Showing posts with label KSN diganti?. Show all posts
Showing posts with label KSN diganti?. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012



Khabar angin melaporkan bahawa gara-gara pembatalan SBPA telah mencetuskan penurunan populariti Najib. Rakyat ramai yang tidak berpuas hati kerana mengganggap bahawa Najib seharusnya diberikan taklimat lengkap sebelum 'menerima' dan mengumumkan skim baru gaji perkhidmatan awam SBPA. Namun itu dilihat tidak berlaku kerana apabila CEUPACS  membuat bantahan,dan beberapa tuntutan, akhirnya Najib terpaksa membuat keputusan pahit dengan membatalkan skim berkenaan apabila banyak kelemahan dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, Jawatan Ketua Setiausaha dikhabarkan akan beralih tangan. Apakah benar selepas isu SBPA reda perkhidmatan KSN akan ditamatkan? Isu SBPA telah jelas mencemarkan imej Najib.Khabarnya Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan menjadi KSN dan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang sekarang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF. Siapa pula akan jadi KPPA?

Apakah isu SBPA Tan Sri Abu Bakar telah menjadi kambing hitam yang telah memungkinnya tidak akan menjadi KSN? kerana Abu Bakar adalah KSU paling lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Kenaikannya sebagai KPPA telah mencerminkan bahawa Abu Bakar bakal menjadi KSN.


Walaubagaimanapun peluang masih terbuka kepada orang lain menjadi KSN. Seperti misalnya Tan Sri Fuad Datuk Bandar Dewan Bandaraya KL.