Showing posts with label Anifah Aman tidak di suka masyarakat Kimanis. Show all posts
Showing posts with label Anifah Aman tidak di suka masyarakat Kimanis. Show all posts

Thursday, February 2, 2012



SINDROM tolak 'pemimpin import' di sabah tidak sahaja berlaku di Kota Belud tetapi juga telah mula merebak ke seluruh Sabah. Terbaru masyarakat Kimanis, dilaporkan telah menubuhkan satu kumpulan Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK) yang mengadakan beberapa siri demonstrasi secara aman mendesak wakil rakyat mereka iaitu Datuk Anifah Aman supaya ditukar kerana di dakwa telah terlalu lama menjadi wakil rakyat mereka namun tidak ada perubahan berlaku di samping di dakwa bukan orang Kimanis.Kumpulan ini mahukan orang Kimanis sendiri mewakili mereka.

Sedikit tentang riwayat politik Datuk Anifah Aman ialah beliau pernah bertanding di DUN KLIAS atas tiket BN tetapi kalah tipis kepada Timbalan Presiden PBS ketika itu Datuk Lajim Ukin pada tahun 1994.Kemudian pada tahun 1999 sekali lagi bertanding di Parlimen Beaufort dan menang yang merangkumi Kimanis sehinggalah sekarang. Pernah di saman oleh Datuk seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa ketua pembangkang itu menawarkan jawatan Timbalan Perdana menteri jika meninggalkan UMNO dan menyertai PKR pada 2009.



KIMANIS : Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya yang akan datang.

Temuramah dengan para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK), berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis.
Kumpulan itu berkata, sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.


Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, Seorang lagi Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri demonstrasi itu. Seramai 300 ahli Umno menyertai demontrasi yang sama pada anjuran ketiga, menurut ketuanya – Asno Amat Muda, yang mengesahkan kesemua yang hadir menandatangani buku kehadiran. 


Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, seorang pemimpin lain gerakan itu - Rizam berkata, Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan perubahan perlu dilakukan.
“Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”, tambahnya dan memberitahu;
“Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan berasal dari Kimanis,” tambah Rizam.


“Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.” Katanya.


Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita. Katanya, slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”


Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei yang berjumlah 58 peratus, dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun 38 peratus, dan selebihnya pengundi dikalangan kaum Tionghua.


“Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort. Dalam beberapa situasi Anifa dikatakan mendakwa berasal dari Bingkor, Keningau dan senerio ini tidak disenangi oleh rakyat Kimanis.

Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan. Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurus selepas ini ialah di Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.