Sunday, November 4, 2012

Dengar  khabarnya Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz merestui hasrat sebilangan pengikut parti itu yang mahukan Presiden PAS menentang PM Datuk Seri Najib di pekan pada PRU 13 nanti. Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

Muryisul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepnuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.

Tanggapan negatif itu membahayakan Pakatan Rakyat di mana timbul perasaan curiga di antara satu sama lain. Jadi sekiranya Abdul Hadi mendada dengan Najib di Pekan ia boleh menyapu perasaan itu. Semangat di kalangan Pakatan Rakyat juga akan meningkat serta merta. Tindakan Hadi itu akan menampakkan iltizam Pas dengan Pakatan Rakyat tinggi.

Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitment perjuangan.

Hendaknya apa disuarakan presiden Pas itu akan turut dibangkit didalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung di Kota Bharu minggu depan. Dan saya juga percaya Abdul Hadi bukan sengaja melontarkan idea itu kecuali untuk mendapat pandangan dari akar umbi.

0 ulasan :