Wednesday, August 1, 2018



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan keluar UMNO serta Barisan Nasional dan akan menjadi ADUN bebas berkuat kuasa serta merta.

"Saya akan menjadi ADUN pembangkang bebas yang konstruktif serta menjadi penimbang tara sesuai dengan politik masa kini," katanya dalam kenyataan di sini.

Saddi mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Aman atas peluang diberikan bagi mencurah bakti kepada rakyat di DUN Sukau sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Dalam pada itu, Saddi berkata beliau menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuang isu Perjanjian Malaysia 1963 termasuk tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah daripada kerajaan Persekutuan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Saddi juga berharap rakyat DUN Sukau yang telah memilih beliau pada PRU14 dapat terus bekerja sama dengannya.....

3 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...
This comment has been removed by the author.
MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Memang pun Ahli Dewan Dun Sukau kurang dipercayai oleh rkyat. Menang saja ini sbab guna parti BN.

Cuba akan datng tanding bebas. Ttap hilang wang prtaruhanya.

lymacsau said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Hương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.