
Ramai orang beranggapan bahawa personaliti politik Musa Aman 'menjelma' tatkala timbulnya ilham Tun Mahathir menggilirkan kerusi "ketua Menteri" Sabah. Datuk Musa Aman dianggap adalah antara tokoh politik dalam UMNO yang paling bernasib baik dalam percaturan politik di Sabah. Alasan cukup kuat ialah kerana pengunduran Datuk Osu Sukam oleh paksaan sistem penggiliran itu, menyebebkan UMNO di Sabah begitu 'ketandusan' pemimpin yang boleh menduduki kerusi Ketua Menteri.Akhirnya 'tuah' Musa Aman menjelma bila giliran beliau tiba dan pada saat itu, sistem penggiliran tersebut dimansuhkan. Jadilah Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah pada zamannya.
Politik sememangnya penuh ranjau, daripada seorang jutawan dan ahli perniagaan, Datuk Musa Aman dilihat membawa 'otak' bisnes dalam stail kepimpinannya. Ramai yang mempertikaikan dan mempersoalkan kerana kata mereka banyak stail pengagihan projek dan kontrak tidak seimbang dan berkelompok. Hanya proksi dan kroni yang 'menggalas' pelbagai projek mega di Sabah. Musa Aman mengambil langkah 'diam' yakni diam kepada media, dan diam kepada rakyat.
Skandal Penggubahan wang haram yang menggemparkan negara melibatkan Maichel Chia yang dikatakan proksi Musa Aman juga tidak mendapat response positif dari ketua menteri Sabah itu. "diam " adalah langkah paling berkesan yang diambil oleh Musa Aman. "Diam' kepada media dan "diam" kepada Rakyat.
Kes pemberian konsesi balak milik hutan Simpan yayasan Sabah yang dilaporkan diberikan kepada proksi Musa Aman seperti yang telah dilaporkan oleh Dr Jeffry Kitingan kepada pihak polis dan SPRM juga 'didiamkan" oleh Musa Aman. Diam kepada Media, dan Diam kepada Rakyat.
Kes Tanah di pinggir ibu Kota yang didakwa oleh sdr Musli Oli diberikan kepada syarikat di mana Mus Aman mempunyai kaitan dan kepentingan juga turut didiamkan oleh ADUN Sibuga itu. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.
Kes Rampasan Tanah yang banyak berlaku di Sabah juga dikatakan melibatkan kepentingan Ketua Menteri ini. Di serata pelosok Sabah kedengaran kes tanah rakyat diambil dan dimajukan oleh syarikat 'entah-berentah'. di Kota Belud sendiri selain daripada tanah Ragut Kuala Pintasan, kes Tanah warisan Rampayan turut 'menghantui' penduduk daerah di mana UMNO parti yang membenarkan Musa Aman menjadi Ketua Menteri dilahirkan di Sabah. Banjir bumi Usukan dengan keringat para pejuang USNO dengan linangan air mata membasahi pipi bila Allahyarham Tun Mustapha 'menguburkan' USNO untuk kehidupan UMNO di Sabah. Itupun didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada rakyat.
Kes pergolakan dalam BN Sabah terutama melibatkan parti kaum Cina juga menjadi igauan ngeri buat Musa Aman. LDP begitu lantang mengkritik bahkan dengan terang enggan menyempurnakan waadat antara LDP dengan UMNO di Sabah selagi Musa Aman menjadi ketua menteri. Ini juga didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.
Persengketaan politik antara Musa Aman dengan Shafie Apdal dalam soal pengagihan den penyelarasan projek kementerian Luar bandar dan wilayah di mana Datuk Shafie menjadi menterinya juga tidak menjadi racun kepada aliran politik Musa Aman. walaupun beberapa kali dalam majlis bersama rakyat Musa Aman mengeluarkan beberapa istilah seperti 'pemimpin sate' dan "Saudagar Mimpi' tetapi semuanya itu turut didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media , diam kepada rakyat.
Akhirnya sikap "diam' inilah yang banyak menyelamatkan percaturan politik Musa Aman di sabah. Sama ada sedar atau terlupa, sehingga artikel ini ditulis Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah disandang oleh Datuk Musa Aman sehingga menjelangnya PRU 13. Adakah diamnya Musa Aman ini akan terus menyelamatkan kerjaya politiknya?
9:27 AM
kelapa mawar