Showing posts with label DARD dan caj 6%. Show all posts
Showing posts with label DARD dan caj 6%. Show all posts

Saturday, September 10, 2011


Protal Malaysiakini memetik beberapa pandangan ahli politik mengenai keputusan Syarikat telekomunikasi mengenakan cukai 6% kepada pengguna prepaid di negara ini berkuatkuasa 15 september ini. Antara yang dipetik ialah ketua pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan tidak bersetuju dengan kadar kenaikan dan caj perkhidmatan itu. Dalam teewtnya, KJ dikatakan adalah antara orang pertama secara terbuka membantah caj perkhidmatan itu dengan alasan ianya tidak munasabah dan membebankan rakyat.

Seorang lagi pemimpin politik yang dipetik kenyataannya oleh Malaysiakini ialah ahli Parlimen Kota Belud iaitu Datuk Rahman Dahlan. Dalam tweetnya lapor Malaysiakini, Rahman dikatakan bersetuju dengan pengenalan caj perkhidmatan itu dan menganggapnya sebagai sumbangan pengguna kepada negara. Lihat di sini .malaysiakini

Kenyataan Rahman dahlan itu mendapat response negatif dari pelbagai pihak , malah Rahman yang mesra dipanggil sebagai DARD dikatakan tidak mengambil berat keperitan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Lihat ini sabahkinimirror.

namun begitu dalam laman sosial FCB agak berlainan pula kenyataan DARD apabila menyatakan bahawa cukai 6% itu bukanlah cukai baru tetapi cukai lama yang dibayar oleh kerajaan. Oleh itu bagi DARD beranggapan bahawa kini cukai itu dikenakan kepada pengguna. Jika ini benar ertinya kerajaan semakin tenat dengan pelbagai bebanan subsidi termasuk penangunggan cukai 6% ini. Oleh kerana bebanan kewangan , maka kerajaan melepaskan tanggungan itu dan membiarkan syarikat telekomunikasi mengenakannya kepada pengguna. ini berlainan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk seri Najib yang mengganggap bahawa pengenaan caj 6% itu tidak kena mengena dengan kerajaan dan diluar pengetahuan beliau. Malahan menggesa syarikat telekomunikasi supaya memikirkan hasrat tersebut.

Rakyat semakin keliru dengan permainan politik para pemimpin di negara ini. sekejap kata lain, sekejap buat keputusan lain. sekejap kata boleh, sekejap kata kena tangguh. ASTRO juga menghadapi kemelut yang sama apabila menaikkan yuran langganan sehingga menjadi isu di negara ini. Kerajaan juga membantah.

Pengenalan caj perkhidmatan 6% ini dijangka melibatkan lebih 13 juta pengguna pre-paid di negara ini. Dengan analogi jika seorang pelanggan membeli tambah nilai RM 10, maka dia perlu membayar RM 10.60 sen, dimana 60 sen itu adalah caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi. Dalam satu kenyataan, Syarikat telekomunikasi menyatakan bahawa caj perkhidmatan itu adalah caj penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan mengikut akta cukai perkhidmatan 1975.