
Dalam permainan bola sepak, keputusan untuk membawa 'pemain import' biasanya dibuat bertujuan untuk menyuntik semangat baru di kalangan pemain sedia ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan satu motivasi dan gandingan mantap di kalangan pemain pasukan berkenaan untuk menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan. Itu Bola Sepak...dan ia berkait benar dengan politik dan situasinya di Kota Belud.
Ketika Datuk Rahman 'diturunkan' di Kota Belud selaku MP yang baru menggantikan Datuk Salleh Tun said ketika itu yang 'digugurkan', ramai pemerhati politik di Kota Belud yang menganggap DARD tidak lebih dari "orang Luar" yang merebut peluang 'orang tempatan'. Amat sedikit yang merasakan bahawa DARD adalah 'pemain Import' yang didatangkan untuk 'membantu' menjaringkan gol buat kemenangan penduduk Kota Belud. Dan setelah lebih dua tahun memegang selaku tonggak utama skuad pemimpin Kota Belud, akhirnya DARD telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila dengan cukup bergaya menyempurnakan kehendak dan keinginan penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih. Permasalahan ini ternyata sukar diselesaikan oleh pemain tempatan sekalipun sejak 45 tahun yang lampau. Namun dengan kehadiran DARD selaku 'pemain import' bersama rangkaian media di peringkat pusat, akhirnya masalah air di Kota Belud akan menemui penghujungnya.
Jika berpandukan Buletin Utama TV3 dalam slot Aduan Rakyat beberapa hari lepas, Kota Belud dilaporkan merupakan daerah di sabah yang memperolehi peruntukan lebih 80 juta ringgit dalam menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih. Turut dilaporkan lagi ialah projek membaiki dan mengganti saluran paip dijangka akan selesai pada bulan Julai tahun ini dan sekirang-kurangnya paling lewat tahun depan.
Inilah antara rahmat menyerapkan "pemain import" dalam sesuatu permainan. Dan kerana Politik itu adalah "game' maka ada kewajarannya pemimpin atasan memikirkan semula keperluan untuk mengimport pemain dari luar. Kita tentu masih ingat gandingan scot dan Matlan Marjan dalam skuad Sabah suatu ketika dulu telah mencetuskan gelombang kemenangan buat skuad negeri di Bawah bayu itu. Apakah dengan kehadiran DARD selaku pemain import ini dan bergandingan dengan pemimpin sedia ada seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin dan Datuk Herbert Lagadan juga akan membawa tsunami pembangunan di Kota Belud...nyata segalanya terbukti...DARD menjadi 'wira' seketika buat penduduk Kota Belud.
4:06 PM
kelapa mawar