Showing posts with label Buku.. Show all posts
Showing posts with label Buku.. Show all posts

Thursday, August 6, 2009


buku konspirasi melayu :


Membaca buku konspirasi politik melayu yang diedarkan secara free of charge kepada perwakilan UMNO KB,mengingatkan saya motif sebenar penulis melakukan yang demikian. Kalau buku itu diberikan secara percuma di KL, ada juga kenanya. Kerana buku itu membicarakan 99% adalah berkaitan dengan politik Semenanjung. Biarpun ada juga isu politik Sabah tetapi terhad dan tidak menyeluruh. Kalau nak katakan tentang UMNO KB, jauh sekali...hanya perihal ..sepintas lalu tentang orang Bajau...itu saja. Kenapa buku ini diedarkan? itupun ketika penulis bertanding menjadi calon G7 di KB. "Satu-satunya penulis Sabah membicarakan politik nasional.." itulah antara tulisan yang terpampang di belakang buku ini...Menghairankan kerana...seorang penulis bertaraf nasional tetapi lembab dalam market bukunya.


Ketika selesai persidangan perwakilan G7, saya dapati ada juga perwakilan yang dapat satu buku dan freenya 2-3 buah buku, diborong secara pukal..agaknya. Selepas itu buku-buku berkenaan ditinggalkan begitu saja, tanpa dibaca dan difikirkan idea politik penulis. Seorang perwakilan membisikkan kepada saya...bahawa apa kaitannya buku itu dengan realiti UMNO KB..? ya tak ya jugak.
Jadi kenapa buku itu diedarkan?..Rasanya sebagai umpan untuk memenangi G7..atau barangkali sebagai buah tangan..atau untuk menaikkan imej penulis...atau untuk apa????


Kalau penulis benar-benar seorang pemikir dan penganalisis politik berwibawa..kenapa tidak di tulis senario politik di KB dengan lebih terbuka..dan tidak tertutup. Kemudian edarkan kepada para perwakilan..supaya merekaboleh membaca apa yang tersirat dan tersurat dalam poitik KB. Bongkar 'rahsia-rahsia' politik yang berlaku di KB...secara tidak menyebelahi mana-mana tokoh tetapi dibincangkan secara ilmiah dan mengikut lunas-lunas sains politik....



Kata seorang kawan...wajarkah seorang berkelulusan ekonomi...'menawarkan' idea politik di saat 'permintaan' melambung naik.? Apakah pulak 'kos melepas' dari 'penawaran' itu..? Nah, hanya B.Econs (Hons) yang boleh menjawabnya.