Pengarah Pelajaran negeri Sabah yang baru En: Jame Alif dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal Sabahkini.net dikatakan memberi kata dua kepada guru-guru di Sabah yang cenderung kepada politik kepartian pembangkang. Jam Alif mengingatkan guru-guru supaya menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada dan tidak menyokong dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan. Sedangkan bukan sedikit guru yang menyatakan secara terbuka menyokong BN dan UMNO.
“Guru adalah penjawat awam dan sebagai penjawat awam kenalah menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada. Jangan terlalu aktif dengan politik seperti berkempen atau menyokong suatu dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan sedia ada.
"Saya tidak akan berkompromi dengan guru-guru ini. Ini bukan ugutan tetapi peringatan kepada mereka, saya sayangkan semua guru dan mereka mempunyai masa depan yang cerah dan mungkin juga bakal menggantikan saya sebagai pengarah.” -

Guru-guru yang turut memberikan pandangan dan ulasan di laman sosial FCB turut mempertikaikan kenyataan jame Alif yang disifatkan sebagai menghalang prinsip demokrasi serta "gagal' membedakan antara prinsip kepartian dan konsep "kerajaan" yang dipilih oleh rakyat. Sesiapapun parti di negara ini boleh menjadi kenyataan dan bukan semesatinya BN/ UMNO.
Jame Alif seakan sudah lupa bahawa zaman sekarang bukan lagi zaman dalam kelambu dan tempurung, Guru tidak boleh dibataskan dengan segala macam pekeliling dan akta kerana hak mengundi dan menyokong itu adalah hak asasi yang wajar dihormati.
Sebelum ini sebagai rekod, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Muhyiddin Yusin mengumumkan penyertaan kepada PKR.
2:54 AM
kelapa mawar