Sunday, October 28, 2012

Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).

Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.

Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.

Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu.

Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN.

Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.

0 ulasan :