masyarakat Kota Belud terutama golongan muda berpendidikan mula mempersoalkan keikhlasan DSSK untuk kembali memimpin Kota Belud. Mereka mula melihat percaturan politik DSSK lebih bersifat peribadi dan bukannya kepentingan sejagat. Namun begitu apakah situasi ini akan memberikan impak kepada politik DSSK? bersama kita tunggu.

Walaupun media massa saban waktu memainkan isu tarikh PRU 13 dengan bayangan aktiviti dan program yang dirancang oleh BN dan kerajaan, namun bagi PR , mereka sudah lama bersedia mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Malahan DSAI kalau diselusuri program rutinya tiap hari telah pun mengelilingi serata pelusuk rantau bumi Malaysia ini. Namakan saja tempat terpencil pun DSAI telah turun menemui rakyat. Di Sabah sahaja sudah tidak terkira banyaknya program parti dan perseorangan yang dihadiri oleh ketua pembangkang ini. Utara, selatan, Barat hingga ke timur DSAI telahpun turun padang.

DAP pula dengan sokongan kaum Cina juga telah lama 'mengapikan' sentimen perkauman. Sebagai kelompok yang selalu disinonimkan dengan kuasa "penentu undi", Kaum cina dilihat enggan tunduk dengan program transformasi Najib. Malah, slogan Transformasi itu hanya gah pada kakitangan UMNO dan tidak sampai menyerap pada akar umbi penyokong BN. Itu Najib kena akui.

PAS pun begitu,.dengan berbekalkan kepada keutuhan politik dan ekonomi Kelantan, PAS dilihat sukar digugatkan di beberapa negeri Melayu seperti Kedah dan Terengganu malahan boleh merebak ke Perak dan Perlis.

Sebab itu bagi PR, Tarikh PRU 13 tidak penting kerana sama ada lama atau dekat pasti Najib akan membubarkan parlimen paling tidak pun bila tempoh matangnya tamat. PR yakin bahawa golongan muda lebih memihak kepada mereka, apatah lagi banyak kelemahan SPR yang didedahkan akhirnya memerangkap kerajaan dan UMNO untuk turut mengakuinya. PR yakin bahawa hasrat 16 sept yang tergendala sebenarnya akan menjadi kenyataan.

UMNO dan BN masih tidak mahu berubah, enggan menerima kenyataan, malahan saling bercakaran antara mereka. Igauan kekalahan teruk dan penafian 2/3 pada PRU 12 yang lepas menjadi hantu bangkit dikalangan pemimpin UMNO dan BN. Yakinlah bahawa bila sudaj keadaan seperti nasi menjadi bubur, barulah ada penyesalan. Rakyat sekarang bukan seperti dulu, banyak yang sudah mula celik mata dan hati. Wang bukan segala-galanya, walaupun segala-galanya memerlukan wang.

Monday, September 5, 2011


Mungkin penggiat politik di Kota Belud sudah cukup mengenali orang ini. Dari zaman USNO, ketika era pemerintahan BERJAYA dan kemudiannya PBS mengambil alih seterusnya UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah dan 'dimandikan' bunga di USUKAN. Orang ini terlibat secara langsung, malahan merekalah mantan ahli USNO di Sabah yang berhempas pulas memastikan UMNO menang di DUN Usukan.

Siapakah Orang ini? dan Ikuti pandangan beliau dalam waktu terdekat mengenai perjalanan politik Datuk Salleh Tun said serta cabaran getir yang perlu dihadapi oleh pimpinan UMNO di Kota Belud seperti yang diceritakan kepada Kelapa Mawar.

Tindakan berterusan LDP salah satu komponen parti BN di sabah mengkritik secara 'terang' berkenaan kepimpinan Musa Aman baik dari bentuk kenyataan dan tindak tanduk telah mengundang banyak spekulasi panas dalam politik negeri di bawah bayu ini. Ada yang meramalkan, bahawa 'pemergian' parti SAPP dari kembara politik UMNO dan BN di negeri banjjaran croker ini akan 'meranapkan' sokongan kaum Tionghua kepada BN Sabah. Di tambah lagi dengan keceluparan LDP menyebabkan ada pemerhati politik begitu berani meramalkan BN Sabah akan kehilangan sokongan majoriti kaum Cina pada PRU 13 akan datang. Pelbagai ragam politik LDP sejak kebelakangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa politik Sabah semakin retak.

