Sebelum ini, ramai pemerhati politik lebih suka dan selesa menyebut "gandingan Musa-Salleh" sebagai gandingan mantap dalam landskap politik Sabah. Lebih-lebih lagi apabila Salleh ketika itu berjaya memulihkan hubungan politik dengan Musa Aman selepas PRU 2008. Tambahan lagi bila berlaku 'ketegangan' antara Musa dengan Shafie berkaitan dengan pengagihan peruntukan melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Sabah, maka yang paling sesuai digandingkan dengan Musa pada waktu itu adalah timbalan Pengerusi perhubungan UMNO, Datuk Salleh yang kemudiannya merangkap Penasihat Sains kepada Musa Aman bertaraf menteri.
Setelahj beberapa lama landskap politik Sabah diadu domba oleh pihak-pihak ketiga yang berkepentingan mahu melihat Shafie Apdal menjadi ketua menteri, maka sudah nampak bibit-bibit keredaan apabila Najib dikatakan melihat gandingan Musa-Shafie lebih sesuai dalam mewarnai landskap politik Sabah menjelang PRU 13.
Justeru menyedari itu, Shafie Apdal yang sebelum ini hanya 'bertahan' dan 'berdiam' mengenai spekulasi hubungannya dengan Musa Aman, akhirnya mula bersuara dan meminta supaya rakyat Sabah berdiri teguh di belakang kepimpinan Musa Aman pada PRU 13.
Dalam satu majlis pengagihan bantuan kepada bekas warga KEMAS di ibu negeri semalam, Shafie dalam satu kenyataannya bahawa beliau secara konsisten menyokong kepimpinan Musa Aman di Sabah dan meminta rakyat memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada ini.
Pemerhati politik Sabah menyifatkan kenyataan Shafie ini sebagai "paling selamat" dalam abad hubungannya dengan MUSA. Kepakaran Musa menundukkan 'musuh' politiknya sebagai sangat efektif dan berjaya. Kini dalam menjelang PRU13 ini, gandingan MUSA-SHAFIE dilihat lebih relevan dan konsisten membawa BN dan UMNO sekali lagi menerajui kerajaan Sabah.
Tapi yang mengejutkan kelapamawar ialah apabila satu kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UMS mendapat yang sebaliknya.
2:21 AM
kelapa mawar
