Showing posts with label Melanie chia tempelak DARD. Show all posts
Showing posts with label Melanie chia tempelak DARD. Show all posts

Friday, February 17, 2012



ADUN Luyang yang juga ketua wanita SAPP Melanie Chia menempelak MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkaitan kenyataan Setiausaha Bn Sabah itu mengenai isu kenaikan royalti minyak kepada Sabah. Kenyataan Rahman Dahlan sebelum ini meragui janji PKR di Sabah akan menaikkan royalti minyak sehingga 20% selian Dr Jeffry Kitingan yang menawarkan kenaikan sehingga 50%.

"...Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti..." kata Rahman dalam blognya.

Melanie Chia dalam satu kenyataannya menyifatkan kenyataan Rahman itu sebagai tidak berasas sama sekali. 

Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.

"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.

Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963. 



KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Selasa berkata, agak melucukan apabila Barisan Nasional (BN) Sabah gagal memahami apa itu royalti minyak.

Ketua Wanitanya, Melanie Chia berkata, BN Sabah sepatutnya menyokong gesaan supaya royalti minyak bagi Sabah dinaikkan tetapi sebaliknya ia terus mengelirukan rakyat dengan membandingkan royalti minyak itu dengan tabung pembangunan daripada Kerajaan persekutuan.

Katanya, Sabah berhak untuk mendapat lebih banyak daripada apa yang diambil dari Sabah maka meminta kenaikan royalti minyak itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Malah, katanya, langkah itu sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri sendiri.

"Apa gunanya menjadi negeri deposit tetap sekiranya kamu tidak tahu bagaimana hendak memperkukuhkan lagi deposit tetap itu?

"Lagipun sudah lebih 35 tahun sejak Sabah menandatangani perjanjian minyak itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam soal itu, katanya, kenyataan setiausaha Barisan Nasional yang juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang Sabah akan mengalami nasib lebih buruk sekiranya kenaikan kepada royalti minyak itu akan membawa kepada pengurangan dalam peruntukan Persekutuan untuk pembangunan adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.

"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.

Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Beliau berkata, hanya sejak bebetapa tahun kebelakangan ini Sabah mendapat lebih perhatian dan bahagian peruntukan yang lebih daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan.

Sabah, katanya, hanya menerima lima peratus royalti minyak daripada perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas pada 1976.

Syarikat minyak nasional yang ditubuhkan pada 1974 itu, katanya, diberikan pemilikan dan kawalan keseluruhan sumber keseluruhan di Malaysia. 

“Setelah diberi keseluruhan sumber minyak dan gas itu, Petronas membayar royalti lima peratus kepada kerajaan Negeri Sabah dan begitu juga Kerajaan Persekutuan turut menerima royalti minyak lima peratus selain semua cukai lain yang dikutipnya daripada industri minyak dan gas," katanya.

Dengan itu, Chia berkata, Sabah harus berhenti daripada menghambakan dirinya dengan harapan untuk mendapatkan peruntukan Persekutuan, yang sudah sememangnya diperoleh seperti yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.