
Belumpun reda sepenuhnya kes rampasan tanah di Kg Rampayan Kota Belud oleh Syarikat Kinsahmewah Sdn. Bhd. seperti yang didakwa oleh penduduk, sekali lagi rakyat di daerah ini digemparkan oleh satu lagi kes rampasan tanah di Kg Taburan dalam DUN Tempasuk juga seperti yang di dakwa oleh masyarakat Kampung yang mendiami perkampungan itu.
Menurut sumber, masyarakat Kampung Taburan dinafikan hak keatas tanah Adat yang mereka duduki sekian lama seperti yang termaktub dalam odinan Tanah Cap 68 (Tanah Adat) seksyen 13 (a) ke (g) NCR ( Hak asasi anak negeri) Seksyen 64.
Dalam kes rampasan tanah adat ini, dikatakan seramai 512 penduduk Kampung berkenaan telah kehilangan tanah seluas 809.1 hektar yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang meneroka untuk penanaman getah di kawasan itu.
Presiden USDA (Persatuan Dusun Sabah Bersatu) Datuk kalaku Untol dipetik sebagai berkata "tanah yang terlibat itu termasuk kawasan perumahan penduduk, kawasan penanaman ladang yang telah diusahakan oleh penduduk". Berikutan itu USDA meminta kerajaan supaya mengambil serius permasalahan itu.
Kes rampasan Tanah di daerah dimana banyak melahirkan pemimpin bertaraf Ketua menteri dan menteri Persekutuan selain pernah menduduki jawatan TYT di Sabah telah banyak berlaku. Kes Tuntutan Tanah Rezab Kuala Pintasan, kemudiannya kes pengambilan tanah oleh kerajaan dalam projek Jalan raya Bypass Kota Belud- Kudat yang dikatakan tidak diberikan pampasan sepatutnya seperti yang pernah diperjuangkan oleh wartawan Berita Harian Sdr. Azrone Sarabatin dalam blog dan Fcb, kemudian juga tanah di Kg Rampayan dan kini di kg Taburan selain pembinaan Empangan di Kg Tambotuan telah menjadikan daerah Kota Belud menjadi tumpuan pembangkang di negara ini.
Apakah siu-isu seumpama ini masih 'menutup' mata Datuk Musa Aman untuk campur tangan? atau apakah kes rampasan tanah yang membelenggu rakyat Sabah kebelakangan ini hanya dilihat sebagai isu picisan yang tidak akan menganggu gugat penguasaan BN dalam Dewan Undangan negeri, justeru isu ini didiamkan? Kita tunggu pada PRU13..
6:28 AM
kelapa mawar