
Sejak pengguguran Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin dalam senarai calon PRU 12 yang lepas, perjalanan kedua-dua tokoh dari Kota Belud ini dilihat sebagai telah 'dirancang' oleh pihak-pihak tertentu. Sebab itulah apabila kedua tokoh ini 'bergabung' dalam NGO USBO, maka ada 'pihak' mistik yang melihat ia sebagai satu 'ancaman' dan 'tindak balas' agresif dari kedua pemimpin ini. Maka sebagai 'mematahkan' perancangan itu dan dalam usaha mengkucar-kacirkan pergerakan mereka yang dinaungi oleh Datuk Shafie Apdal, ketika itu, maka Tan Sri Pandikar diberikan tempat sebagai "Yang Dipertua Dewan rakyat". Maka itu sebagai 'balasan' politik, TSP 'terpaksa rela' melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu yang baru diwakilinya. Perletakan jawatan TSP itu dilihat oleh kebanyakkan pihak sebagai 'gentlmen" selain daripada seperti yang dikatakan oleh TSP sendiri sebagai 'menghindar' perasaan bias ketika mengendalikan Dewan Rakyat. Ada pihak yang menyatakan secara terbuka bahawa 'helah'politik pihak tertentu di sabah sudah mengena dan lambat laun , TSP akan tidak ada kuasa dan pengaruh dalam UMNO Peringkat negeri.
Selepas strategi itu berjalan, kini giliran Datuk Salleh pula dipercaturkan. Mulanya dengan perlantikan sebagai Penasihat Sains bertaraf menteri kepada Datuk Musa Aman. Perlantikan ini secara kasarnya menandakan sudah wujud persefahaman politik antara DSSK dan DMA. Namun pada sudut lain timbul beberapa persoalan, bagaimanakah seorang yang pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu, hanya dilantik sebagai "penasihat" yang tidak punya peranan besar dalam kabinet negeri? Adakah tidak molek jika DSSK dilantik sebagai "ADUN DILANTIK" dan kemudiannya menganugerahkannya dengan jawatan bertaraf menteri? Dengan melantik hanya sebagai penasihat, ertinya DSSK telah tidak berperanan dalam membantu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Isunya hanya setakat 'penasihat' dan DMA dapat memperhatikan gerak geri politik DSSK secara lebih dekat.
Terkini, ramai yang gembira melihat DSSK sekali lagi diberikan tempat sebagai Speaker Dewan negeri. Bukankah strategi ini juga yang telah 'melumpuhkan' politik TSP di peringkat Bahagian dan negeri? Bukankah TSP suatu ketika dulu mempunyai Parti (AKAR BERSATU) yang merupakan parti komponenn BN tertua di sabah pada waktu itu? Dan bila DSSK menerima jawatan berkenaan, ertinya DSSK "perlu" juga meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, sepertimana yang dilakukan oleh TSP. Alasannya cukup mudah, supaya pengendalian DSSK dalam Dewan Undangan Negeri tampak lebih "neutral' dan berkecuali. Lantaran itu, apa yang berlaku keatas kedua pemimpin ini seakan nampak telah 'dirancang' lebih awal untuk 'menurunkan' pengaruh mereka di peringkat daerah Kota Belud. Dan itu telah berjalan dengan cukup sempurna.Jika sebelum ini, dalam artikel saya yang terdahulu membayangkan bahawa DARD 'bakal' bertanding ketua Umno Bahagian Kota Belud, maka ada logiknya juga bagi DSSK 'melepaskan' jawatan itu untuk memberi laluan kepada orang lain seperti yang dilakukan oleh TSP di Kota Marudu. Cuma bezanya siapa yang bakal dikedepankan untuk menjadi ketua Umno Kota Belud?
12:39 AM
kelapa mawar