Showing posts with label DSSK buat dialog rakyat di KB.. Show all posts
Showing posts with label DSSK buat dialog rakyat di KB.. Show all posts

Thursday, February 9, 2012


Merasmikan dialog Telupid yang diadakan di Beluran, Speaker Dewan undangan Negeri Sabah yang juga timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan tindakan Timbalan YDP Dewan Rakyat Ronald Kiandee yang juga MP Beluran mengadakan dialog rakyat yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut atau permasalahan rakyat. Datuk salleh juga dikatakan akan membuat perkara yang sama di kota Belud dalam waktu yang terdekat ini.

Selain daripada itu Datuk salleh juga mengingatkan agar kakitangan kerajaan tidak mengamalkan sikap "KIV" kepada rakyat.

BELURAN, 9 Feb: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said mengingatkan para pegawai kerajaan jangan sekali-kali memberikan jawapan ‘KIV’ (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat. 
“Masalah rakyat harus diberikan jawapan jelas supaya mereka faham pendekatan yang diambil kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
“Jangan jadikan jawapan KIV yang bermaksud ‘untuk perhatian dan pertimbangan’ yang membawa maksud masalah itu tidak diberi perhatian atau diselesaikan selama-lamanya.
“Menyelesaikan masalah rakyat merupakan tanggungjawab semua melalui kerja berpasukan di antara pemimpin kerajaan dengan pegawai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Dialog Telupid di sini hari ini.
Dialog anjuran Pejabat Parlimen Beluran itu mengumpulkan 37 pegawai kerajaan bagi menjawab masalah rakyat yang dikemukakan 26 ketua zon mewakili kampung di daerah Beluran.
Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata selari dengan pendekatan kerajaan melaksanakan turun padang di kalangan pemimpin, pegawai kerajaan juga digalakkan mengamalkan konsep itu. 
Katanya konsep itu adalah pendekatan terbaik dalam mendengar masalah rakyat dan ia dibuktikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pendekatan tinjauan mesra untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dikemukakan rakyat kepadanya.