Monday, September 5, 2011


Tindakan berterusan LDP salah satu komponen parti BN di sabah mengkritik secara 'terang' berkenaan kepimpinan Musa Aman baik dari bentuk kenyataan dan tindak tanduk telah mengundang banyak spekulasi panas dalam politik negeri di bawah bayu ini. Ada yang meramalkan, bahawa 'pemergian' parti SAPP dari kembara politik UMNO dan BN di negeri banjjaran croker ini akan 'meranapkan' sokongan kaum Tionghua kepada BN Sabah. Di tambah lagi dengan keceluparan LDP menyebabkan ada pemerhati politik begitu berani meramalkan BN Sabah akan kehilangan sokongan majoriti kaum Cina pada PRU 13 akan datang. Pelbagai ragam politik LDP sejak kebelakangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa politik Sabah semakin retak.

Berkait dengan isu patung Mazu, kemudiannya dakwaan pemimpin parti ini bersengkongkol dengan Team Pantai Timur yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal, lepas itu dilabel sebagai 'tuba' kepada kepimpinan Musa Aman apabila secara terang mengkritik dan menyatakan ketidakbersetujuan dengan beberapa dasar yang dilakukan oleh Musa Aman di Sabah sehingga menggesa SPRM campur tangan.

LDP ibarat menjadi duri dalam daging dalam BN Sabah. Luahan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga speaker dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun said bahawa tindakan pemimpin kanan LDP membiokot majlis sambutan Hari Raya Ketua Menteri Sabah dan manteri Kabinet negeri sebagai amat mendukacitakan. Apa yang menghairankan kata Datuk salleh ialah mereka pula sempat menghadirkan diri dalam beberapa majlis hari raya pemimpin tertentu di sabah termasuk majlis Hari raya Datuk Shafie Apdal dan Datuk Abdul Rahim Ismail, ADUN pantai manis.Klik Blog SSK




3 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Ketidakhadiran Pemimpin LDP ke majlis Hari raya anjuran kabinet berugama Islam pada hari raya kedua telah dipertikaikan oleh Datuk Salleh Said melalui akhbar Daily Express bertarikh 06 September 2011 ( Tidak wajar boikot rumah terbuka Hari Raya: Salleh ). Presiden LDP Datuk VK Liew telah menyatakan bahawa LDP ada menghantar wakil ke majlis tersebut iaitu Ketua Pemuda LDP Chin Shu Ying dan Datuk Lee Chuen Wen...

Pada hemat saya Datuk Salleh Said tidak menghayati pengertian rumah terbuka Hari Raya bahawa tiada paksaan utk sesiapa datang, bagi Menteri-Menteri, Pembantu Menteri dan ADUN-ADUN yang datang hanya mahu menunjukkan muka dgn Datuk Musa Aman bahawa mereka setia dan takut tidak terpilih sebagai calun pada pilihanraya akan datang, saya amat faham dan memahami naluri pemimpin-pemimpin Sabah, mereka amat takut dgn Ketua Menteri daripada Allah, berbalik kpd perkataan boikot, pada majlis Hari Raya 2010 di Kota Belud yang dihadiri oleh tetamu khas NAIB PRESIDEN UMNO Datuk Shafie Apdal, kemana Datuk Salleh Said? adakah beliau telah memboikot majlis tersebut atau sengaja ke luar negara dan meninggalkan kata-kata dan arahan utk ajk Bahagian UMNO agar menghebahkan jgn hadir ke majlis tersebut, sepak terajang Datuk Salleh dalam politik Kota Belud saya amat kenali, baling batu sembunyi tangan, utk pengetahuan bahawa Datuk Salleh sekarang ini adalah jurucakap kpd isu-isu politik negeri yang hanya mengaburi mata rakyat dan Datuk Musa Aman, waktu tiada jawatan cakap lain, sudah ada jawatan yang hitam jadi putih, kita harus ingat bahawa Datuk Salleh pada satu ketika dahulu telah kehilangan semua jawatan yang dipegang kecuali ahli UMNO Kg Kota Belud, ini adalah angkara beliau sendiri yang terlalu bermain politik pecah dan perintah akhirnya memakan diri sendiri, tiada keikhlasan dalam perjuangan, hari ini kata ya esok sudah arah orang-orangnya buat sesuatu utk menidakkan kata-kata ya yang keluar dari mulut beliau sendiri, jujur bila berdepan dibelakang penuh dgn sumpah serana, tapi Allah maha mengetahui dan maha melihat akan perbuatan hambanya..

Datuk Salleh telah menjadi ahli Parlimen Kota Belud entah berapa penggal, TAPI tidak pernah menyandang sebarang jawatan Timbalan Menteri Persekutuan apa lagi jawatan Menteri Persekutuan amat jauh sekali ini menunjukkan bahawa kepercayaan Perdana Menteri ketika itu kepada beliau amat tipis dan banyak yang meragukan, pendek kata kalau Datuk Salleh menjadi ahli Parlimen utk Kota Belud masa akan datang maka beliau akan kempunan utk kedua kali...Tun Dr Mahathir sanggup melantik Tan Sri Kasitah Gadam menjadi senator dan melantik beliau jadi Menteri ketika itu daripada Datuk Salleh yang telah ada kerusi Parlimen, KENAPA? kepercayaan agak kurang dgn Ketua Bahagian Kota Belud ini, terlalu banyak permainan politik beliau yang manis bila berdepan, bila dibelakang lain coraknya..

Ali kemad said...

Rojokobog..

Permainan politik SSK memang diketahui oleh org KB terutama yg pernah ikut beliau sebagai pengikut dan penyokong..

Saya pernah berada di rumah SSK di Likas atas urusan rasmi..dan saya opernah mendegar sendiri bahawa SSK mencemuh org tua yg datang membawa bil utk dibayar...dia bukan wakil rakyat tetapi DARD konok

ForestOrchid said...

-takkan bil letrik peribadi pun wakil rakyat kena bayar...???itu dah terlebih sudah..