Showing posts with label DARD DAN TV3. Show all posts
Showing posts with label DARD DAN TV3. Show all posts

Thursday, February 17, 2011


Sudah banyak artikel yang saya tulis berkaitan pemimpin ini. Baik yang berupa spekulasi, atau berkaitan tindakan dan percaturannya dalam dunia politik selaku MP Kota Belud. Tidak terkecuali saya juga menulis berkait dengan "keperluan' Datuk Rahman untuk "terus' berada di Kota Belud. Barangkali sesetengah pembaca beranggapan 'sinis' kerana seolah-olah penulisan sebegitu bersifat 'anti' pemimpin sedia ada di Kota Belud, Kononnya. Hinggakan lontaran idea itu tidak diperhalusi, tidak diperdebatkan, bahkan tidak diberikan ruang langsung untuk diterangkan.

Kali ini seperti yang sebelumnya, saya 'masih' berkeinginan untuk menulis berkaitan dengan MP Kota Belud yakni Datuk Rahman Dahlan. seorang pemimpin yang dikatakan bukan tidak mendapat tempat di daerahnya, Tuaran..tetapi tidak diberikan ruang secukupnya untuk 'membuktikan' keupayaan dan keberadaannya dalam dunia politik khasnya dalam parti UMNO di daerah itu. Dan seakan 'berhijrah' di Kota Belud, pemimpin ini ,tahu bahawa berkemungkinan 99.99% pada PRU 13, namanya tidak akan tersenarai sebagai wakil rakyat di Parlimen Kota Belud, apatah lagi Datuk salleh dan gandingannya Tan Sri Pandikar Amin kini dilihat telah mendapat dan kepercayaan masing-masing dalam dunia politik dan pentadbiran Najib.

Namun apa yang cukup memeranjatkan saya ialah kesungguhan dan komitmen padu yang ditunjukkan oleh DARD dalam menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kota Belud. Sebagai seorang pemimpin muda yang punya rangkaian media di peringkat nasional, DARD dilihat "opportunis" yakni mengambil kesempatan dari apa 'kelebihan' yang beliau miliki itu. Bermula rasanya dengan 'membawa' wartawan TV3 meninjau malapetaka banjir yang berlaku di Kota Belud, DARD dikatakan mempunyai 'kemesraan' intim dengan TV3. banyak aktiviti parlimen mendapat liputan daripada stesen TV swasta nombor satu negara itu. Walaupun dalam beberapa saat 'dikeudarakan' ia sudah cukup menjadi publisiti buat DARD dan Kota Belud. Terbaru apabila Slot Aduan Rakyat disiarkan dalam Buletin Utama TV3, memaparkan permasalahan tentang bekalan air bersih ini. Begitu bersungguh-sungguh DARD dalam hal ini, segenap ruang dan peluang dipergunakan untuk merealisasikan impian penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih dan mengakhiri kesengsaraan menjadikan air telaga tiub yang tidak terawat dan berkeodak sebagai minuman harian mereka.

Sesungguhnya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan meninggalkan 'jasa' dan pengorbanan' yang menjadi kenang-kenangan bagi rakyat yang diwakilinya. Apakah ini yang tersemat dalam hati politik DARD?. sementelahan itu, dari pengamatan saya, Hanya DARD satu-satunya pemimpin politik di Kota Belud yang memaparkan permasalahan ini dalam blog dan laman sosialnya FCB. mendapatkan feedback dan sedikit timbangrasa dari penduduk Kota Belud supaya 'bersabar' . Seperti yang diwar-warkan oleh DARD bahawa isu utama yang disajikan kepada PM datuk Najib ketika pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN,ialah masalah air.