Saturday, July 9, 2011
















Semua gambar2 di atas dirakam oleh wartawan Antarabangsa…Reuters Pictures,Getty Images Dan AP Photo

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Gambaran yang menajubkan.

Dari apa yang kita baca di blogs, facebooks,twitters, cerita kedai dan berita-berita arus perdana terlalu banyak komen yang mempersalahkan tindakan kumpulan Berseh kerana membawa isu perjuangan mereka turun padang dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Sapertimana yang kita lihat di Kuala Lumpur sabtu lalu.

Dikatakan bahawa motif sebenar nya Berseh melakukan demonstrasi jalanan ini bukan tuntutan kepada salah laku SPR, tetapi bertujuan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan saperti yang berlaku di Egypt, Libya, Syria dll lagi.

Mala ada yang menuduh bahawa agenda berseh ini telah didalangai oleh mereka yang berhaluan kiri-pro komunis . Sehinggakan beberapa orang pemimpin parti sosialis Malaysia di tahan melalui ISA.

Entah sejauhmana kah kebenaran hal-hal saperti ini, kita pun kurang pasti. Kerana ia nya dikategorilkan sebagai sensitif dan ada hubungan dengan isu keselamatan dan ketenteraman negara. Amat susah untuk di rumuskan hanya dengan bersenjatakan ‘speculated theory’. ..sungguh bahaya lagi dahysat.

Cuma dalam hal ini, saya tertarik dengan kesabaran dan kekuatan ‘teamworks’ yang tidak berbelah-bagi pemimpin-pemimpin Berseh yang terlibat , dalam proses perancangan, perlaksanaan serta kesengsaraan yang di harungi ketika menyempurnakan missi mereka.
Sehinggakan banyak pemimpin meraka yang di ganyang dan tahan polis.

Apa yang mengherankan saya, ia lah keutuhan pengorbanan dan tekad berani mati pemimpin-pemimpin berseh yang terdiri dari berbilag kaum ini, melaksanakan missi mereka tanpa mengira, bahaya, penat lelah dan masa terbuang.

Antara pemimpin kanan yang saya maksudkan ia lah Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang (Melayu), Datuk Seri Anwar Ibrahim (melayu), Lim Kit Siang (Cina), Datuk Ambiga Sreenevasan(India), Timbalan PAS Mohamad Sabu (melayu), Timbalan PKR, Azmin Ali (melayu), Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua (cina) dan banyak lagi YB –YB yang lain dan juga terdiri dari berbilang bangsa sanggup menggadaikan nyawa untuk perjuangan yang belum ditentukan kejayaan nya.

Terasa seakan-akan mereka ini lah individu-individu sebenarnya yang mengamalkan konsep 1Malaysia dalam perjuangan!!!
Persoalan nya, sanggup kah pemimpin dari kumpulan BN bersatu bilamana berhadapan dengan keadaan cemas sapertimana yang ditunjukkan oleh pemimpn PR dalam agenda Berseh ini?

Sejauhmana kah impak perjuangan Berseh ini menular kepada rakyat Malaysia dimasa akan datang? Susah juga untuk kita buat perkiraan buat masa ini. Penentu nya mungkin akan kita tahu bilamana keputusan PRU13 diumumkan nanti. Kita hanya mampu menghitung hari..

Semuga sukses