
Thursday, February 3, 2011
7:27 PM
kelapa mawar

Wednesday, March 3, 2010
4:43 AM
kelapa mawar

Pemimpin PKR di Kota belud, memperkecilkan gesaan datin Saida itu yang disifatkan oleh mereka sebagai seorang politikus yang tidak punya pendirian. Pada satu masa pernah meninggalkan UMNO dan menjadi pengkhianat pada parti itu, setelah gagal memperolehi kedudukan dan kelebihan dalam PKR sekalipun pernah menjawat Naib Presiden, Datin Saida bertindak meninggalkan parti itu. Maka kata penyokong PKR Kota Belud, genap 2 kali Datin Saida menjadi "pengkhianat". sewajarnya kata mereka, beliau tidak berhak memperkecilkan Presiden PKR yang konsisten dan istiqamah dalam pembelaan Suami dan prinsip perjuangan parti itu.
Malahan para penyokong PKR Kota Belud dalam satu kenyataan tidak rasmi turut menyatakan akan 'memalukan' Datin Saida dalam PRU 13 akan datang jika Datin itu bercita-cita untuk bertanding di Usukan. Bukan sahaja kata mereka Datin Saida akan menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan masyarakat di Kawasan itu, tetapi juga akan menyaksikan 'kekalahan' yang teruk.
Mereka juga turut menyangkal, bahawa kemenangan Datin saida dalam pemilihan G7 baru-baru ini adalah disebabkan beliau telah 'dimaafkan' sebaliknya adalah disebabkan oleh faktor lain yang semua orang ketahui.
Khabar terbaru dari PKR kota Belud ialah kesungguhan mereka untuk merapatkan kembali saf kepimpinan dengan menerima saranan kepada DSAI, bahawa pada PRU 13 akan datang, strategi satu lawan satu akan direlaisasikan di daerah ini bersama dengan PAS.Namun yang agak menrunsingkan kita ialah apakah strategi itu boleh dipraktikkan di kota belud? bersama kita tunggu jawapannya.
Tuesday, December 22, 2009
6:21 PM
kelapa mawar
Ramai yang meramalkan bahawasanya dunia politik Kota Belud akan bertambah panas, meskipun cuaca politik di daerah ini berada dalam garis lintang khatulistiwa, sekejap panas dan sekejap lembab, namun hujan politik sekali sekala turun di daerah berbukit juga pekan koboi ini. Inilah yang menjadikan Kota Belud sebagai pekan yang tidak putus dengan cerita politik. Hatta hingga di dalam tandas pun banyak coretan vandalism yang mengutuk pemimpin politik dan tidak kurang juga yang memuji dan mencanangkan kebaikan mereka di samping contengan lucah dan provokasi.
Kepanasan cuaca politik di KB, bertambah tahap Fahrenheit dan ke celsiusannya apabila khabar-khabar menyatakan bahawa Datin Saidatul Badru ,kakak kepada mantan Ketua Menteri Sabah, juga Presiden USBO, Datuk Salleh Said Keruak (DSSK) yang juga dikaitkan dengan orang caturan Datuk Musa Aman melaksanakan pelobian untuk menjadi calon PRU-13 di Usukan. Ramai yang pasti bahkan ada yang turut bersetuju supaya Datin Saida benar-benar menjadi wakil rakyat di Usukan. Banyak sebab yang menjadikan sebilangan “penglipurala” politik KB begitu “senang” andai Datin Saida menjadi calon. Banyak Impak positif kata mereka.
Bagi yang tidak sehaluan dengan Datin saida dan menganggap bahawa Datin ini pernah menjadi “pengkhianat” kepada perjuangan Ayahanda dan keturunannya apabila ‘menyongsang arus’ dengan menjadi calon PKR pada pilihanraya yang lepas-lepas, amat tidak bersetuju dengan pelobian Datin Saida ini. Mereka Nampak dengan penerimaan Datin saida sebagai calon Usukan ,maka ia akan meneruskan legasi Keruak di Kota Belud yang disifatkan oleh mereka tidak banyak mengangkat daerah ini dari segi pembangunan dan ketrampilan politik yang menyakinkan ramai pihak termasuk Kuala Lumpur.
Ada yang menyatakan bahawa antara Datin Saida dan DSSK, nyata Datin Saida lebih banyak boleh diterima oleh rakyat Usukan, atas factor Datin Saida ramai kenalan dan mempunyai hubungan baik dengan penduduk tempatan berbanding DSSK yang ketika menjadi Wakil Rakyat, banyak mengenepikan kemudahan dan pembangunan di Usukan termasuk jalan raya, bekalan air bersih, kegiatan pertanian dan pendekatan kepada golongan muda. Manakala Datin Saida, Nampak lebih lembut, bertoleransi dan mengutamakan ikatan persaudaraan lampau yang telah terjalin sejak zaman Datuk Moyangnya. Dan ini sendiri diakui oleh sebuah keluarga di Kg. Tamau,dalam daerah mengundi DUN Tempasuk yang ditugaskan secara lisan oleh keluarga Keruak untuk menjaga kepentingan mereka di kampung berkenaan termasuk haiwan ternakan dan pemilikan hartanah yang sebahagiannya dibangunkan menjadi Padang Golf ketika DSSK menjadi Ketua Menteri dalam system penggiliran.
Persepsi inilah yang menjadikan Datin saida semakin relevan di Usukan. Jika perkara ini diambil kira, maka hasrat Datuk Musa Aman untuk ‘menurunkan’ pengaruh DSSK di Usukan akan Berjaya.Mungkinkah Datin saida lebih berpotensi dari Datuk Japlin dari sudut keperibadian dan hubungan kekeluargaan di usukan..? Datuk Musa Aman terpaksa merelakan pemergian Datuk Japlin kerana skandal yang sudah diketahui umum dan ‘memasang’ Datin saida sebagai percaturan terakhir politiknya di Usukan.Begitu nadanya sesetengah pandangan masyarakat di KB. Namun apabila saya berkesempatan bertanyakan kepada seorang pengiat politik di Usukan yang terlibat memenangkan Datin saida dalam pemilihan G7 Umno KB, beliau berpendirian bahawa kemenangan Datin saida kerana disebabkan ‘kerapatan’ politiknya di kalangan para perwakilan Umno KB sehingga kemunculan Datin saida adalah bayang-bayang arwah Ayahanda Tun Said.
Bagi yang menganalisis secara berada ditengah-tengah, berpendapat bahawa tidak banyak bezanya DSSK dengan Datin Saida apabila menjadi wakil rakyat Usukan kerana nyata keturunan mereka ini telah lama menjadikan Usukan sebagai benteng pengaruh politik mereka. Tetapi impak kepada masyarakat Usukan ialah apabila, separuh dari usia pembangunannya ‘dilambatkan’ oleh legasi ini.