Showing posts with label DARD DAN UMNO KB. Show all posts
Showing posts with label DARD DAN UMNO KB. Show all posts

Monday, February 7, 2011


Sememangnya Datuk Rahman adalah antara 'personaliti' politik di Kota Belud yang begitu mendapat perhatian umum, kerana percaturan politiknya yang dianggap 'berani' "berkeupayaan" dan begitu 'lantang' memperjuangkan kemashalatan penduduk Kota Belud sejak beliau buat pertama kali dalam hidup politiknya menjadi MP di daerah ini. Kerana itu DARD sentiasa dilingkari pelbagai cerita 'panas', 'gossip' dan cerita-cerita nakal mengenai kedudukannya dan 'keberanian' serta hubungannya dengan UMNO Kota Belud. Spekluator politik tempatan beranggapan bahawa sebagai personaliti politik baru di Kota Belud, DARD 'sentiasa' terancam dengan apa juga percaturan politik peringkat Bahagian.

Apa yang menjadikan DARD sebagai 'unik' di peringkat daerah ,negeri dan nasional ialah, beliau antara merupakan politikus yang mendapat tempat dalam organisasi politik BN. Pernah menjadi S/usaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, juga pernah menyandang S/usaha Pemuda Barisan Nasional dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen. Malahan atas 'kepakaran' nya DARD telah dilantik sebagai S/usaha BN negeri Sabah. Menyoroti pelbagai jawatan yang diberikan kepada DARD ini, membayangkan kepada kita betapa peranan beliau sebegitu penting dan tentunya kerja seorang "setiausaha" ini memerlukan 'ketangkasan'kebijakan, dan kerajinan yang cukup luar biasa.

Namun apa yang menghairankan ialah, DARD tidak punya apa-apa kedudukan dalam parti UMNO. Kegagalannya beliau bertanding sebagai Tim. Ketua Umno Tuaran menandakan bahawa 'jawatan' Setiausaha BN pada waktu itu bukanlah 'modal' terbesar dalam meraih sokongan perwakilan dan menyakinkan ahli UMNO bahawa DARD harus mendapat tempat di daerah Tuaran.

Justeru itu, ramai pemerhati politik berpandangan bahawa sebagai 'jaminan' kedudukannya dalam politik ,DARD harus mengambil peluang dan kesempatan 'memberadakan' dirinya dalam organisasi parti UMNO. Sebab itu desas-desus politik yang bertiup kencang di Kota Belud sekarang ialah ada 'berkemungkinan' DARD akan bertanding Ketua Bahagian Umno berhadapan dengan penyandangnya Datuk Salleh Tun Said. Alasanya yang cukup kuat untuk itu ialah kononnya DARD harus memikirkan 'keberadaannya'dalam parti UMNO untuk memastikan kelangsungan politiknya sebagai MP akan lebih terserlah. Ini ada asasnya kerana DARD dikatakan tidak langsung diberikan tempat di Tuaran, Justeru sebagai MP Kota Belud adalah lebih tepat jika DARD juga mempunyai 'keintiman' yang kuat dalam UMNO Kota Belud. Dalam hal ini DARD bukanlah personaliti politik yang asing kerana dikhabarkan DARD juga mempunyai susur galur keturunannya di daerah ini sekaligus membayangkan bahawa DARD pastinya tidak akan ketandusan sokongan peringkat akar umbi.

Demi memastikan adanya gandingan mantap antara Datuk Musbah dan DARD maka tidak ada pilihan lain selain dari memastikan DARD dikedepankan untuk tujuan itu. Perkembangan terkini politik tanah air di bawah kepimpinan Najib juga membawa satu gelombang deras terutama dalam soal pemilihan calon Pilihanraya yang bakal mewakili UMNO dan BN pada PRU13 akan datang. Calon mestilah benar-benar disukai oleh rakyat. Dan jika bersandarkan kepada itu, adalah tidak mustahil DARD akan mendapat tempat semula di KB lantaran sokongan akar umbi yang bertamabh setiap hari kepada beliau terutama golongan "non partisan " yakni golongan muda. Berita yang bertiup kencang sekarang ialah DARD dikatakan sudah mula menyusun startegi politik dan dikhabarkan beberapa penyokong kuatnya telah mula menyusup dalam cawangan UMNO Tuan Gusi. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya DARD yang boleh menjawab spekulasi ini.

