Friday, October 30, 2015



1.PAK LAH adalah PM pertama yang 'diturunkan' oleh Tun M dengan alasan ' kegagalan' Pak Lah mendapatkan sokongan pada PRU 12 walaupun pada PRU sebelumnya, kemenangan BN dan UMNO jauh lebih mengatasi kegemilangan pada era Tun M menjadi PM.

2.Tun M , masih dilihat pencorak utama politik negara walaupun telah tidak menduduki kerusi PM dan PRESIDEN UMNO lagi.Ada beberapa sebab luaran yang menyebabkan mantan PM selama 22 tahun itu 'enggan' berundur dari dunia politik.

3. Dari segi psikologinya, Tun M memang dan tidak akan dapat meninggalkan dunia politik kerana lebih daripada 2/3 hidupnya bergelut dengan resam politik yang menjadi kerjaya utamanya.Sehinggakan sikap dan tindakan Tun M lebih mencerminkan "Dinasti Politik"Leo Agustino (2010), dinasti politik adalah “institusi di mana pengua­sa berupaya meletakkan keluarga, saudara, dan kerabat pada jabatan-jabatan strategis dengan tujuan membangun sebuah ‘kerajaan’ politik di dalam pemerintahan, baik nasional maupun lokal.”

4. Kerana itu, Tun M masih mahu mencampuri percaturan politk negara biarpun Pm Najib adalah PM kedua selepas hampir 10 tahun Tun M meninggalkan Putrajaya.

5. Desakan demi desakan dilakukan sehingga Najib akan berundur. Dan dari kacamata marhaen, Najib tidak ada cara lain selain daripada berundur.

0 ulasan :