Showing posts with label Kadir keluar UMNO. Show all posts
Showing posts with label Kadir keluar UMNO. Show all posts

Monday, March 19, 2012


Hari ini seorang lagi pemimpin veteran UMNO yang telah mengabdikan hampir 56 tahun hayatnya dalam parti Melayu itu,akhirnya bertindak meninggalkan parti berkenaan. Mantan Menteri kebudayaan juga mantan AMT UMNO selama lebih 20 tahun, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan hasratnya keluar daripada UMNO tanpa dinyatakan sebab beliau berbuat demikian.

Sebelum ini Kadir Sheikh Fadzil yang juga Timbalan pengerusi NGO AMANAH dikatakan begitu lantang mengkritik kepimpinan UMNO dan isu-isu politik wang yang membelenggu parti melayu itu.Beliau bukan sahaja mendakwa UMNO sudah lari dari matlamat asalnya tetapi juga turut menggemparkan politik negara apabila membuat dakwaan bahawa UMNO sebelum ini terlibat dalam skandal membeli undi antara RM100 hingga RM 250 seorang.Pada waktu yang sama mantan pemimpin UMNO ini dilihat selalu berada pada pentas pembangkang. Kadir sebelum ini dihadapkan ke lembaga disiplin parti ekoran kritikannya kepada parti  yang dibuat secara terbuka.

Mengulas keputusan Kadir itu, MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan tindakan keluar parti itu sebagai tindakan 'gentelmen' dan patut dilakukan kerana sebelum ini Kadir dikatakan begitu lantang mengkritik parti. MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula dalam komen spontannya menyifatkan tindakan itu sebagai "basi'. Sambil menyifatkan bahawa keputusan itu menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu parti UMNO, Kerajaan dan Diri Tan Sri Kadir sendiri.

Setakat ini dijangka akan berlaku lagi satu kejutan dalam politik UMNO apabila ada ura-ura seorang lagi pemimpin veteran UMNO akan bertindak mengikuti jejak Tan Sri Kadir itu. Namun nama pemimpin berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya.Apakah UMNO akan menerima impak negatif dari senario terbaru ini? atau apakah benar UMNO telah jauh tersasar dalam matlamat awal penubuhan parti terbesar orang Melayu itu? PRU 13 akan menentukan segala-galanya.