Showing posts with label KU LI DAN TSP. Show all posts
Showing posts with label KU LI DAN TSP. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009




Ramai yang menjangkakan bahawa apabila Tengku Razaliegh Hamzah nekad membubarkan Semangat 46, anak berdarah “raja” ini akan kembali dalam dunia politik UMNO dan Kerajaan yang waktu itu di atas tangan Dr.Mahathir. Keputusan membubarkan Semangat 46, membawa kepada kemasukan beramai-ramai ahli parti yang mendominasi APU itu ke dalam parti asal mereka UMNO. Seketika KU LI teraba-raba mencari dayung politiknya..pelbagai spekulasi mula berpindah dari bibir pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Ada yang meramalkan KU LI akan kembali dalam cabinet sekurang-kurangnya sebagai menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri..kata mereka sebagai balasan dan imbalan kemanusiaan politik atas kesudian dan pengorbanan KU LI membubarkan Semangat 46. DR. Mahathir, ... kata mereka harus memberikan tempat kepada KU LI sebagai tanda penerimaan semula ke pangkuan UMNO juga sebagai balas keikhlasan KU LI dan petanda permusuhan politik mereka sehingga membawa pengharaman UMNO ditamatkan dan diselesaikan atas nama kepentingan umat Melayu dan survival politiknya.


Namun sayang seribu kali sayang kerana spekulasi itu tidak kesampaian hingga ke hari ini. KU LI tidak diberikan tempat dan ruang dalam UMNO dan kerajaan, selain dari hanya Ahli Parlimen Gua MUsang.Itupun kerana pengaruh KU LI di kawasan itu yang cukup ampuh dan sukar diganggu gugat.Beberapa kali cuba bertanding dalam Jawatan tertinggi UMNO, namun gagal..gagal bukan kerana tidak berkelayakan tetapi kerana ahli dan perwakilan UMNO takut bersuara dan takut membuat perubahan, hingga menjadi hamba kepada pemimpin tertentu.Penutupan ruang ke atas KU LI berlarutan hingga zaman Pak Lah dan Najib.Apa yang menghairankan kita ialah apabila KU LI ingin mengetuai Jawatankuasa tajaan DSAI mengkaji kewajaran pembayaran wang ehsan atau isu royalty Petronas di Kelantan..Para pemimpin UMNO mula tidak merasa senang..bermacam-macam kritikan dan ulasan diberikan.. Kenapa selama ini pengaruh dan wibawa KU LI disekat dan dinafikan..? terlalu kuatkah pengaruh KU LI sehingga perlu dihapuskan..?


Di Sabah, tokoh yang hampir sama dengan perjalanan politik KU LI ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Seorang pejuang politik yang berpengalaman luas. Ketika mengetuai AKAR BERSATU, TSP mendapat kedudukan di sisi PM pada waktu itu DR. Mahathir, hingga beberapa kali TSP dilantik menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator.Apabila UMNO masuk ke Sabah, AKAR menjadi salah satu komponen BN di Sabah. Namun barangkali atas pertimbangan dan memikirkan bahawa UMNO adalah wadah perjuangan baru bagi rakyat Sabah, maka satu keputusan luarbiasa telah dibuat oleh ahli AKAR iaitu Membubarkan parti serpihan PBS ini.


Pembubaran AKAR telah mengecutkan urat saraf pemimpin USNO yang di "klon "menjadi UMNO.Kerana mereka tahu, TSP pasti akan diberikan tempat dalam UMNO atas kapasitinya yang rapat dengan pucuk pimpinan KL, juga kerana TSP seorang yang berpengaruh dikalangan pemimpin politik suku KDM. Bukankah TSP satu-satunya pemimpin bukan bangsa teras dalam AKAR yang berjaya menundukkan pengaruh puak KDM dalam parti itu.Maka itu, pelbagai ikhtiar dibuat untuk melambat-lambatkan permohonan keahlian UMNO bagi penyokong AKAR termasuk TSP sendiri yang dilaporkan hanya diterima sebagai ahli UMNO setelah menunggu selama 2 tahun. Penerimaan keahlian UMNO itu tidak terus memberikan tempat kepada TSP, terutama dalam UMNO KB. TSP tidak dipelawa dalam suasana perkongsian kuasa, biarpun para pemimpin politik dari suku Bajau dan Dusun di KB tahu bahawa TSP adalah satu-satunya pemimpin suku Iranun yang harus diberikan tempat. DSSK sedar dan sesungguhnya sedar bahawa TSP adalah satu-satunya pemimpin politik di KB yang berpengaruh dan boleh menggugat kedudukannya. Awadnir juga yakin dengan seyakinnya bahawa TSP masih bertenaga dalam mencorak kepimpinan di KB. Dan Datuk Musbah percaya atas percaya bahawa TSP adalah mahaguru politik di KB, jauh dari mahaguru yang lain. Kerana keyakinan dan kepercayaan politik inilah ,mereka merasakan TSP seorang yang tidak harus diberikan tempat kerana dia berstatus Junior dalam UMNO KB. Sedangkan para pemimpin yang lain juga sebenarnya berstatus junior kerana sebelum ini mereka dari parti USNO, PBS dan SAPP.


Akibatnya TSP mencari ruang di Kota Marudu dan Berjaya mendapat tempat. Kerana memikirkan pengaruh TSP akan terus bersinar, pimpinan negeri memutuskan supaya TSP digugurkan dalam PRU-12 yang lalu bersama-sama dengan DSSK yang juga nekad tidak memberikan ruang buat TSP di KB. Persamaan inilah yang terjadi antara KU LI dan TSP. Kedua-duanya melakukan pengorbanan yang sangat besar..MEMBUBARKAN PARTI MEREKA, sedangkan mereka bertaraf PRESIDEN. Bezanya Semangat 46, adalah pembangkang,manakala AKAR dalam BN.,Tapi jasa mereka membubarkan parti tidak harus dipandang sepi.

TSP terus tidak diberikan tempat dan kedudukan dalam parti dan kerajaan. Tetapi atas sifat meredakan ketegangan politik di Sabah, TSP dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Sama ertinya dengan KU LI yang dibiarkan sebagai Ahli Parlimen Gua MUsang. TSP bukan wakil rakyat tetapi diberikan kerusi Speaker. KU LI tiada jawatan tetapi masih wakil rakyat.

Kenapa dua tokoh paling berpengaruh dalam politik negeri masing-masing dilayan sedemikian oleh UMNO..? Kenapa keputusan KU LI dan TSP membubarkan parti mereka tidak dipandang sebagai pengorbanan yang harus dibalas dengan kepercayaan..? Sepatutnya KU LI diberikan tempat dalam UMNO dan kerajaan..begitu juga TSP harus diberikan kedudukan dalam parti terutama UMNO KB dan diberikan peluang sebagai wakil rakyat..

Kalau UMNO masih leka , maka akan mustahilkah UMNO akan kehilangan KU LI sekali lagi..? akan mustahil kah KU LI akan bersama DSAI kembali menggegarkan Politik semenanjung..?

Kalau UMNO Sabah masih leka, maka akan mustahil kah TSP akan bertindak sebagai calon BEBAS dalam PRU-13 akan datang..?akan mkustahil kah UMNO KB dan Sabah Kehilangan TSP seorang politikus yang disegani..?

Persamaan TSP dan KU LI inilah yang menjadikan politik di Negara ini terus diperkatakan…masih panas, masih tegang dan masih mendapat tempat dalam minda yang memikirkannya.