Showing posts with label DARD keperitan di P169 KB. Show all posts
Showing posts with label DARD keperitan di P169 KB. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Sejak awal-awal lagi saya menyatakan bahawa pemilihan Datuk Rahman Dahlan sebagai calon di P169 KB oleh pucuk pimpinan arti sebagai satu kesilapan besar. Ini adalah kerana reaksi akar umbi baik pengundi atas pagar mahupun pengundi BN/UMNO Sendiri telah lama wujud penolakan sokongan kepada Datuk Rahman Dahlan ini. Tidak tahu mana silapnya tetapi pada pandangan saya sebagai pemerhati politik di daerah KB, isu 'pemain import" mendominasi paradigma pengundi PRU 13 kali ini. Selain itu ada beberapa faktor lain termasuk langkah Pengerusi USIA KB Sdr Lamsil Hamidsor yang juga suami kepada Ketua Wanita UMNO KB Pn. Eyun Latun yang bertindak bertanding atas tiket BEBAS di kawasan Parlimen KB. Isu ini tidak harus dilihat sebagai isu terpencil tetapi ia harus dipandang dari sudut penolakan ahali-ahli UMNO KB sendiri kepada kepimpinan Datuk Rahman Dahlan di KB. Malahan saya difahamkan oleh beberapa orang AJK UMNO KB, bahawa akan berlaku undi tidak setuju kepada Rahman Dahlan dalam kalangan pemimpin kelas pertengahan UMNO KB. Ini kerana mereka tidak bersetuju ,malah menganggap DARD sebagai liabiliti kepada calon-calon UMNO/BN di peringkat DUN.

Keadaan ini tentu akan menyukarkan kemenangan DARD, kerana pada atas kertas undi ahli-ahli UMNO KB mungkin dilencongkan kepada Sdr Lamsil Hamidsor yang merupakan pemimpin akar umbi kerana menjawat ketua cawangan UMNO kg Peninting KB, sebelum dipecat parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket BEBAS.

Reaksi pengundi sejak kempen berlangsung masuk minggu ke 2 ini jelas menunjukkan penolakan keoada DARD, diperingkat DUN, pengundi masih lagi boleh berkompromi dengan memberi jaminan lisan akan menyokong calon-calon BN/UMNO, tetapi di peringkat Parlimen, para pengundi yang ditemui secara jelas menyatakan tidak akan mengundi DARD, antara sebab yang diberikan ialah kerana DARD bukan orang KB dan sukar ditemui ketika 5 tahun yang lepas. DARD dikatakan sibuk keluar kota sehingga orang-orang kananya yang ditinggalkan gagal merasai denyut nadi rakyat.

Penulis blogger yang juga terlibat secara langsung dalam kempen-kempen calon BN/UMNO KB sdr Musram Rakunman dalam blognya ONE KOTA BELUD turut mengakui keadaan ini. Justeru itu jika situai getir ini berlarutan hingga pembuangan undi pada 5 mei ini, ada kemungkinan yang sangat BESAR , DARD akan pulang dengan kehampaan iaitu Parlimen KB, mungkin menjadi milik parti lain selain UMNO/BN.

Musram Rakunman:

Sebagai perai undi BN bagi kawasan Kota Belud, penulis agak bimbang berkiatan parlimen Kota Belud. Para pengundi bukan melihat soal parti, melainkan calon. Bermacam-macam alsaan diberikan.para pengundi yang ditemui.


Apa yang pelik, mereka setia pada BN, tapi tidak suka kepada calon. Kalaulah dipaparkan alasan yang diberikan, hingga esokpun artikel ini tidak dapat disiarkan.


Maklumat seperti ini, sudahpun diberikan kepada jentera BN, agar usaha pemutihan dapat dilakukan sebelum pembuangan undi pada 5 Mei.


Parlimen Kota Belud mempunyai tiga Dun- Dun Tempasuk, Dun Usukan dan Dun Kedamian. Pengundi berdaftar 51,467.


Penulis pernah melakukan analisis keputusan awal, selepas tempoh berkempen masuk hari ke-5. Pada analisis itu, calon BN bagi kawasan Parlimen, Datuk Rahman Dahalan, akan mengekalkkn kawasan tersebut sekurang-kurangnya dengan majoriti 7,000. Namun sehingga semalam, selepas kempen berjalan rancak, nampaknya analisis itu jauh meleset.


Trend pengundian, antara DUN dan Parlimen, berbeza. Enam puluh peratus pengundi menyatakan akan mengundi calon Bn bagi Dun, namun tidak bagi parlimen.


Jika trend ini berkekalan sehingga pembuangan undi, dikhuatirkan kawasan parlimen Kota Belud dalam bahaya.


Belum terlambat bagi jentera Bn terutama calonnya sendiri memperbaiki kencenderungan ini. Masih ada peluang. Pertingkat gerakan agar, trend ini berubah pada 5 Mei.