Jikapun benar DARD akan mempertaruhkan 'hijab' politiknya dengan bertanding ketua Bahagian, maka ia tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana dalam politik selagi ada peluang maka selagi itu ia harus dipergunakan. Namun seperti yang diberitahu kepada saya oleh seorang politikus Kota Belud, bahawa DARD harus memikirkan secara mendalam niat dan hasratnya kerana DSSK juga bukan sembarangan personaliti di Kota Belud. Apa yang ditakuti ialah keadaan seperti pepatah melayu lama :"menang Jadi arang, Kalah jadi Abu".

Wednesday, January 19, 2011


Kata orang politik adalah 'kuasa' dan 'kuasa' itu adalah 'pelarian'. Semakin seorang pemimpin politik itu mengejar kuasa, maka dia semakin jauh dari realiti kehidupannya. Namun bila 'kuasa' itu dianggap sebagai 'amanah' maka pemimpin itu semakin dekat dengan tuhannya.

Di negara kita, isu politik dan kuasa tidak putus-putus diperbincangkan. Kerana mungkin banyak isu politik dirahsiakan, maka itulah rakyat saban waktu memperkatakan tentang politik. Pagi ini saya terbaca di FCB mengenai isu yang diutarakan oleh seorang pegawai kanan di JPNS mengenai situasi pemimpin dan fahaman politik seperti berikut : ..."wajarkah seorang ketua parti berlainan fahaman katakanlah parti pemerintah hadir dalam pelancaran parti pembangkang, atas sebab mendapat undangan dan menghormati kawan? Bincangkan...."

Situasi ini agak ganjil berlaku, kalau ada pun mungkin boleh dikira dengan jari. tetapi yang banyak berlaku ialah pemimpin parti yang sama fahaman politik tetapi tidak hadir ketika program parti atau pemimpin lain dalam parti berkenaan mengadakan program tertentu.

Beberapa hari lalu saya juga terbaca dalam FCB mengenai komen sdr Musli Oli yang menyatakan bahawa Datuk Rahman Dahlan , MP Parlimen Kota Belud tidak pernah hadir dalam mesyuarat UMNO Kota Belud, walaupun dijemput untuk hadir.

Situasi ini menjadi bual bicara pagi di kalangan penggiat politik di Kota Belud. Ada yang pro dan ada yang kontra. Bagi yang berpendapat agak liberal mengganggap bahawa DARD adalah ahli Umno Tuaran, dan sebarang perkaitan dan program yang dirancang oleh UMNO KB secara literalnya DARD tidak terlibat. Namun sebarang program parlimen DARD tidak terkecuali.

Bagi yang berpandangan kontra, situasi politik ini dianggap tidak sihat. Dan harus dielakkan. sebagai MP Parlimen KB, DARD seharusnya boleh menyumbang idea dan tenaga melalui UMNO Bahagian KB. Walaupun 'kehadiran' DARD di KB ini suatu ketika dulu dinggap sebagai 'menidakkan' pemimpin sedia ada, namun angapan itu sedikit sebanyak mula kendur apabila DARD mula menunjukkan kesungguhan menyelesaikan beberapa masalah asas di daerah ini. Ini juga sekaligus menjawab persoalan mengapa DSSK tidak hadir dalam beberapa program Parlimen yang dianjurkan termasuk program juara rakyat yang dihadiri oleh Datuk Noh Omar pada tahun lepas.