Setelah gelora politik Sabah mula menampakkan akan reda,ramalan kajicuaca politik pula berbeda. Kerana diramal satu gelombang besar akan menhempas pantai perjuangan UMNO dan BN di Sabah. Gelombang besar ini bukannya angkara tsunami dasar laut tetapi tiupan kencang angin timur laut yangh datang disebelah dalam pakatan parti-parti politik BN di Sabah.Jika sebelum ini, dua gajah politik diadu- domba hingga melahirkan semut gula yang mengerumuni setiap Projak KKLW,lantas keretakkan UMNO Sabah semakin parah, kini tidak ada lagi cerita 'perang' antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Pembisuan kedua pemimpin ini menjadi ubat paling mujarab sehingga pengadu domba menemui jalan buntu lantas mengingatkan mereka mencari Jalan Pulang sendirian.
Angin taufan yang bertuip mengancam keharmonian pantai dan benteng politik UMNO dan BN di Sabah, kononnya datang dari seorang pemimpin politik yang pernah 'menjahanamkan' kekuasaan PBS sehingga UMNO dan BN dapat merampas kekuasaan itu. Siapa lagi kalau bukan Datuk Lajim yang disinonimkan oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai "raja" segala Katak di Sabah. Datuk Lajim yang kini menjawat sebagai pembantu menteri Perumahan dan kerajaan tempatan sabah juga merangkap ahli parlimen P177 Beaufort dikatakan mengetuai parti baru di Sabah yang dikenali sebagai SABAH PEOPLE FRONT (SPF).
Jika sebelum ini Datuk Lajim dikatakan sebagai orang harapan Datuk Shafie, namun kita landskap itu telah berubah. Lajim dikatakan menubuhkan SPF untuk menghadapi PRU 13 akan datang. Berpaksikan kepada beberapa alasan seperti hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan negeri, hkabar angin juga memuktamadkan bahawa pada PRU akan datang, Lajim 'terlucut' dari menjadi calon di Beaufort yang dikatakan digantikan oleh anak Ketua Menteri Sabah, Hafiz Musa. Khabar ini juga turut menyatakan beberapa ahli politik veteran telahpun menyatakan persetujuan awal untuk menyertai SPF.
Apakah taufan yang bertiup ini akan bertambah kencang sehingga menenggelamkan banyak kapal-kapal yang mahu turut berlabuh di pelabuhan Sabah?
12:32 AM
kelapa mawar
