Wednesday, June 5, 2013

Datuk Salleh mungkin dianggap sebagai peneraju perubahan kepimpinan politik di Sabah, kerana ketika menjadi Ketua Menteri bergiliran pada Dis.1994-1996, beliau adalah satu-satunya Ketua Menteri Sabah yang membuka pejabat Ketua Menteri kepada rakyat seluruh pelusuk Sabah untuk menemui rakyat segenap lapisan dengan mengenepikan segala bentuk protokol dan birokrasi. Agak malang bagi kepimpinan politik di Sabah selepas era beliau, kerana "budaya" itu tidak diteruskan, bahkan dianggap sebagai menimbulkan kesesakan di pejabat Ketua Menteri. Sehinggalah Ketua menteri sekarang Datuk Musa Aman, budaya yang cuba dicetuskan oleh Datuk Salleh itu tidak diberi nafas baru. Ironinya seakan hubungan "intim" pemimpin esekutif tertinggi terputus begitu saja.

Rahmat di sebalik pencalonan Datuk Salleh Tun Said, sebagai calon PRU13 setelah digugurkan pada PRU12 ialah "budaya" RUMAH TERBUKA RAKYAT itu diteruskan semula. kali ini biarpun bukan untuk seluruh rakyat Sabah tetapi, cukup bermakna kepada rakyat di Usukan. Dalam laman FB rasmi Datuk Salleh mengiklankan pada esok 7/6/2013, sekali lagi beliau membuka ruang kepada masyarakat Usukan unutk menemui beliau sekitar jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Rumah Rehat Kota belud. Tentunya peluang ini akan dipergunakan oleh masyarakat Usukan dan KB, untuk menemui beliau dan memperhalusi setiap permasalahan yang ditimbulkan. Semoga usaha murni dan keterbukaan Datuk Salleh ini akan menjadi contoh lain kepada pemimpin-pemimpin politik di Kota Belud, khasnya ADUN TEMPASUK, Datuk Musbah Jamli dan MP KB, Datuk Rahman Dahlan. Sebelum inipun kedua-dua pemimpin berkenaan memang mudah ditemui, tetapi dengan cara yang lebih pratikal seperti yang dipelopori oleh Datuk Salleh ini, rakyat akan lebih bersedia, kerana permasalahan rakyat bukanlah bersifat statik, bahkan berubah-ubah mengikut hari dan waktunya.

Namun begitu, sebagai pemimpin yang mencetuskan pendekatan baru mendakti rakyat, Datuk Salleh disaran supaya lebih praktikal dan mudahlentur. Mungkin pendekatan mengadakan RUMAH TERBUKA RAKYAT itu, akan lebih sempurna jika Datuk Salleh sendiri mengamalkan sikap turun padang yang lebih kerap dan tidak terikat dengan jadul waktu. Ketiadaan beliau dalam kabinet Negeri, memungkinkan saranan ini boleh dilakukan dengan baik. Datuk Salleh adalah lebih baik mengubah pendekatan peribadi dengan melakukan dan menghadiri majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, dan juga majlis keuzuran seperti majlis kematian. Ini bukan sahaja satu lagi yang bijak dalam mendekati rakyat tetapi juga, ia memberi kelebihan kepada beliau, setelah mempopulari pembukaan ruang menemui beliau pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Datuk Salleh juga boleh mengadakan spot check dengan tidak ada protokol seperti sambutan kepada beliau atau atas faktor majlis yang diadakan, sebaliknya boleh datang secara mengejut bersendirian menyelesaikan masalah rakyat yang boleh diselesaikan secara langsung. Dengan cara ini, pemimpin akan lebih dihargai kerana kata umpama, ular tidak akan hilang bisanya biarpun menyusur akar.

Pun begitu, mendekati anak-anak muda, mungkin berbeda dengan pendekatan yang lebih dewasa. justeru itu Datuk Salleh digesa supaya dapat mengadakan pertemuan dengan NGO-NGO dan pertubuhan belia-belia di perkampungan Usukan. Meganadakan beberapa siri lawatan dan aktiviti serta program, biarpun tidak terlibat secara langsung namun cukup sebagai perasmi atau penaja sebagai tanda menyambung kepimipinan generasi muda.Dailog juga boleh diadakan mengikut keperluan.

Datuk Salleh perlu bergerak mula dari sekarang kerana mandat dan sokongan yang diberikan oleh rakyat di Usukan masih mencerminkan bahawa kepimpinan beliau masih diperlukan. Dan keperluan kepimpinan itu  bergantung kepada pendekatan politik bukannya wang ringgit.

Menjadi pemimpin nyata bukan satu warisan, ia adalah darah yang mengalir dan minda yang segar dan berwawasan.

0 ulasan :