Berkait dengan isu patung Mazu, kemudiannya dakwaan pemimpin parti ini bersengkongkol dengan Team Pantai Timur yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal, lepas itu dilabel sebagai 'tuba' kepada kepimpinan Musa Aman apabila secara terang mengkritik dan menyatakan ketidakbersetujuan dengan beberapa dasar yang dilakukan oleh Musa Aman di Sabah sehingga menggesa SPRM campur tangan.

LDP ibarat menjadi duri dalam daging dalam BN Sabah. Luahan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga speaker dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun said bahawa tindakan pemimpin kanan LDP membiokot majlis sambutan Hari Raya Ketua Menteri Sabah dan manteri Kabinet negeri sebagai amat mendukacitakan. Apa yang menghairankan kata Datuk salleh ialah mereka pula sempat menghadirkan diri dalam beberapa majlis hari raya pemimpin tertentu di sabah termasuk majlis Hari raya Datuk Shafie Apdal dan Datuk Abdul Rahim Ismail, ADUN pantai manis.Klik Blog SSK




Saturday, September 3, 2011


Seorang pemerhati politik Kota Belud yang juga seorang pejuang sejak dari zaman USNO, BERJAYA, PBS dan kini UMNO 'meramalkan' YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin berpotensi untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah setelah menimbangkan pergolakan politik Sabah sejak akhir-akhir ini. Sambil menyifatkan bahawa Tan sri Pandikar Amin adalah satu-satunya personaliti politikus Sabah yang bebas dari kontrovesi serta skandal melibatkan kepentingan rakyat, besar kemungkinan Najib akan membuat kejutan pada politik sabah selepas PRU 13 akan datang.

Menyedari bahawa perkembangan politik sabah terutama dalam UMNO yang berpecah kepada dua team besar melibatkan Datuk Musa Aman dan datuk Shafie Apdal, kemudiannya pergolakan BN Sabah yang mencetuskan ketegangan melalui beberapa tuntutan dan reaksi LDP terhadap kepimpinan Musa Aman di Sabah, satu jangkaan luar batas kebiasaan politik di sabah akan dilakukan oleh Najib.

Datuk Salleh yang sebelum ini dilihat punya potensi besar dalam merebut kembali kerusi Ketua Menteri sabah diramalkan tidak akan menjadi pilihan Najib setelah Speaker Dewan Undangan Negeri ini menunjukkan kerelaan berkerjasama dengan Musa Aman sekaligus dilabel sebagai rakan kongsi dalam team Musa Aman. Manakala Datuk Shafie Apdal pula bersama Datuk Hajiji dan beberapa orang dari mantan pemimpin USNO yang menyertai UMNO juga tidak akan menjadi pilihan Najib untuk Kerusi Ketua Menteri Sabah untuk mewujudkan keadilan dan membuktikan bahawa Najib tidak 'menaja' kumpulan mana-mana dalam UMNO dan BN sabah.

Oleh kerana itu, menurut pemerhati politik Kb ini, TSP dilihat adalah calon terbaik setelah menujukkan beberapa tanda kesetiaan terhadap pucuk pimpinan UMNO pusat termasuk sanggup membubarkan AKAR meskipun parti multi itu merupakan parti tertua dalam BN Sabah pada waktu tersebut. Kemudiannya, kesanggupan TSP menjadi ahli UMNO juga dianggap sebagai tanda kesetiaan yang tidka berbelah bahagi.

Tidak terpinggir dengan pengalaman sedia ada, TSP juga pernah beberapa kali memegang porfolio penting peringkat negeri seperti menteri Kerja Raya dan menteri pertanian dan perikanan, manakala di peringkat pusat TSP pernah memegang portfolio penting di Jabatan Perdana Menteri ketika era Tun Mahathir dan memainkan peranan penting dalam pembebasan tebusan rakyat Malaysia di selatanm filipina.

Apabila TSP digugurkan pada PRU 12 yang lepas, beliau telah dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat dan sebelum ini juga pernah menyandang speaker Dewan Undangan negeri. Dianugerahkan pingat tertinggi kerajaan Negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dan pernah diramalkan akan dilantik ke jawatan TYT negeri Sabah, namun tidak menjadi kenyataan apabila Datuk Juhar dilantik ke jawatan tersebut.

Memikirkan krebibiliti dan potensi besar itu, TSP dijangka akan bertanding pada PRU 13 akan datang di peringkat DUN untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Hujah terakhir yang diutarakan ialah UMNO pernah mendapatkan khidmat Tun Gaffar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai meredakan ketegangan puak dan team dalam parti itu. Apakah TSP kali ini akan senasib seperti Tun Gaffar Baba? Hanya Najib yang boleh menceritakannya.