Monday, May 8, 2017



USBO pada awal penubuhannya adalah sebuah NGO "politik" yang membawa makna PERTUBUHAN BAJAU BERSATU SABAH" kemudiannya dijenamakan semula sebagai " PERSATUAN BUMIS BERSATU SABAH" dimana akronim BUMIS merujuk kepada Etnik Bumiputera Islam di Sabah meliputi bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk. Presiden pertamanya adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Presiden adalah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan penasihatnya adalah Datuk Shafie Apdal. Ketika itu USBO tidak sangat menjadi "fenomena" baru di Sabah. Malahan penguguran Datuk salleh dan Tan Sri Pandikar daripada menjadi calon Pilihanraya ke 12, menjadikan USBO dimata marhean di Sabah sebagai gertakan politik kepada etua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang dikaitkan dengan pengguguran kedua pemimpin USBO ini.

PENJENAMAAN USBO

Apabila Datuk Salleh, dilantik sebagai Senator dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah pentadbiran Najib dan kemudiannya dilantik sebagai Bendahari UMNO, ramai pemerhati politik percaya bahawa lambat laun USBO akan dilepaskan oleh Datuk Salleh ekoran 'hajat' politik beliau dapat dipenuhi dengan menduduki beberapa jawatan utamadalam kabinet Najib. Akhirnya Datuk Salleh mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden USBO dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden USBO iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kemudiannya dalam mesyuarat agung USBO yang diadakan di sebuah hotel di kota kinabalu, memutuskan untuk melantik Tan Sri Pandikar Amin sebagai PRESIDEN USBOyang baru. Di sinilah bermulanya gerakan jelajah USBO yang kemudiannya dilabel sebagai" Kacau Daun" dan cuba mengheret politik Sabah dalam kencah "Permainan Daun Terup Politik"




JELAJAH USBO BUKAN SEKADAR 'MAIN DAUN'

Jelajah USBO yang pertama diadakan pada 22 April 2017. Dari beberapa maklumat media yang diperolehi, siri jelajah USBO ini turut menghimpunan lebih 155 buah kereta pacuan 4 roda dalam konvoi bermula di Kota Kinabalu dan berakhir di Tungku Lahad Datu. Apa yang menarik untuk ditelaah ramai pemerhati politik ialah sebelum bermulanya siri jelajah ini, dalam satu sidang media, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan akan bergiat aktif dalam politik menjelang PRU 14. Dengan menyifatkan dirinya sebagai "otai politik" yang berpengalaman lebih 33 tahun dalam politik Sabah dan 9 tahun sebagai speaker dewan rakyat, tentunya Tan Sri Pandikar tidak terlalu 'tua' untuk kembali menerjah politik Sabah yang berkilauan dengan kehadiran parti WARISAN pimpinan Datuk Shafie Apdal yang keluar dari UMNO ekoran krisis dan isu 1MDB. Seperti kenyataan TSP ”Saya ingin kembali berkhidmat kepada rakyat khususnya di kawasan saya sendiri dan itulah hasrat saya tanpa berselindung,”

Hasrat TSP ini di smabut baik oleh MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar yang dipetik sebagai berkata :

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk Pandikar untuk aktif di dalam politik. Mungkin beliau merasakan boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara. Jika itu yang difikirkan terbaik, pada saya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.
"Seseorang individu itu mempunyai iltizam atau perancangan tersendiri untuk membangunkan masyarakat dan negerinya.

"Kita tidak boleh gambarkan sejauh mana impak yang berlaku di atas komitmen dan kenyataannya, namun pada saya, dengan pengalaman yang begitu lama, Pandikar boleh menjadi pemimpin yang baik,"

Kedua perkara yang unik untuk dikupas ialah, mengapakah Tungku  Lahad Datu menjadi destinasi pertama dalam siri jelajah USBO? Tentunya ia berkait dengan 'keinginan' TSP untuk aktif dalam politik kerana dalam sejarah politik pemimpin Iranun ini, TSP pernah bertanding di Tungku Lahad Datu, yang kebanyakan komuniti di kawasan itu adalah orang Iranun.



Ketiga ialah kenapa USBO perlu melakukan siri jelajah Sabah? Apakah UMNO di Sabah dan BN 'gagal' merencana, merungkai permasalahan dan pembangunan Rakyat? atau adakah UMNO BN tidak mempunyai 'kepakaran' menangkis propaganda pembangkang di Sabah? atau adakah USBO sebenarnya ingin mencetuskan 'kegelisahan' politik di kalangan pimpinan UMNO-BN sekaligus sebagai 'desakan' yang membolehkan TSP dicalonkan semula pada PRU 14?. Ini kenyataan Tan Sri Pandikar dalam laman rasmi Facebook beliau

"Saya cuma bilang saya mahu aktif semula berpolitik dan menawarkan diri untuk bertanding pada PRU14. maka itu terpulanglah kepada pucuk pimpinan UMNO samada mencalunkan saya atau tidak.

Kalau tidak dicalunkan pun bagi saya itu perkara biasa. Saya tidak dicalunkan pada PRU12 dan PRU13, saya tidak membenrontak dan merajuk.

Saya bubar Parti Akar sebagai presidennya, pencalunan dalam setiap PRU terjamin. Dgn pembubaran Parti AKAR saya telah 'membunuh' sendiri keoutomatikan untuk saya bercalun atau dicalunkan.

Saya letak jawatan sebagai ketua Bahagian UMNO Kota Marudu setelah saya menduduki jawatan Speaker Dewan Rakyat. Dgn bertindak sedemikian saya telah 'memutuskan' tali hubungan saya dengan politik.

Saya sekarang ini aktif sebagai presiden USBO untuk menjelajah negeri Sabah untuk "memberi penjelasan' kepada rumpun USBO betapa pentingnya untuk menyokong dan mengekalkan kerajaan UMNO-BN

Aktiviti ini adalah selari dengan perlembagaan USBO.

Kenapa timbul isu 'Apa lagi orang tua ini mahu? sedangkan objektif penjelajahan USBO telah dijelaskan.
Kalau pihak lain 'berhak' dalam demokrasi untuk 'mengubah' kerajaan, saya juga 'berhak' dalam demokrasi untuk berpendirian 'mempertahankan' kerajaan..

so, whats the problem here?

catatan FB : 8.Mei.2017






















0 ulasan :