Sunday, May 22, 2011


Pemilihan wakil 7 UMNO Kota Belud yang telah berlangsung beberapa hari lepas tidak banyak mencatat sejarah demokrasi dalam parti itu. Isu yang diketengahkan oleh para calon masih ditakuk lama. Transformasi UMNO yang mengundang pemikiran kelas pertama, nyata tidak memberi kesan maksimum kepada minda para perwakilan yang mempunyai tugas berat memilih wakil 7 yang benar-benar berkarisma. Seperti yang dikatakan oleh Sdr Saibeh Hj Manshor dalam wall FCBnya bahawa ahali-ahli UMNO Kota Belud harus bermuhasabah menilai kembali tujuan mereka menyertai parti UMNO. Kerana kata beliau lagi pemilihan w 7 pada tahun ini masih mengekalkan prinsip lama, isu saudara, isu kawan dan kelik masih menjadi keutamaan para perwakilan.


Seorang AJK UMNO bahagian juga dalam laman FCBnya dengan terang dan tegas memperkatabahawa pemilihan W 7 kali ini masih dicemari olah politik wang. "rasuah' politik yang disalurkan kepada para perwakilan mencecah RM 20,RM 30 dan hingga RM 50. Seorang daripada perwakilan merakamkan gambar mengenai sampul surat berisi "kepala Raja" yang bertaburan di tandas lelaki dalam dewan Masyarakat Kota Belud dimana berlangsungnya pemilihan itu.

Itulah minda para perwakilan UMNO Kota Belud. Masih enggan menerima transformasi yang dilaungkan oleh Najib. Kegagalan menterjemahkan transformasi di peringkat akar umbi ini paling tidak akan menjerumuskan parti orang Melayu itu ke kancah kehancuran. Pemilihan wakil 7 dalam UMNO Kota Belud tidak dilihat sebagai satu pikulan tanggungjawab insan kepada masyarakat yang diwakilinya, sebaliknya menjadi satu "Pesta RM" dikalangan para perwakilan.

Kerana itu tidak heran jika, Kota Belud akan mengalami 'kemarau' pencarian pemimpin pelapis untuk dekad-dekad yang akan datang. "Ketandusan' para pemimpin inilah yang menjadikan Kota Belud masih menerima pemimpin luar walaupun daerah ini dikenali sebagai daerah pejuang.

Kelahiran UMNO Sabah yang menumpahkan darah akikahnya di Usukan tidak banyak diteladani oleh generasi pemimpin kel;as pertengahan di Kota Belud. Budaya songsang, patuh melulu dan juga mengharapkan habuan RM pada waktu pemilihan inilah yang mencacatkan kelahiran pemimpin pelapis yang diharapkan.

Keputusan pemilihan W 7 seperti yang dimumukan tidak banyak mengejutkan banyak pihak kerana wajah-wajah pemenang ini nyata lebih dikenali oleh para perwakilan. Bahkan boleh dilihat dan dibuat perhitungan, berapa kos melepas yang terpaksa dikorbankan oleh mereka. Nama-nama seperti sdr Tadzul Radim, Taip Sisai, Serin Hj. Sudah,Aziz Bilin, Arshad Bistari, Shamsudin Erang dan Ting Tong Fah adalah antara nama 'berulang' yang begitu menonjol ketika pemilihan w 7. Manakala nama-nama yang semakin ditolak oleh perwakilan adalah seperti sdr Musli Oli dan Selisih.

Kita mengharapkan agar budaya meletakkan pemimpin dan kepimpinan di tempat yang 'mulia' dapat diperaktikan oleh para perwakilan di masa-masa akan datang.Setidaknya 'roh' UMNO dan semangat juang USNO yang masih 'merah' di Kota Belud akan dapat disuburkan kembali.

1 ulasan :

malu-malukambing said...

salam km,

biasalah perwakilan umno kb bukan tingok kualiti pemimpin itu tapi dengan jumlah wang dan perkara telah biasa dilakukan semenjak dari zaman usno lagi,,,,,,,,