
Setiap kali PRU ia memang penting bagi masyarakat Kota belud. Tidak ada yang terkecuali. Lebih-lebih lagi pada PRU 13 yang disifatkan oleh ramai politikus sebagai "IBU" segala PRU. Maka di daerah Kota Belud ia bukan sahaja "IBU" tetapi juga telah lama menjadi "BAPA"segala PRU. Sebabnya di Kota Belud banyak isu politik yang sangat panas hanya menunggu ia meledak.
Isu pertama ialah di MP Kota Belud. Isunya rakyat Kota Belud tertunggu-tunggu apakah Datuk Rahman Dahlan akan dicalonkan semula di Kota Belud? Kalau tidak siapa yang menggantikan tempatnya? Pemimpin tempatan atau pemimpin import?
Isu kedua di MP KOta Belud ialah kes pengambilan tanah di Kg Rampayan, yang dikatakan DARD terlibat sama walaupun dinafikan oleh DARD. Isu empangan Tambotuan, Isu rampasan tanah di Kg Taburan,Isu pampasan jalanraya Bypass Kota belud-kudat. Apakah isu-isu ini dekat dihati rakyat Kota Belud menjelang PRU 13?Seterusnya mempengaruhi sokongan kepada BN dan UMNO.
Isu kedua di DUN Usukan. Isunya ialah adakah Datuk Japlin akan dicalonkan semula setelah skandal rasuahnya menjadi perhatian umum sehingga digantung keahliannya dalam parti ?Walaupun dibebasklan, namun ada yang beranggapan bahawa Datuk Japlin wajar melepaskan ADUNnya dan diganti oleh orang lain. Siapakah yang akan dicalonkan? Datuk salleh, Datrin Saidatul Badru atau Barur, ketua Pemuda UMNO KB.
Isu ketiga di DUN TEMPASUK. Isunya ialah apakah Datuk Musbah akan dicalonkan semula?Apakah Datuk Musbah akan dapat meraih popularitinya setelah pada PRU lepas tidak mendapat sokongan padu dari orang iranun?Mengapakah Datuk Musbah tidak menggantikan PKR dari suku Itu setelah PKR sebelum ini En. Baghdad Turogan melepaskan jawatan kerana menjadi isu pembolotan projek Di DUN TEPASUK?
Isu ketiga di Kadamaian . isunya ialah kegagalan Herbert Timbun Lagadan untuk menjadi wakil rakat. Isu empangan Tambotuan telah meninggalkan partu luka kepada wakil rakyat PBS itu kerana dikatakan telah bertindak merestui pemecatan Ketua kampung dan JKKK di beberapa kampung yang terlibat dalam pembinaan empangan itu.
Apakah masyarakat Kota belud akan membuat kejutan?
7:36 PM
kelapa mawar