Showing posts with label DSSK dan kempen PRU 13. Show all posts
Showing posts with label DSSK dan kempen PRU 13. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Sepanjang kempen Datuk Salleh kali ini, secara peribadi saya katakan tidak ada sesuatu yang baru yang boleh dikongsi oleh lebih 60 ribu penduduk Kota Belud, melainkan janjinya ketika berkempen di Kg Bobot Semalam, bahawa beliau akan mengembalikan kegemilangan era pembangunan di Kota Belud, jika beliau diberikan mandat oleh rakyat menjadi ADUN di Usukan.

Janji ini diteropong oleh pemerhati politik dari dua sudut yang berbeza. Pertama 'janji; dan tekad itu adalah antara yang menjadi harapan rakyat KB sejak sekian lama, sejak DSSK menjadi MP KB dan ADUN di Usukan 15 tahun yang lepas. Janji DSSK sudah menunjukkan, bahawa mantan Ketua Menteri Sabah ini sudah mula merubah pendekatan politiknya. Paradigma kepimpinan juga seakan mula menunjukkan perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan pendekatan politik DSSK sebelum ini, 70-90% adalah kepada politik peribadi. Selebihnya barangkali baru untuk rakyat. Jika benar bahawa pemimpin paling berpengaruh di KB ini diberikan mandat semula, terdetik juga dalam hati dan sanubari kita, Percaturan politik DSSK kali ini bukan kepalang. Antara hidup dan mati, ertinya DSSK ada visi dan Misi yang jauh lebih besar dari apa yang tergambar dalam minda pengundi di KB. Betulkah? Atau jawatan paling kanan dan utama menjadi idaman DSSK di Sabah?

Kedua , janji dan tekad ini harus juga diteropong dari sudut yang negatif. Kebarangkalian, kemungkinan dan juga ketidakwajaran. Ini kerana mungkin  janji ini untuk menggamit sokongan pengundi semata-mata, kerana untuk menang dan mahu menang. Janji itu akan terkubur bersama kemenangan yang diperolehi? Apa jaminan DSSK bahawa janji itu akan tertunai, sedang UMNO KB sendiri dalam kemelut yang dahsyat. Ketua Wanita UMNO KB dgn kepinggirannya, Ketua Pemuda UMNO dengan tingkahlaku pak turutnya, dan macam-maca lagi yang tidak boleh diselasikan dengan sekelip mata tetapi memerlukan masa yang panjang.

Pengundi pada era PRU 13 ini harus menyaring segala janji dan maklumat yang diberikan,.Menerima secara bulat-bulat dan menelannya dengan segera sudah lama berlalu. Perhitungkan janji itu pada pemberatan akal dan minda yang sihat. Jika tidak sekali lagi KB akan menyaksikan janji tinggal janji dan 'membalas' untuk 5 tahun akan datang nampaknya sudah tidak relevan lagi. Fikirkanlah!