Showing posts with label Formula 2:1:1. Show all posts
Showing posts with label Formula 2:1:1. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011


Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud yang telah berlangsung beberapa minggu yang lepas, barangkali boleh disifatkan sebagai 'detik paling manis' dalam sejarah politik Umno Kota Belud, apabila Ketua Bahagiannya yang juga timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, yakni orang kedua yang paling berpengaruh selepas Ketua Menteri dalam hal-ehwal pemilihan calon pada PRU 13 akan datang iaitu Datuk Salleh Tun Said memberi response positif terhadap hasrat dan ilham politik awal Yang Dipertua dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin untuk mewujudkan satu situasi persepakatan politik antara suku-suku yang mendiami daerah Kota Belud. Kesemua itu terangkum dalam satu formula politik iaitu formula 2:1:1.

Formula 2:1:1 ini adalah berlandaskan kepada persepakatan dan pemufakatan antara suku-suku di Kota Belud. seperti yang dikeudarakan oleh Tan Sri Pandikar Amin dalam Blognya pada tahun lepas mencatatkan bahawa terdapat 3 DUN di Kota Belud dan 1 Parlimen. 3 DUN itu ialah DUN TEMPASUK ( Datuk Musbah Jamli -Bajau), DUN USUKAN ( Datuk Japlin- Bajau), Dan DUN KADAMAIAN (Datuk Herbert Lagadan- Dusun) Manakala Parlimen adalah Datuk Rahman Dahlan dari Tuaran juga Bajau.

Menyedari hakikat itu maka TSP telah mengemukakan Formula 2:1:1 ini dengan memberikan ruang kepada suku Iranun dalam menyumbang perkembangan pembangunan di Kota Belud. dengan harapan agar parti khasnya UMNO memberikan ruang kepada suku Iranun pada PRU 13 akan datang.

Daripada maklumat yang diperolehi, dalam mesyuarat UMNO bahagian itu, isu formula 2:1:1 ini ada dibangkitkan. Dan pada asasnya Datuk Salleh dalam jawapannya ringkasnya bersetuju pada dasar itu, namun kata beliau lagi itupun terpulang kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri , Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk mempertimbangkannya.

Namun pada realitinya peranan Datuk Salleh dalam "melobi' supaya formula itu dapat direalisasikan adalah dalam keadaan besar kerana , seperti yang sudah diketahui bahawa Datuk Salleh sekarang mempunyai hubungan intim dengan Musa Aman bersandarkan kepada perkembangan politik terkini.

Jika itu sesngguhnya berlaku,adalah berkemungkinan, suku Iranun akan menyaksikan satu DUN menjadi milik mereka. Justeru itu adalah lebih baik jika sama-sama memikul beban yang berat dan menjinjing beban yang ringan.