Showing posts with label MUSLI OLI CABAR DATUK RAHMAN BERDEBAT. Show all posts
Showing posts with label MUSLI OLI CABAR DATUK RAHMAN BERDEBAT. Show all posts

Monday, December 12, 2011


Hanya Datuk Rahman Dahlan yang berani memberikan response apabila Musli Oli bertindak keluar dari UMNO dan sertai PKR. DARD dalam FCB nya mengiktiraf kredibiliti pemikiran Musli Oli tetapi memberi signal bahawa hak demokrasi di Malaysia membenarkan sesiapa juga menentukan kapal mana dia mahu belayar, parti mana dia mahu berjuang. Namun bila DARD memaparkan isu berkaitan kredibiliti parti PKR yang dikatakannya sebagai "planet Of The Apes", pelbagai hujah pengunjung FCB itu dikemukakan termasuk juga Kelapa Mawar.

Apa yang menjadi isu seterusnya ialah apabila Musli Oli menganggap bahawa beberapa isu yang DARD tulios dalam wallnya adalah satu sindiran besar kepadanya. Lantas Musli Oli mencabar supaya Datuk Rahman Dahlan berdebat dengannya mengenai beberapa isu termasuk 20 perkara.


" Dalam Wallnya MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan tulis berikut : Saya pelik juga , dia bilang UMNO itu parti "Malaya" dan menjajah Sabah. Jadi PKR itu parti dari Mana? Planet Of The Apes?Confirm salah masuk parti ni.Di wall saya ini saya ulangi cabaran saya untuk debat isu ini dengan DARD mengenai hak-hak Sabah,isu royalti,otonomi dan 20 Perkara,dia sebagai MP boleh cakap 1 jam dan saya hanya 30 minit.Tentukan tarikh dan tempat di mana sahaja...KB,KK atau KL.."

Begitulah antara kata-kata Musli Oli mengenai perkara itu. Kita tunggu sejauhmanakah DARD rasa perlu menerima cabaran Musli Oli ini?